Thursday, December 13, 2007

Paspot

Pernahkah anda cuba memasuki negara jiran kita, menggunakan paspot yang hanya tinggal kurang dari 1 bulan sahaja lagi akan tamat tempuhnya? Tidak pernah? Saya juga tidak pernah. Tetapi telah membawa anak saya, ke Singapura, untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara isteri, pada November lepas, dengan hanya tinggal 26 hari lagi, paspotnya akan tamat tempuh.

Pemandangan Dari Atas Causeway Menghala ke Woodland Checkpoint (Wikipedia)

Mungkin ini adalah kali pertama, pegawai imigresen (wanita) Singapura itu, menjumpai kes serupa ini. Tetapi cara beliau mengendalikan situasi ini amat profesional, tanpa menunjukkan sedikit pun perasaan yang tidak menyenangkan..

“Sebenarnya encik, paspot anak encik ini, perlu sekurang-kurangnya 6 bulan lagi tempuh tamat paspot, untuk dibenarkan masuk,” katanya. “Oleh kerana encik dari Malaysia, dekat sahaja, jika ada 3 bulan pun tak mengapa juga. Tetapi ini tak sampai pun 1 bulan,” sambung beliau, dengan tenang.

Ketenangan beliau itu, membuat kami rasa sungguh bersalah. Namun kami tidak berputus asa, dan meminta juga kebenaran, untuk masuk, walaupun sekejap, kerana perlu menghadiri Majlis Perkahwinan tersebut.

“Saya tidak ada kuasa dalam hal ini, tetapi saya akan cuba dapatkan pegawai saya untuk mempertimbangkannya,” katanya, ini melegakan sedikit hati saya dan isteri. Dipendekkan cerita, anak saya mendapat kebenaran untuk masuk bersama kami, tetapi tidak boleh tinggal di Singapura lebih dari 3 hari. Itu pun sudah satu kelonggaran yang amat baik untuk kami. Ia lebih dari jangka masa yang kami perlukan. Terima kasih Che Puan kerana kebenaran itu dapat saya mengambil gambar di majlis tersebut untuk dipaparkan di sini.

Untuk mengelak perkara seumpama ini berulang lagi, bersempena dengan cuti sekolah sekarang, saya telah membawa anak saya itu, untuk memperbaharui paspotnya. Seorang lagi anak lelaki yang baru balik bercuti dari New Zealand juga ikut serta untuk memperbaharui paspotnya.

Urusan tersebut kami lakukan di Pejabat Imigresen Wangsa Maju, di Sri Rampai, yang baru dibuka di sana. Semasa sampai di sana, samentara mencari tempak meletak kereta, anak lelaki saya di turunkan dahulu. Mengikut cerita anak saya itu, sebaik turun, beliau diikuti oleh seorang wanita yang memujuk beliau mengambil gambar untuk paspot dari kedai yang diwakilinya. Setelah 15 minit dipujuk dan setelah kami sampai dari meletak kereta, baru anak saya bersetuju mengambil gambar dari kedai tersebut.

Mencari pelanggan.....

Terdapat ramai, wakil-wakil dari kedai-kedai gambar (yang banyak di kiri kanan Pejabat Imigreen tersebut. Mereka akan berlumba-lumba mendapatkan dan memujuk setiap orang yang datang untuk berurusan di pejabat imigresen itu. Mereka akan mengikut bakal-bakal pelanggan mereka ini sehingga diberitahu mahu atau tidak.

Memujuk....

Oleh itu jika pada bila-bila masa anda di ikuti begitu, walau untuk tujuan pembelian apa pun, berilah jawapan "ya/mahu" atau "tidak". Kerana jika anda kata tidak pun, mereka akan ucap terima kasih juga dan pergi mencari yang lain. Jangan biarkan mereka menunggu2. Jawapan anda memudahkan mereka meneruskan kerja seharian mereka itu, dan anda tidak akan diekori lagi.


Nombor telah berlalu...

Berbalik kepada urusan di Imigresen itu, saya dapati ianya, jauh lebih baik dari beberapa tahun yang lalu. Walaupun kami hanya tiba di sana hampir jam 10 pagi dan mendapat nombor 1162 dan 1163, kedua-dua anak saya telah mendapatkan paspot mereka lebih kurang jam 12 tengahari. Satu perkidmatan yang baik dan perlu dibanggakan.

Keadaan di dalam tempat menunggu juga agak selesa dan bersih. Walaupun tiada bekalan elektrik untuk keseluruhan kawasan Setapak dan Wangsa Maju pada hari itu, pejabat tersebut masih beroperasi, mungkin kerana ada bekalan elektrik dari generator mereka sendiri.

