Thursday, December 06, 2007

Kerja Sampingan

Kerja sampingan.....Mendulang Emas.

Semasa saya di dalam perkhidmatan dahulu, saya mengenali seorang PAR (Pembantu Am Rendah) yang bertugas di cawangan yang sama dengan saya. Beliau betugas dengan cukup ceria dan sentiasa berpakaian bersih dan baik budi bahasa. Jadi tidak hairanlah beliau disukai oleh semua.

Sebelum itu saya tidak mengetahui kegiatan beliau selepas waktu bekerja, dan tidak pernah pun bertanyakan kepadanya.

Hanya pada satu malam minggu, semasa saya dan isteri pergi ke satu pasar malam berhampiran taman perumahan kami, saya terserempak dengan beliau, yang turut berniaga di situ. Beliau dengan ramah menegur kami, dan untuk memberi semangat kepadanya turut membeli apa yang beliau jual.

Minggu berikutnya, apabila bertemu dengannya di pejabat, saya telah bertanya kepada beliau akan kegiatannya itu. Dari apa yang diceritakannya, walaupun hanya menjual burger, beliau mendapat keuntungan bersih lebih kurang RM100-RM150 semalam, dan beliau berniaga dua malam seminggu. Ini bermakna beliau boleh mendapat pendapatan lebih dari gaji yang beliau dapat dari kerja hariannya.

Begitulah agaknya kehidupan mereka yang berpendapatan rendah, demi untuk mencukupkan pendapatan yang diperolehi, untuk perbelanjaan harian. Mereka perlu melakukan kerja-kerja sampingan untuk tujuan tersebut.

Seperti kata seorang pemandu lori, beliau bekerja sebagai pemandu lori disebelah pagi. Selepas makan tengah hari, beliau pergi menoreh getah dan pada petangnya pula, berkebun sayur di keliling rumahnya. Ini semua, katanya adalah untuk membahagiakan keluarganya yang tersayang.

Ramai juga pekerja-pekerja di pejabat yang terlibat dengan MLM, menjual kuih muih, pakaian dan lain-lain lagi, untuk menambah pendapatan. Cuma janganlah dilakukan semasa waktu pejabat, agar tidak menimbulkan masalah pula.

Ada juga orang yang menjadi jurufoto perkahwinan di hujung-hujung minggu untuk menambah pendapatan. Dan tentunya pada musim cuti persekolahan sekarang ini, rezeki mereka akan bertambah kerana ramai yang akan mengadakan majlis perkahwinan.

Pekerja yang terlibat dengan pihak katering pun kebanyakanya adalah pekerja2 sambilan. Kadang-kadang tu, mereka adalah budak2 lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Mereka bekerja untuk mendapatkan duit poket, kerana tidak mahu menyusahkan ibu-bapa mereka.

Pelajar Universiti pun banyak yang bekerja sambilan, untuk menambahkan duit poket, ketika cuti semeter, walaupun tidak seramai pelajar di negara2 luar. Budaya bekerja sambilan di kalangan pelajar2 di sini masih belum berkembang (itu pandangan saya lah).

Ustaz-ustaz juga ramai yang melakukan kerja-kerja sampingan dengan memberi ceramah2 di masjid-masjid dan surau-surau, di jabatan-jabatan kerajaan dan pejabat2 swasta yang besar2. Malah yang telah ada nama, mendapat jemputan di radio dan telivisyen pula. Tetapi mereka melakukannya bukanlah untuk mendapatkan wang tambahan, tetapi adalah atas dasar untuk memperkembangkan pengetahuan dan pemahaman Agama Islam. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka.

Begitu jugalah kerja yang dilakukan oleh Imam2, Bilal2 dan Tok2 Siak, di mana-mana sahaja ada surau dan masjid. Walaupun ada yang tidak mendapat apa-apa imbuhan di dunia, mereka tetap melakukannya, walaupun ada yang perlu mula berkhidmat pada jam 5.30 pagi. Semoga mereka mendapat ganjaran yang sewajarnya. InsyaAllah.

