Tuesday, December 18, 2007

Kebetulan

Apakah kebarangkaliannya, apabila anda tinggal di sebuah hotel, anda akan dapat sama menyaksikan upacara perasmian hotel tersebut. Maksud saya walaupun cuma dapat menyaksikan keberangkatan tiba tetamu kehormat untuk perasmian itu. Tak ada jemputan pun, so, tentulah tak boleh nak masuk dan duduk bersama-sama tetamu jemputan yang lain tu.

Saya ke Port Dickson pada 16hb untuk menemani isteri, dalam siri seminar menghabiskan duit kerajaan pada hujung tahun ini selama 3 hari, di Glory Beach Resorts. Oleh kerana tidak ada lagi bilik di resort tersebut, saya telah tinggal di Legend Water Chalets, yang bersebelahan dengan resort tersebut.

Pada 17hb semasa hendak pergi bersarapan pada jam 9.00 pagi, terasa ada sesuatu yang rasmi akan berlaku di sana, kerana keadaan sedikt sibuk di hadapan Lobby, dengan kebanyakan pegawai hotel tersebut berpakaian cukup kemas dan bergaya.

Apabila di risik, dapatlah berita bahawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan datang untuk merasmikan tempat tersebut pada jam 10.30 pagi. Oleh kerana ada membawa kamera bersama, maka saya pun mengambil peluang untuk mengambil sedikit gambar semasa ketibaan baginda.

Oleh kerana ramainya orang yang menunggu, maka ini sahajalah gambar yang dapat saya ambil.

Selepas semua orang masuk ke dalam hotel, saya pun mengambil kesempatan untuk merakamkan sedikit gambar anak saya, bersama kenderaan yang membawa baginda itu untuk kenangan.

Oleh kerana tidak dapat mengambil gambar yang lebih baik, saya teringat gambar beginda yang ada dalam simpanan saya untuk diletakkan di sini. Saya telah "scan" kan gambar lama tersebut untuk di paparkan. Di majlis itu saya dapat peluang bergambar paling hampir dengan baginda.Ada cerita juga di sebalik kenapa saya di berikan salinan gambar ini oleh seseorang yang ada tujuan tertentu, walaupun saya tidak memintanya.. Tetapi biarlah ia menjadi kenangan saya sendirian sahaja.

17 comments:

U.Lee said...

Hello Zabs, wow! Very nice pics. I guess PD has changed a lot since I was last there in the late 70's.
Gosh! You sure mixing with big guns, I can see, ha ha.
I love the beautiful Batik shirts.
Thats a very nice resort you stayed in too.
You have a nice day, Zabs, Lee.

mama ranggie said...

lor...uncle pon ade turun sini ke?napolah x habaq mai kat eira?kalo x,boleh jpo uncle n family..

Mak Su said...

oh.. kat podeksen... saya sendiri dah lama sungguh tak ke sana.. rindu plaks

tokasid said...

Salam pak zabs:

I was in PD about 1 month ago and stayed at Corus.

Saya dah lama tidak ke PD,jadi bila isteri berkursus dan masa tu anak baru bercuti, saya dan anak turut serta sehari kemudian. Memang saya perhatikan PD amat berubah.Makin banyak hotel dan resort. Kalau dulu Telok Kemang tidak banyak penginapan begini tetapi skrg Telok Kemang dah jadi bandar tersendiri.
Cuma pada sebelah malam agak sukar dan cari tempat makan di bandar PD.Selepas berpusing akhirnya terjumpa medan makan(kereta sorong) dekat Jeti PD. Sedap makanan di situ tetapi amat mahal.Mungkin sebab musim cuti sekolah kot.

Masa balik singgah di Tanjung Tuan dan mendaki ke Rumah Api bersama Hafiz. Skrg telah di buat trail/denai turun ke ke sebelah selatan Tanjung Tuan. Denai sepanjang 1km, dgn kawasan curam memang cantik tetapi bagi yg tidak fit(spt saya) nak pecah dada rasanya mendaki semula.

Saya tak pernah bersua muka dgn mana-mana Raja Melayu sejak graduate dulu. bagaimana sikap mereka agaknya selepas sayap kena klip oleh Dr M dulu ye?

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Sudah jadi trend bila nak buat seminar atau brainstorming, musti buat kat a retreat bukan berhampiran the pejabat gomen berkenaan.