Kegembiran jelas terbayang di muka anak-anak saya ini, setelah mendapat paspot baru mereka. B0leh pergi makan angin lagi, itu yang mereka fikirkan kot?

26 comments:

mama ranggie said...

jauh jalan uncle...eira lama dah x sampai singapore...paspot pon dah arwah...hehehe...

13may said...

selamat buleh masuk gak :)

Zabs said...

MR: Tak jauh pun, seberang tambak je. Itu pun sebab ada kenduri kahwin sedara.

May: Kalau tak boleh masuk gak, balik je. Diorang akan tetap kahwin juga kalau kami takda pun. Betul tak?

Mak Su said...

be firm ya Uncle Zabs, tolong menolong memudahkan kerja

zino said...

pasport zino dah dekat sangat nak mati tu.. boleh le ke wangsa maju.. kat mana ya pejabat nya tu..

dah lama juga tak masuk singapura.. tapi masa wedding along di JB ari ti ramai keluarga singapura turun..

Zabs said...

Mak Su: Kita memudahkan kerja orang, kerja kita juga kan enjadi mudah, InsyaAllah. Tak rugi kalu kata tidak. Kalau kita kata ya kerana kita perlukan khidmat mereka, juga tidak rugi. Kita membayar untuk kemudahan kita. Salam.

blackpurple @ jowopinter said...

Saya dah boleh tabik kepada Jbtn Imigresen hari ini.

Pengalaman saya terutamanya memperbaharui permit pekerja2 asing Indonesia saya di Pjbt Imigresen PPD memang sudah banyak berubah berbanding 3-4 tahun sebelum ini. Sekarang nampaknya lebih cekap dan mudah tak perlu menunggu lama, pegawai di kaunter pun semakin 'mesra pelanggan'.

Cuma satulah, bila 'off line', kadang-kadang sehari suntuk juga tersangkut.

Saya duduk sahaja di Johor tapi lama dah tak masuk Singapura. :)

Akmal said...

Pak Zabs,
Very glad things are improving. Yes, boleh jadi lebih baik, tapi kira ok la tu. This reminds me of my experience with my IC at pejabat pendaftaran negara. Punya lama tunggu! Tapi takpe, kena faham jugak yang nak berurusan ni bukan kita sorang aje(",).
Kenduri kawin? Kalu kat kampung, Akmal and da gang la 'joh kako'...errr, that is Kelantanese way to name 'Tukang Pananggah' hahaha.
Thanks for sharing(",).

U.Lee said...

Hello Zabs, hey, you one good looking guy. I like your hairstyle, ada sikit like Elvis, ha ha.
That hairstyle plus your RayBan, mabok perumpuan semua, arhaaa ha ha.
My Bahasa is more than 55 years old, before Merdeka, but can speak Malay no problems, at one time because of my work in East Coast, I even picked up the 'Kelantair' accent, ha ha, then when in KL I buy something from a Malay store, I lepas my Kelantair Malay, ha ha.
Anyway, I read your this posting very slowly, boleh understand about 30% as most of the words are new to me.
But not to worry, I enjoy reading Bahasa, help to bring back my learnings.
Nice pics you put up, Zabs.
I think I go look for Malay girlfriend, then learn faster, arhaaa ha ha.
You have a nice day, Zabs, keep well, Lee.

Zabs said...

Zino: Sediakan payung sebelum hujan. Terutama jika ada saudara mara di luar negara.
Kalau pernah ke Taman Sri Rampai, pejabatnya dalam kawasan shophouses tu, senang je nak cari. Tak boleh sosek doh.

Zabs said...

BP: Kekadang tu perkara yang baik, kita perlu beri pujian lah juga. Bukan semua yang tak elok je nak di"highlight" kan?
Biasalah kita ni, orang jauh dah pergi kita yang dekat masih tak gi lagi. Mithalanya, saya ni namanya tinggal di KL, Berjaya Square dan Pavillion tu pun belum gi(shopping) lagi. Salam.

Zabs said...

Akmal: Biasanya apabila berurusan dengan tempat2 tumpuan awam ini, kita kena ingatkan diri kita, akan ramainya orang yang perlukan khidmat yang sama. Tentu banyak ketidak selesaan akan terjadi. Jika kita boleh terima semua itu, kesabaran akan bersama kita.
Majlis Kahwin sekarang ni, banyak dah guna khidmat katering, malahan di kampong juga. Jadi orang penanggah ni dah banyak dilupakan. Itu yang jiran sesama taman pun banyak yang tidak kenal-mengenal lagi.
Salam.

Zabs said...

