Thursday, April 10, 2008

Kuasa Dari Suria

Seawal tahun 1979, semasa menghadiri satu kursus di Jepun, saya telah didedahkan kepada teknologi mendapatkan kuasa untuk kegunaan di rumah dari suria. Walau pun di negara matahari terbit itu, matahari hanya bersinar terang pada musim panas sahaja (Jun - Sep), tetapi mereka tetap mahu mengambil manfaat darinya.

Kini setelah hampir 30 tahun berlalu, seperti tajuk buku ini, "dummies" pun akan dengan mudah boleh memasang sendiri peralatan untuk mendapatkan kuasa dari suria itu. Oleh kerana saya bukan salah seorang daripada mereka, maka saya belum lagi berminat untuk mengunakan teknologi ini.









Kuasa yang diperolehi dari suria ini cukup untuk kegunaan di rumah seperti juga kuasa elektrik yang biasa kita gunakan. Cuma belanja permulaannya mungkin lebih sadikit, tetapi untuk jangka masa panjang, mungkin lebih menjimatkan.

Untuk tujuan penggunaan kuasa dari suria ini, reka bentuk rumah mungkin perlu disesuaikan agar "solar panel" yang diperlukan untuk memerangkap cahaya dari suria itu dapat di pasang di bumbung atau bahagian rumah yang terdedah keseluruhannya kepada pancaran matahari tersebut.

Di Malaysia, di mana sepanjang tahun kita mendapat pancaran matahari yang banyak, kecuali di musim tengkujuh, masih belum banyak (dari pengamatan sayalah) penggunaan kuasa dari suria ini.

Antara kegunaan kuasa dari suria ini di Malaysia ialah:

Di stesen cerapan yang jauh terpencil dan tiada bekalan elektrik yang terdapat di sana.

Lampu amaran yang perlu dipasang bereterusan, seperti di landasan kapal terbang.

Lampu di kawasan permainan yang tiada bekalan elektrik. Dan lain peraltan yang memerluka kuasa tetapi jauh dari bekalan elektrik biasa seperti untuk lampu di rumah-rumah api di pulau atau bikon-bikon di tengah laut.

Di suatu ketika nanti, apabila bekalan elektrik sudah menjadi mahal kerana kekurangan bahan api atau harga nya yang semakin mahal, tenaga suria mungkin akan menjadi pilihan. Sebelumini berlaku, negara perlu bersedia berbuat sesuatu dari sekarang.

24 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Zabs
I remembered going to an Orang Asli settlement (crossing rivers on rickety wooden bridges) in Cameron Highlands.
We thought the electrical items in an Orang Asli house were for decorative purposes until we were shown solar panels outside the house.
So, it was a novelty way back then. Not now when people are opened to new technology.
To use a double negative, nothing is impossible.

Unknown said...

Salaam Pak Zabs,
Generally, kita masih bergantung pada National Grid, melainkan kalau dah diluar kawasan macam yang Kak Fauziah cakap. Penggunaan di tempat kita, paling banyak pun untuk panaskan air.
Tenaga matahari memang banyak, daripada tindakbalas nuclear fusion. Pokok pun guna untuk fotosintesis, buat makanan untuk kegunaan mereka.
Kalau kat negara luar, ie. jepun, mereka dah guna banyak jenis tenaga alternatif, contohnya catalytic reaction, campur oksigen dengan hydrogen. Bunyi pun macam nak buat bom hahaha. Tapi macam Pak cakap, duit memang banyak pakai la untuk permulaan. Lepas tu yang sakit untuk maintenance.
Anyhow, orang kita pun dah semakin terbuka dengan sumber tenaga alternatif. Teknologi makin maju, dan tak mustahil lama kelamaan yang alternatif akan jadi mainstream.

Mak Su said...

looking forward to this facility in Malaysia

tokasid said...

Salam Pak Zabs;

I have been thinking about that esp sejak bil TNB naik berganda-ganda dan Bukit katil sering black-out secara regular. It would be cost effective if we can store sunlight power to at least be used for lighting at night.

Kalau ada tentu agak expensive tapi rasanya akan berbaloi in the long run.

Kalau pak zabs dapat info apa syarikat yg sediakan boleh kongsi ngan kita semua ye pak.

zino said...

malang nya panel suria tu masih mahal lagi.. kalau murah nak juga pasang kat kereta hehe

ZABS said...

Fauziah:
In 1999, Pusat Tenaga Malaysia supply fSOME 200 units of 'solar home kit' for distribution to schools, kampung orang asli and rural area. The project is a research study on feasibility of solar home kit application in Malaysia. That settlement could be one of them.

ZABS said...

Akaml: thank you for your update. Cuma kita ini kekadang tu susah sikit untuk bertukar kepada sesuatu yang baru, walaupun ia mungkin lebih baik, bersih, selamat dan mungkin juga lebih ekonomikal dalam jangka panjang.

ZABS said...

Mak Su: Dah ada pun. Kalau ada nak buat rumah baru nanti, bolehlah "design" kan untuk menggunakan solar power ini.

Zino: Tahun lepas ada satu syarikat tu nak buat kilang bina solar panel di Trengganu. Tapi sampai sekarang masih belum nampak kenyataannya. Kalau jadi buat di sini tentu murah. ada juga buatan China, mungkin murah tapi kualiti tak tahu macamana.

ZABS said...

Doc. TA: Ya, seperti yang saya pernah tengok, memang mahal tapi tentu ada pro dan con nya. Kalau berminat boleh dapatkan dari internet. Dan ini ada satu yang saya dapatkan, mungkin ada manfaat:http://www.sol-malaysia.com/

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan

Di rumah saya ada menggunakan kuasa solar. Solar water heater. :)

ZABS said...

