Monday, December 24, 2007

Ulang Tahun

Hari ini (24 Disember), 29 tahun lalu, adalah hari Ahad dan cuti sekolah. Tentu anda juga tahu, dari dahulu hingga sekarang, waktu begini adalah musim untuk mengadakan majlis perkahwinan. Begitu jugalah dengan saya dan (bakal) isteri. Hari ini genap 29 tahun kami diijab kabulkan, di satu majlis yang cukup sederhana tetapi meriah, ketika itu.

Kini setelah 29 tahun berlalu, rumah tangga yang kami bina, kini akan menjadi semakin lengkap (tahun hadapan kami akan menimang cucu yang pertama pula, InsyaAllah), dan kami tidak akan menukarnya untuk pengalaman yang lain. Walaupun banyak pahit manis yang kami lalui, tetapi ia telah mengajar kami untuk lebih tabah dan memahami serta menghargai pengorbanan masing-masing.

Keluarga kami banyak berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam tempuh tersebut. Perpindahan tempat kerja memerlukan kami berpindah rumah juga. Lebih sepuluh buah rumah telah kami diami selama itu, termasuk tinggal beberapa tahun di New Zealand dan Wales.

Garisan Katulistiwa "Tropic of Cancer" dan "Tropic of Capricorn" telah kami lintasi bersama. Ketika berkhidmat di luar negara isteri menjadi penawar duka, ketika belajar lagi di umur dewasa, beliau menjadi pembakar semangat dan ketika berada jauh dari keluarga dan berada di lautan luas, beliau sekali gus menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil dan perlukan bimbingan. Di samping itu masih menjadi pekerja cemerlang di tempat kerjanya. Dia seorang "Super Women" bagi saya.

Di hari yang istimewa ini, saya berdoa, agar kami dapat terus bersama melayari hidup ini dengan penuh kerukunan sehingga ke akhir hayat. Semoga anak-anak juga akan meneruskan keharmonian hidup berkeluarga sesama mereka dan keluarga mereka sendiri nanti. InsyaAllah.

Gambar-gambar berikut diambil sekitar 6 tahun lalu, dan sehingga kini ia merupakan koleksi yang terbaik di dalam simpanan saya.

Pada 26hb Disember pula akan genaplah umur saya, untuk bersara wajib (56 tahun). Walau bagaimnapun saya telah bersara secara pilihan, pada 1.1.1999, dan menerima tawaran bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Setelah merasa cukup lama bekerja makan gaji sahaja, pada June 2000, saya memutuskan untuk bekerja sendiri.

Mungkin ini adalah keputusan yang baik, kerana kini, saya masih boleh terus bekerja walaupun akan memasuki umur bersara wajib. Bagi kawan sebaya, yang baru bersara dari perkhidmatan tentu mereka perlu mencari kerja baru jika mahu terus aktif bekerja.

Semoga saya diberi kesihatan yang baik dan seterusnya dapat menyumbang, secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan negara kita yang satu ini. InsyaAllah.

45 comments:

Mior Azhar said...

Salam Tahniah Pak Zabs dan Isteri. Dan Selamat Menyambut Hari Lahir. Masih nampak muda lah Pak Zab. Semoga bahagia berkekalan.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Melihat kebahagian Pak Zabs bersama keluarga, terkapaikah diriku perkara sebegitu? Wallahu'alam.

Membaca posting hari ini baru saya sedar bahawa Pak Zabs dahulu seorang wira laut.

MasyAllah Pak Zabs, semoga jodoh berkekalan dalam keimanan dan bahagia hendakNya, dan diketemukan semula di hari kemudian, insyAllah. Salam hormat saya kepada akak dan anak anak.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Subhanallah. Dah 29 tahun Pak zabs bersama kakak rupanya.Alhamdulillah.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 29 utk Pak zabs dan Ibu Zabs.

Dan selamat hari jadi ke 56 utk pak zabs pada 26 Disember ini.

Semoga ALLAH panjangkan usia dan jodoh dan melimpahkan RahmatNya kepada pak zabs sekeluarga.
Juga di murahkan rezeki yang halal dan di berikan hidayah dan taufik sentiasa.Ameen Ya Rabb.

Zabs said...

Mior Azhar: Terma kasih atas ucapan. Gambar saje nampak muda, orangnya dah tua dah. Lagi pun gambar2 tu diambil 6 tahun lalu. Anak yang perempuan dah kahwin dah, yang lelaki no dua dah bertunang, dan yan kecl tu dah tahun enam pada 2008 ni.
Semasa di Kino tempuh hari, saya tertunu juga tuan, sampaikan Dr.Bubbles pun ay ingat kan Mior. Semoga berjumpa juga nanti. InsyaAllah. Salam dan selamat bercuti dan menyambut tahun baru Masehi, dan Hijrah (Awal Muharam) pada 10 Januari.

Zabs said...