Lee: Thank you for the nice comment especially on my hair style. My wife don't read the blog, but my children did. I hope they don't tell their mother. Hahaha...
I know you can understand what I wrote. 30% is good enough already, because the other 70% is just the bunga-bunga only. Read slow-slow pun ok, my entry short-short only. By writing in Malay I can promote the language too, and also provide a chance for you to find a Malay girlfriend to teach you Malay. Good what? Thank you for dropping by Lee. Take care and good night. Zabs.

nUr@dDeEn said...

Wah! Bestlah anak2 uncle. Leh pi jalan lagi lepas neh.

Biasalah ada tempat yang ok, ada yang kurang sket mutu perkhidmatannya. Semua tu bergantung kepada kecekapan pekerja itu sendiri. Yang baik kita puji, yg kurang baik kita tegur [bukan keji]. Yeay!

alan zed said...

profesionalisme at it's best. :)
pak mer dan pija senyum keriangan. hehe. bukan sebab pasport. but the quality time they spend with their dad, perhaps? ;)

Zabs said...

Nur@ddeen: Dulu masa kecik2 uncle takda peluang nak jalan2. Anak2 sekarang, sendiri2 pun dah panjang langkah.
Pujian pemberi semangat, kritikan untuk kebaikan, okeylah tu.

Alan: Anda kalau nak masa berkuali, kena kurangkan tidor siang di hujung minggu. Boleh jogging ke brsama. Hahaha....

NBK466 said...

Kagumnyer dgn keCOOLan pegawai imigration S'pore tuh...harap2 dicontohi pegawai2 kita jugak..

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

1-Alhamdulillah, masaalah pasport selesai. Inilah yg berlaku jika pegawai tidak angkuh menunjukkan 'aku ada kuasa' dan kerana ada perikemanusiaan. Juga kerana pihak Pak yg tidak naik angin melulu( seperti kebanyakkan org).

2- Ya, setuju bahawa Jabatan Immigresn lebih efektif sekarang. memang sudah boleh di beri tabik spring toing!toing!

3-Gembira kerana Pak Zabs dan rakan2 lain dapat bertemu AG dan KT tempuh hari.Malang saya tak dapat sertai kerana sibuk nak repair hidung si-Sphinx tu.

Zabs said...

NBK: Jika semua petugas awam ini sedar, mereka dibayar gaji untuk memudahkan urusan orang ramai, bukan untuk tunjuk kuasa, semua jadi COOL.
Salam keCOOLan untuk anda juga. Cuti Hujung tahun, tak poi mano koh?

Zabs said...

Salam Doc.,
Alhamdulillah dah selamat kembali rupanya. Tak payah repairlah hidung Sphinx tu, baru nampak kuno sikit.
Tentu banyak cerita untuk diblog kan?
Imigresen kita dah banyak berubah untuk kebaikkan. Kalau dah tahu salah sendiri, tunjuk muka kasihan sudah. Nak naik angin pun tak ada gunanya kan?
Ya bagitulah. Gembira rasanya, dapat bertemu A-list bloggers macam mereka. Kalau baca N3 saya tentang pertemuan itu, boleh tahu siapa lagi yang hadir.
Kita juga suatu hari nanti, harap dapat berumpa. Mungkin sambil menikmati kari kepala ikan di Bukit Katil. Salam.

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

Saya memang amat careful about this sebab everytime kami ke Singapura tu lah yang officer look at first. So saya dah mentally prepared. You were so lucky I must say. They could easily turn your request or plea down.

Glad you could stay 3 days in Sin. Lovely wedding photo that.

Btw, thank you so much for posting the Budimas Charity Poster. You are so kind.

Zabs, Zawi kena tagged by two ladies now, Rita and me. Ha ha. I'm not so sure you can get away!

Tq again.

Zabs said...

Ruby: Yes, we were very lucky indeed. Further more, the reason why we wanted to go in, was something very sentimental to this lady, I think, a wedding. Once in a life time occasion. Kalau saja2 nak pergi shopping, dah kena suruh pusing balik agaknya!
The ad.. was just a cut and paste job, tak ambil banyak masa pun. Buat benda lain yang takda faedah lagikan ada masa....
Tentang tag tu, well, cabaran di sambut. Akan buat semasa saya dalam retreat this weekend hingga Tuesday (itupun kalau ada internet connectionlah). No time frame kan?

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Tak tahu kenapa tapi membaca entry ni teringat pula iklan Silky Girl kat Tv di mana perempuan yang nak ambil gambar paspot tetiba jadi model pula :)

Zabs said...

CA: Baguslah macam tu. Tapi teringat pada model ke, atau pada mak cik tukang ambil gambar tu?

zaitgha said...

baca posting nih teringat pulak to check my paspot....

so far the best service i got was from income tax office of Wangsa Maju early this year when i claimed the overpaid tax ...

Zabs said...

Zai: Income Tax? Good service? You must be one very lucky lady.