Wednesday, April 16, 2008

Tabung Haji 2

Saya telah menulis tentang perkara ini beberpa bulan yang lalu dan hari ini melalui sebuah akhbar, saya mendapat berita di bawah:

KUALA LUMPUR 15 April - Mulai hari ini, kesemua 4.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang mempunyai kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat boleh mengendalikan transaksi perbankan di seluruh rangkaian mesin ATM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di kedua-dua bank berkenaan.

Bagaimanapun, bagi menggunakan perkhidmatan itu, pendeposit TH perlu memiliki kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat, dengan menjadi pelanggan salah satu bank itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, perkhidmatan nilai tambah oleh TH itu melibatkan pengeluaran wang tunai, simpanan wang dan pertanyaan baki simpanan.

Sebelum ini, semua urusan transaksi TH hanya boleh dilakukan di kaunter lembaga itu.

Pendeposit juga boleh menambah simpanan TH menggunakan CDM di kedua-dua bank dan simpanan melalui CDM akan dikreditkan ke akaun TH secara dalam talian pada waktu sebenar, katanya.

"Ini adalah kerjasama pertama TH dalam tempoh 44 tahun penubuhan TH dengan institusi perbankan tempatan dengan tujuan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kepada pendeposit lembaga.

"Dengan kerjasama ini, pendeposit TH berupaya membuat urusan transaksi di lebih 750 rangkaian kemudahan termasuk 124 milik TH, 500 cawangan Bank Islam dan 270 cawangan ATM Bank Rakyat di seluruh negara," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran projek integrasi TH bersama Bank Islam dan Bank Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Zukri Samat dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Menurut Ismee, pendeposit TH yang telah memiliki kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat hanya perlu mendaftarkan kad ATM bank mereka di semua cawangan bank terbabit untuk dihubungkan dengan akaun TH.

Bagi tujuan itu, pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan buku akaun simpanan TH semasa berurusan dengan bank.

Ismee berkata, urusan pengeluaran wang tunai pendeposit TH yang dibenarkan di Bank Islam ialah sebanyak RM3,000 sehari, manakala RM5,000 sehari di Bank Rakyat.

Tambahnya, selain akaun sendiri, pendeposit yang mempunyai akaun anak-anak juga boleh mendaftarkan akaun anak di bawah satu kad sehingga maksimum tujuh akaun anak di bawah jagaannya.

Katanya, untuk urusan pengeluaran dan pindah simpanan, kedua-dua bank itu akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1 bagi setiap transaksi yang berjaya, manakala urusan pertanyaan baki adalah percuma.

Semoga dengan adanya kemudahan ini akan dapat mengalakkan lebih ramai pendeposit memilih TH untuk simpanan mereka. Wallahua'lam.

21 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Pak Zabs,

Senang nak masukkan duit ke atau senang nak keluarkan? hehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan

Semakin mudah dan dipermudahkan jalan untuk ke Tanah Suci. Cuma antara nak dengan tidak sajalah.

ZABS said...

drbubbles: Dua-dua. Kalau ada kedua-duanya sudah tentu ramai yang akan tertarik untuk menjadi pelanggannya. Untuk menarik orang ramai, TH perlu berikan apa kebaikan yang orang ramai boleh dapat dahulu.

BP@JP: Alhamdulillah. Semoga lebih ramai akan mengambil kesempatan atas kemudahan menyimpan dengan TH ini.
Saya mula membuka akaun TH dengan potongan gaji RM10 sebulan semasa mula bekerja pada tahun 1070.
Selepas dua tahun saya berhenti dan menjadi anggota TLDM pada 1973 dan tidak menabung lagi.
Hanya setelah lebih 15 tahun baru saya "menghidupkan" semula akaun TH itu kerana telah teingin untuk ke Tanah Suci. Alhamdulillah, kini akan terus menabung untuk tujuan lain pula dan juga untuk menunaikan Umrah lagi jika ada diizinkan. InsyaAllah.

Azlan Zed said...

hurm, mana la buku akaun tabung haji nih... :)

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Alhamdulillah. Satu langkah yang baik dan memudahkan pelanggan2 dan penyimpan2 Tabung Haji.

ZABS said...

Alan: Cari jangan tak cari....

TA: Semoga membawa banyak manfaat kepada ramai umat Islam di Malaysia.

Mak Su said...

bagus gak tu, ada setengah2 tempat payah nak mampus nak cari cawangan TH ni

ZABS said...

Mak Su: Syukur, doa Mak Su dikabulkan. Alhamdulillah.

Helena said...

Alamak.... dah lama tak jenguk akaun TH Helena...... akaun anak2.... mmm.....

ZABS said...

Helena: Kalau teringat baguslah. TH dah tambah mudahkan lagi tu.

Sastri said...

saya mula membuka akaun di Tabung Haji ketika Darjah Enam... itupun mereka datang ke sekolah... dapat la tabung... lama juga saya tak menabung sehinggakan saya menyangka pasti dah tutup akaun yang ada sebab dormant... beberapa tahun lepas, setelah mendapat kerja tetap, saya kembali menabung... sedikit-sedikit, lama-lama insyaAllah, jadi bukit... :)

ZABS said...

Sas: Alhamdulillah. Kalau bukit dah cukup tinggi, masa muda lah paling sesuai mengerjakan Haji.

Neeza Shahril said...

Bagus gini.. tapi neeza prefer pergi kat counter TH rasanya hehee.. boleh terus cop kat buku tu..

Neeza nak tanya tapi tak tahu camane tapi nak tanyalah jugak.. Siapa yang kawin tu (gambar sebelah). Nak click untuk tengok gambar lebih dekat tak boleh pulak. Ingatkan Pak Zabs nak buat entry pasal tu.. takde pulak.. tapi masih tertanya-tanya... hehheee...

Lee said...

Hi Zabs, love your pics here. Beautiful wedding and the gentlemen all look dashing in their beautiful bajus.
Have a niceday, Lee.

ZABS said...

Neeza: Minggu hadapan akan terjawab persoalan itu. Gambar2 lain akan turut dipaparkan. Itu baru di sebelah pengantin perempuan. Di pihak lelaki pada minggu ini. Harap bersabar. Akan dibuat satu entri. InsyaAllah.

ZABS said...

Lee: Thank you for your kind words. More photos will be published next week after the reception at the groom side.

Unknown said...

:-) saya tunggu entry pasal perkahwinan itu...semua nampak tampan dan menawan..!!

pakpayne

ZABS said...

Pak Payne,
Itu sebagai intro dahulu. Gambar2 lain yang lebih menarik sedang dalam proses untuk diterbitkan. InsayaAllah.

Mazza Homemade Cookies said...

Salam Pak Zabs,

lama tak singgah sini..apa khabar?

satu usaha yang baik...memudahkan orang ramai, dan satu lagi alasan yang baik untuk cepat2 ke tanah suci..

zino said...

zaman berubah.. servis juga perlu berubah.. bagus bagus..

♥nyeto89♥ said...

salam nak tanya, saya penah bwk kuar duit TH dr ATM bank Islam. tp kadang2 boleh. kadang2 x boleh. die kata baki x mencukupi utk buat pengeluaran. tp duit dalam akaun TH mmg ada lg. kenapa ye? harap boleh membantu. TQ