CA: InsyaAllah, kita hanya boleh merancang, ikhtiar, berdoa dan tawakkal. Jika baik yang kita mhonkan, Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Mendengar dan Maha segalanya. Mohonlah dan Dia akan pekenankan.
Ya, 26 tahun, penuh dengan warna warni kehidupan di lautan dan di daratan, semasa teruna dan ketika sudah berkeluarga. Semua pengalaman membuat saya sedar betapa kerdilnya diri ini, di dunia yang fana ini. Apatah lagi agaknya di alam yang baqa' nanti.
Semoga Allah memberi saya Taufik dan HidayahNya untuk terus memperbaiki diri di usia senja ini. InsyaAllah.
Terima kasih CA atas doa restu dari tuan itu. Saya juga berdoa agar tuan juga akan beroleh apa yang di hajatkan. InsyaAllah.

Zabs said...

Dok. TA: Terima kasih atas doa restu tuan. Kami bersyukur kerana diberi kekuatan untuk terus menjadi hambaNya. Walau pun tidak layak untuk SorgaNya, tetapi amat takut dengan NerakaNya.
Umur semakin kurang yang tinggal. Semoga dapat memanfaatkan umur sedikit yang tinggal lagi itu. InsyaAllah.
Semoga diberi pengampunan atas segala dosa yang telah dan akan terlakukan, dengan sengaja atau tidak disengajakan. Begitu juga didoakan untuk tuan dan keluarga. Ameen ya Rabb.

mohd azmir said...

happy anniversary dad!!
may god bless u and mum and the rest of the family...
semoga umur diberkati dan murah rezeki.. insyaallah!!

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
You and your wife share the same anniversary date as my parents. If my father is still alive, they would have celebrated their 47th wedding anniversary. Congratulations to you and Superwoman in your life.
Also, Happy 56th Birthday, best wishes to you on that day and always.

Zabs said...

Fauziah: Thank you for the wishes. Yes God Willing and Halth permis, we might hope to be around for our 47th Anniversary, InsyAllah.
Al Fatehah untuk arwah your father and mine. Salam.

Zabs said...

Azmir: Thank you, and our wishes for you and all the others, to do the best in what ever your undertakings are. Pray hard and work hard. And if you have to play, play hard also. Salam.

alan zed said...

hepi aniversari dad. maybe we should update our family potrait. hehe. kidding. :)

Zabs said...

Azlan: Bila semua dah ada pasangan kot? Baru akan dipertimbangkan...

Mak Su said...

semoga Pak Zabs, isteri dan kaum keluarga bahagia selalu

zino said...

salam zabs...
tahniah.. selamat ulang tahun yg ke 29.. zino baru masuk ke 26..

semuga terus berbahagia hingga ke akhir hayat..

nUr@dDeEn said...

Wah! Bestnyer. Nampak sweet family PaK ZaBS. anyway, TAHNIAH utk PaK ZaBS dan isteri. Saya mude setahun dari enibeseri PaK ZaBS. hehehe..

MA & Brood said...

Happy Anniversary dan Happy Birthday Abang Zabs.

Here's to 29/56 years and many more !

MA

Zabs said...

Mak Su: Terima kasih, semoga Mak Su juga berbahagia selalau didoakan.

Zino: Terima kasih. Kira saya senior 3 tahun lah. Anda juga begitu hendaknya.

Nur@ddeen: Terima kasih. Anda satu tahun tua dari anak saya yang sulung.

Zabs said...

MA: Terima kasih kerana sudi datang melawat ke sini. Walaupun dah tua, tetapi masih ada anak kecil lagi (tahun enam (2008)), saya perlu banyak stamina untuk melayannya. Perlu jaga kesihatan dengan baik. InsyaAllah.

jaflam said...

Sdr Zabs, Tahniah & Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan ke 29 serta Hari Lahir Yang ke 56 semoga sdr dan keluarga sentiasa mendapat rahmat, kesihatan yang sempurna dan keberkatan Allah.

Pengorbanan tuan kepada Negara, membina keluarga bahagia, mendidik anak anak hingga berjaya dan berkorban apa saja demi Agama, Bangsa dan Negara akan menjadi tauladan dan kenangan abadi kepada generasi baru InshaAllah.

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

Happy 29th Anniversary to both of you. What a lovely family you have there. Kudos.

Here's wishing you a wonderful Birthday and I pray for more wonderful years to come to you and family, insy.

Zabs said...

Jaflam: Terima kasih atas doa restu dari tuan itu. Terima kasih juga atas kata-kata perangsang yang biberikan. InsyaAllah, dengan izinNya, semoga generasi kita yang akan datang akan mampu melakukan yang terbaik untuk Agama, Bangsa dan Tanah air mereka.
Salam dan selamat bercuti serta menyambut tahun baru Masehi, dan Hijrah (Awal Muharam) pada 10 Januari.

Zabs said...

Ruby: Thank you for visiting and the nice words. I don't normally celebrate my birthdays. After getting married, the anniversary come first, and the birthday, sort of getting included in the occasion.
Salam dan selamat bercuti dan menyambut tahun baru Masehi, dan Hijrah (Awal Muharam) pada 10 Januari.

IBU said...

Salam Pak Zabs

Dah lama tak ke sini. But timely hopping indeed.

Happy Anniversary. And Happy Birthday too! Double celebration. May Allah grant you & family the best of health, heaps of wealth and guidance to stay on the right path always.

