Monday, May 07, 2007

Masa Berlalu



Telah hampir 4 bulan tidak menulis di blog ini, tetapi tidak pun terasa lamanya. Namun demikian, dalam masa tersebut banyak perkara telah berlaku. Ini termasuklah pertunangan 2 anak saudara, perkahwinan 3 anak saudara dan perkahwinan anak perempuqan yang pertama, serta lebih dari 10 perkahwinan anak kawan dan sahabat handai. Juga telah kembali bercuti anak yang belajar di NZ selama 3 minggu untuk bersama-sama meraikan perkahwinan kakaknya. Kini dia sudah pun balik semula ke Christchurch. (Selamat belajar semula, semoga beroleh kejayaan cemerlang didoakan).

Sungguh penantian itu sesuatu yang mebosankan, terutama jika masa terluang yang hendak dihabiskan. Tetapi jika kita ada sesuatu yang sedang dan hendak dilakukan, masa akan berlalu dengan begitu cepat tanpa disedari. Begitulah agaknya bagi anggota-anggota perkhidmatan awam yang menunggu tarikh 22hb Mei ini, untuk berita baik kenaikan gaji yang diharap2kan, setelah tiada pengumuman dari Pak Lah pada sambutan hari pekerja yang lepas. Namun demikian, jika ianya tidak juga berlaku, tidak pula bermakna anggota perkhidmatan awan tidak akan bekerja dengan lebih baik lagi kerana, kerja itu adalah amanah, yang perlu dilaksanakan. Jika tidak didunia, diakhirat pasti mendapat balasan setimpal, itu bagi yang bekerja dengan ikhlaslah.

Bercakap tentang masa juga, sebenarnya rakyat Malaysia, sememang tidak tahu menghargai masa. Mereka suka bertangguh-tangguh dan suka melakukan sesuatu pada saat-saat akhir. Contoh paling baik ialah pemulangan borang Cukai Pendapatan. Jika tarikh akhir tersebut ditukar ke 31 Mei pun, akan ada juga orang yang akan menunggu 31 Mei untuk menghantar borang mereka.

2 comments:

UmmuSarah said...

Selamat kembali ke alam blog. Sememangnya kami yg muda ingin belajar dari pengalaman mrk2 yg terdahulu.

zabs said...

ummusarah - terima kasih kerana sudi melawat. Pengalaman tu memang banyak tetapi kurang pandai mengolahnya menjadi menarik. Baru cuba-cuba menulis.