Masjid Jamek di Kluang

25 comments:

mama ranggie said...

sekadar sederhana dlm hidup...x kaya x ape janji cukup...

zino said...

dulu zino buat juga partime ni.. buat rekabentuk struktur dan lukisan kerja.. kalau setakat banglo ke dalam dua minggu siap la.. pendapatan dia ok gak..

tapi dah tak larat nak berjaga malam.. so ada juga kawan2 yg minta tapi dengan sopan zino tolak..

Zabs said...

MR: Sebab tak cukuplah mereka sanggup bekerja keras membuat kerja-kerja tambahan tu. Betul seperti kata MR tu, tak perlu kaya, bila semua cukup, hati senang. Kalau kaya pun tak semestinya senang hati, kan?

Zino: Setuju, kita kena tahu batas2 kemampuan kita. Kalau nak bagi service, biar orang puas hati, dan kita dapat buat dengan sebaik mungkin, tanpa menjejas kesihatan kita pulak.
Dah bersara nanti bolehlah buka syarikat perkhidmatan gitu pulak!

Mak Su said...

saya sampingan tulis blog, for free

alan zed said...

insya'allah. mudah2an. :)

Zabs said...

Mak Su,
Jadi terkenal dulu, nanti ada orang akan bayar untuk tulisan anda.

Alan: Apa kerja sampingan dalam perancangan anda?

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Membuat kerja sampingan memang dah perkara biasa sekarang. Tambah lagi kalau tinggal di kota. Kalau gaji setakat RM2-3 ribu, memang tak begitu cukup di zaman ini, yang semuanya perlukan duit.

Asalkan pandai 'membawa diri', OKlah.

Mat Salo said...

Waaaah...Pak Zabs - mantap pos nya Pak! And the accompanying pictures - great stuff. Tak sangka part-time macam ini agak lumayan pendapatannya Pak. Rezeki halal dan cuma mengeluarkan titik peluh untuk keluarga tersayang.

This is the kind of photo-blog that I wish I could be doing more of. Instead of rehash komentar sahaja. Appreciate if we could see more of this as it's very interesting Pak Zabs!

As for kritikan, Pak Zabs, I think the composition (framing) of the Masjid Kluang could be better sebab senget sikit,. If you download google freeware photo management Picasa2 ada tool yang can re-align horizon. But I really enjoyed the Mersing2 beach shots!

U.Lee said...

Hi Zabs, wow, they still doing this panning for gold in Malaysia.? Used to see people panning for tin in Tanjong Tualang, Perak.
Hey Zabs, you must take a pic of yourself in RayBan's put in your profile, ha ha.
You have a nice day, Zabs, Lee.

jaflam said...

Zabs, part time job tu memang penting. Masa remaja dulu part time untuk tambah wang saku. Bila dah kerja tetap dan kukuh ekonomi part time untuk mencabar minda .... mencabar kemampuan .... untung untung boleh jadi kaya raya .... bukan apa supaya boleh beramal jariah lebih InshaAllah.

waterlily said...

Salam Pak Zabs,
Yang perlu dipastikan adalah ianya mesti perkerjaan yang halal. :D

Zabs said...

BP: Kerja-kerja juga, tetapi jangan sampai anak-anak di tinggal sendirian di rumah. Tentunya pesanan ini bukan ditujukan kepada BP, tetapi kepada ibu-bapa lainlah.
Sebenarnya, bukan banyak atau sedikit yang penting, tetapi cara pembelanjaannya yang lebih penting.

Zabs said...

MS: Terima kasih atas komen yang lumayan itu, tetapi tidak layak untuk saya menerimanya.
Ada banyak gambar untuk dipamer, tetapi perlu memilih yang baik sedikit. Akan dikeluarkan dari masa ke masa.
Terima kasih atas tip yang diberi tentang picasa2 itu. Sudah ada di komputer sebenarnya, tetapi belum teroka kegunaannya lagi. Salam.

Zabs said...

Lee: Yes Lee, about three weeks ago one family found some gold grains there on the beach after some panning, and once the words spread out, a lot of people rush in to try their luck.
According to the locals it was the second time they found gold there in Mersing. The first time was in the rubber estates, a few years ago.
Pic of me in my RayBan? A good idea for my profile!

Zabs said...