BP@JP: Satu permulaan yang baik. Mungkin boleh gunakan aircon kuasa suria pulak.

Juliana said...

Hi,

Just drop by... From Big Bang World Record No. 2 ^___^;;

Regards,
July
Juliana‘s Site & Picturing of Life

jaflam said...

Salam Zabs,
Hampir semua boya dan light beacon Jabatan Laut menggunakan kuasa solar sejak lebih dpd 15 tahun lalu. Masallah awal ialah bila burung camar dan helang suka landing kat situ, makan makan dan melepas. Habis panel tak nampak matahari.

Mungkin kerana ramai tak guna, harga panel solar mahal. Cerdik pandai kita di Universiti pasti dapat reka sistem yang murah kalau di beri "research grant" yang memadai.

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

salam,
Saya memang mengalakkan penggunaannya lebih meluas.

Banyak rekaan bangunan skrg pun mengadaptasikan pengunaan solar panel bukan sekadar sumber tenaga alternative tetapi juga sebahagian dari hiasan.

Walaupun kita masih bergantung pada "Ntional Grid",namun jika pengunaan yang betul terhadap solar panel ini, ia mampu memenuhi keperluan tenaga di rumah. Bahkan boleh menjadi sumber pendapatan sampingan apabila tenaga berlebihan dijual semula kedalam "National Grid". Mungkin berpeluh nanti TNB bersaing dengan kuasa pengguna!

Kerajaan perlu memberikan "grant" terhadap kos permulaan pemasangan solar panel ini. Penggunaan yang meluas terhadap teknologi baru ini mampu menurunkan kosnya.

Juga terdapat teknologi solar panel yang"free maintenance".

Bersyukurlah dengan cahaya matahari sepanjang tahun yang kita nikmati.

Dari kami yang kesejukan di UK
PAKLAN
http://www.jalakmas.blogspot.com/

ZABS said...

Juliana: Nice of you to drop by. Did you understand what I wrote. Hopefully you still remember your Bahasa Indonesia.

ZABS said...

DJ: Kalau dah pakai solar panel tu, takkan tak pergi jengok langsung. maintenance kena buat jugakan. Pelepasan burung tu boleh dibasuh...
Bukan setakat harga sahaja, tetapi galakan dan pendedahn kepada kebaikannya juga perlu ditingkatkan. Tak gitu?

ZABS said...

Fadzlan: Setuju dengan idea untuk memperluaskan lagi penggunaan kuasa dari suria ini dan mungkin boleh bagi tekanan sedikit kepada TN. Sekarang TN takda saingan, walau mereka dah untung ratusan juta setahun masih nak naikkan tariff lagi.
Kalau rakyat dan boleh dapat kuasa sendiri, penguasaan TN mungkin boleh di kurangkan.

Neeza Shahril said...

Berapa cost sebenar nak pasang tu? Dulu Neeza pernah tanya kat someone tapi dia tak tahu. Benda ni banyak nampak kat rumah banglo yang bina sendiri. Senang kan.. design sendiri, pasang sendiri. Kalau rumah dah siap tu, kena modify dulu..

ZABS said...

Neeza: Offhand saya tak boleh beritahu harga. Tetapi agak lumayan dan tertalok berapa kuasa yang diperlukan. Kalau tinggi, perlulah banyak solar panel yang hendak dipasang dan mahal. Nanti bila balik Malaysia dan nak bina rumah berkuasa suria, saya boleh cadangkan orang yang boleh uruskan hal itu...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Saya merupakan seorang yang percaya bahawa Malaysia sepatutnya sudah lama menggunakan kuasa suria bersama dengan kuasa bahanbakar untuk kegunaan elektrik. Malangnya teknoloji sebelum ini tidak dapat menyimpan tenaga suria yang telah dijadikan elektrik untuk kegunaan kemudian - teknoloji terkini membolehkan perkara itu.

Malangnya, mungkin kerana politik ekonomi di mana TNB mungkin akan tergugat dengan kegunaan kuasa suria, maka kegunaan ini tidak diperluaskan. InsyAllah, sebagaimana kuasa air dan angin telah mula digunakan dengan lebih luas di barat, kita di Malaysia dapat manfaatkan anugerah Allah untuk kegunaan harian kita.

ZABS said...

Shah: Setuju dengan pandangan anda itu. Kita lihat bagaimana TN yang sepatunya memberi perkhidmatan yang murah kepada rakyat, tetapi masih mementingkan keuntungan yang berganda. Sepatutnya mereka beroperasi bukan untuk keuntungan semta-mata, tetapi perlu berkongsi keuntungan dengan pengguna dengan menurunkan tariff jika didapati untung syarikat telah berlipat ganda. Tetapi inilah jadinya jika tiada pesaing yang boleh menggugat mereka. Untng sudah ratusan juta, taiff lektrik masih hendak dinaikkan juga.

Unknown said...

Hello Zabs,

This is certainly a very thought provoking entry. I love it.

I like Fauziah's double negative, nothing is impossible. This technology is more than possible here and it is an easy technology.

Ok TNB wants to protect their business interest. Why not TNB then have a monopoly on this as well and yet let us have alternatives...huh? Most importantly TNB would be participating in the intelligent usage of earth's commodity (the sun). Well the much touted environmental friendly call?

Thanks for your lovely visit to my blog Zabs.

ZABS said...

Ruby: Thanks for dropping by. Just this evening I heard from the news that TN profit have gone down by about 5%, to about slightly above 2b.
So may be, they are now thinking of increasing the tariff, so that their profit can jumps up to 3b next year.

Ida said...

salam. i nak tanya macam mana nak buat eksperimen solar ni saja-saja untuk tunjuk kat anak di rumah. contoh untuk memanaskan air. any idea ?