Saya sendiri pernah ke 2 perkara sebegitu; yang menyedihkan satu dari seminar itu saya telah diarahkan untuk mengatur segalanya. Kebetulan, ianya di Glory juga.

Ianya menjadi satu mentaliti pegawai atasan bahawa duit peruntukan untuk tahun itu mesti dihabiskan dengan cara apa juga untuk memudahkan peruntukan tahunan tahun akan datang diberi.

Mentailiti ini pula tercetus kerana pihak yang meluluskan kewangan itu berpendirian tidak mahu atau tidak perlu memberi seperti yang diminta kerana wang tahun sebelumnya tidak digunakan sepenuhnya. Mereka tidak mengambil kira - dengan teliti - apakah wang itu disalahguna atau tidak, kerana pada mereka itu bukanlah bidang kuasa mereka.

Tak tahulah camna perkara yang pada asasnya berniat benar dan baik, tapi kini dipersalahgunakan.

Zabs said...

Lee: Tank you for the compliment. I am just new with photography. Yes it was. There so many hotels and resorts now, and more on the way. Some of the Resorts are quite nice too.
Not really mixing with them lah Lee.
That was only one occasion, when I had to represent the company I work for, at a dinner, attended by the Yamtuan Besar NS. Have to tunjuk muka lah.
The Batik Shirt as chosen by my wife lah. That is why it looks nice.
Nice of you to drop by. You take care, Merry Christmas and a Happy New Year to you and family.

Zabs said...

MR & Ma Su: Sebab dah lama tak ke PD. Jadi sajalah pergi ke sana untuk temankan isteri, bawa anak sorang je.
Tak da buat apa-apa perancangan pun.

Zabs said...

Doc.: Ya setuju dengan tuan, sudah terlalu banyak hotel dan resorts di PD ni. Tak tahulah samaada mereka ini boleh survive dalam,jangka masa panjang. Kalau nak harapkan cuti sekolah je ada orang, dan di masa lain kurang sangat orang, susah juga.Mungkin yang besar2 dan berkualiti tu, akan ada pengunjung tetapnya, tetapi yang lainnya, pasti akan tutup juga akhirnya.
Saya lihat Costa Rica Resorts tu semakin sunyi je. Dulu sebelum ada Glory Beach, Costa Rica tu sentiasa penuh. Orang akan cari hotel yang baru setiap kali datang, tambahan pula jika service yang diberi oleh hotel lama tetap lama juga.
Tentang makanan tu kami pun rasa begitu. Tetapi, setakat dua/tiga hari tu masih boleh tahan jugalah selera. Salam.

Zabs said...

CA: Setuju dengan pandangan anda itu. Cuba baca posting saya di sini, http://zainulabs.blogspot.com/2007/12/perbelanjaan-luar-jangka.html
dan komen-komen yang berkaitan. Salam.

alan zed said...

hurm, ada udang sebalik mee, kot? :)

zaitgha said...

rasanyer resorts nih dah lama tapi baru di 'official' kan ek...

Selamat Hari Raya Aidil Adha to you and family....

Zabs said...

Zai: Tu yang terkejut tu. Dah "season" kata orang. Tapi mungkin untuk nak kembalikan minat orang untuk datang seula, kena buat sesuatulah.
Same to you. Salam AidilAdha dan Selamat Tahun Baru.

zino said...

bulan lepas zino di bayu beach resort tu.. berbengkelan..

Zabs said...

Zino: Pejabat Zino pun nak habiskan bajet untuk tahun ni juga ke? Asal memberi faedah dan dapat meningkatkan kualiti kerja peserta takpalah. Jangan ada yang menganggap mereka datang untuk makan angin sudah..

cakapaje said...

Pak Zabs,

Salam Aidil Adha kepada Pak Zabs sekeluarga.

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

PD has such great potential ti be better than what it is. Takde overall comprehensive planning. Poor maintenance too.

Hey that last photo..great one.

Zabs said...

Ruby: Yes, PD could have been well developed by now as a tourist destination. PD was already popular in the 70s.Lee would ave agreed. But if you look at the state of the town now, I would say that Alor Gajah is more modern that PD.
The JE incidents a few years back also did have some effect on yhr number of peoples coming for recreation there.
But now, it is slowly picking up again. However greater effort is needed to make it really shows it potetial. Salam.