Jaflam: Satu cadangan yang sungguh mengujakan. Cuma bila dah kaya raya, takut amal jariah, tak jadi meriah. Tapi kalau ada niat yang baik, InsyaAllah dapat dilaksanakan.

Waterlily: Ya Allah jadikanlah rezeki kami semua, dari rezeki yang baik lagi halal. Ameen.

jaflam said...

Zawi, I have arranged for a Bloggers Tea Session with Kak Teh and Awang Goneng as follows .

Date : Sunday 9 Dec 2007
Time : 4.00 PM
Venue : Kinokuniya Bookstore, Coffee Shop @ KLCC

All blogger friends are kindly invited & bring your GUiT copy.

Regards : Jaflam + Kak Teh

Zabs said...

Jaflam: Very kind of you to arrange the Tea Session. Boleh bawa kamera ke?

13may said...

hehhe...kadang2 mereka yg buat keja sampingan tu bukan pasal tak cukup duit...tapi sebab tatau nak buat apa...baik buat keja yg berfaedah sikit...duit pun masuk :)

Zabs said...

May: Ya ramai juga yang begitu. Dunia kebendaan sudah marasuk kebanyakan diri kita, sekarang ni.

idham said...

ZABS....:)

saya admire people with intiatives....rajin berusha...tidak hanya mengeluh tapi sanggup berpeluh!

idham

ruby ahmad said...

Salam Zabs,

I just feel there is disparity in the distribution of wealth in Asian countries. Somehow it is a common trait. This happens perhaps people here are not as exposed as those in the West. So we accept our fate I guess.

I stayed in UK a few years, and I always feel sad thinking of our rubbish collectors on days when my rubbish get collected. Over there, they are given proper attire, gloves, the rubbish trucks are modern and odourless, and a long list of advantages. Most of all they are all well paid.

Train drivers, cleaners, they are all well paid.

So they have a good family life unlike our labourers here where they have to work 24/7 looking for extra income as you have described in your entry, Zabs.

Who is to be blamed for all the mat rempits then? When parents don't have time to monitor their kids what do we expect?

Sorry to rant like this but I think the system is not spiffing at the moment. It is very much to be desired lah.

Zabs said...

Idham: Bersetuju dengan anda, tetapi apabila melihat mereka2 yang menadah tangan di kawasan2 masjid atau semasa sedang menjamu selera, tak sampai hati juga, terus memberi. Ini juga punca masih ramai lagi yang suka mengeluh dan tak suka berpeluh tu!
Salam dan take care di rantauan.

Zabs said...

Ruby: Setuju dengan komen yang panjang lebar itu. Nampaknya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus terhimpit.
Rezeki secupak takkan jadi segantang. Mungkin pepatah ini masih kuat dipegang mereka. Tetapi kalau tidak diusahakan, macamana secupak nak jadi segantang.
Pekerjaan mengutip sampah di UK dianggap setaraf pekerjaan lain juga, apa lagi dengan kebajikan yang terjaga dan gaji yang baik mereka bangga melakukannya.
Disini sebaliknya, sudahlah gaji murah dan ia dikaitkan pula dengan sesuatu yang kotor, busuk dan tidak baik untuk kesihatan diri.
Di UK juga, mereka yang tidak bekerja mendapat "unemployment benefit". Malah semasa saya belajar di sana dulu (1995-1997), pernah mendapat "childs benefit". Di sini nak dapatkan bantuan kebajikan masyarakat pun ada banyak tapisannya.
Tetapi kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja. Semua pihak perlu jalankan tanggungjawab masing-masing. Walahua'lam.

Mior Azhar said...

Pak Zabs,
Sudah tuntutan fitrah dunia hari sebegitu maka ramai yang mengambil peluang bekerja lebih di luar waktu kerja.. cuma malangnya dalam ramai-ramai mengejar yang "ekonomi" ramai pula yang alpa akan yang "sosio" nya.

Zabs said...

Mior: Dengan dengan pendapat anda itu. Seharusnya, kedua-dua perlu seimbang. Bila dah berat sebelah itu yang membawa tumbang. Hidup jagi tunggang langgang. Perlu sederhaan dalam semua. Hidup di dunia hanya sementara.