Lovely family pics you have there. Ibu kena pi studio jugak la cam ni!! Hehe...

Zabs said...

Ibu: Thank you for dropping by. Thank you too, for the best wishes. InsyaAllah, semoga
kita semua berada di dalam keredhaanNYa. Saya juga ada jengok ke "rumah" ibu, tetapi tak sempat tinggalkan jejak.
Re, family potrait, I think, it is about time, we get a new family potrait too, as suggested by one of my son. Semua dah tukar wajah dah, termasuk saya yang dah mula beruban ini.
Salam dan selamat bercuti serta menyambut tahun baru Masehi, dan Hijrah (Awal Muharam) pada 10 Januari.

Akmal said...

Pak Zabs,
Happy Aniversary, and Happy Birthday. Moga panjang umur, gembira berkekalan dengan pasangan hidup, dan dengan anak-anak yang masing2 on their own way to the glorious future.

Have the soul to strive, have the strength to strive, then you are alive; and you are(",).

zabs said...

Akmal: Thank you. Very thoughtful of you to wish me that. My son Muhammad Hariz is as old as you are and he is studying in UKM (1st year) now.
My prayers are for all the young people like you and all my children to have the strength and soul to strive for the gloriuos future. InsyaAllah. Salam.

Elviza said...

Alhamdullilah...

Selamat panjang umur dan semoga dimurahkan lagi rezeki Pak Zabs. Amin.

Luqman & Mommy

Zabs said...

Elviza: Thank you for the best wishes. Happy new Year. Selamat menyambut Awal Muharram juga (10 Jan). How is Luqman? Salam.

Zawi said...

Zabs,
Selamat menyambut hari Ulantahun ke 29 dan Harijadi ke 56. Zabs rupanya muda setahun dari saya.
Kalau syurga telah ditemui jangan pula mencari neraka. Selamat menempuhi sisa sisa hidup dan menjadi Khalifah dimuka bumi ini.

Zabs said...

(Abg)Zawi: Terima kasih atas nasihat yang sungguh bernas. InsyaAllah.
Salam dan selamat bercuti serta menyambut tahun baru Masehi, dan Hijrah (Awal Muharam) pada 10 Januari.

mama ranggie said...

tahniah uncle...

semoga akan terus kekal hingga hujung nyawa...

Zabs said...

MR: Terima kasih. Semoga anda dan suami juga akan terus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. InyAllah. Salam dan selamat bercuti serta menyambut tahun baru Masehi, dan Hijrah (Awal Muharam) pada 10 Januari.

NBK466 said...

Tak sangka trend 'musim mengawan' dimasa cuti sekolah esp hujung tahun 29 tahun lampau pun dah wujud ek..

Zabs said...

NBK: Bukan setakat 29 tahun lampu, tetapi sejak sekolah mula diperkenal dan bercuti panjang di hujung tahun dah ada dah. Tambahan pula, masa tu musim hujan, tentulah malamnya sejuk dan nyaman. Salam dan copek poi updatekan!!

hafidz said...

Salam Ayah..

Even though Apit terlepas the anniversary 'surprise', and my name was not in the card, (mungkin diorang terlupa Apit kot? heheh), I would like to say it here: Happy Anniversary Ayah & Mama.. i love both of you very much.. thank you for our beautiful family [don't mess with the Zed Familia :)]

Also, Happy Birthday Ayah.. you are my hero, my greatest inspiration..

-Apit-

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Selamat Hari Lahir ke 56 tahun.

Semoga keberkatan ALLAH menghiasi kehidupan Pak Zabs sekeluarga.
Bak kata pak Zawi- jgn kita cari neraka bila syurga sudah di temui.

Zabs said...

Hafidz: Thank you for the best wishes. We love all of you the same. And we wish that everyone of you will be a success in your own way.
Even though your name is not in the card, we still beleive that it was meant to be from all of you (kalau hanya satu nama pun sama juga).
The prayers of all of you are really, what we needed most. Salam.

Zabs said...

Doc., Terima sekali lagi atas ucapan tahniah itu. Sebagai manusia kita cuma merancang, Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Pesanan tuan dan Zawi, akan menjadi ingatan selalu. InsyaAlah. Salam.

ayah su said...

Pak Mior....:)salam rstu dan kasih mesra dari saya dan LiL untuk pak zabs dan isteri serta anak2 .....
saya mendoakan pakzabs dan keluarga akan sentiasa sihat dan bahagia....
and HAPPY ANNIVERSARRY YANG KE DUA PULUH SEMBILAN....tali ikatan perkahwinan orang seangkatan dengan kita byk berasaskan simpulan kepersefahaman, penghormatan, kasih sayang dari persahabatan, dan sama2 memikul dan menjinjing semasa perjalanan yang penuh cabaran dan kenangan....
Saya dapat merasai kebahgiaan keluarga pakzabs.....dari coretan dan gambar2 yang telah dikongsikan...

SELAMAT ULANG TAHUN HARI LAHIR....seperti kata dari pemerhatian saya, pakzabs awet muda....dan rahsianya mungkin dari keimanan dan hati yang redha! Ingin sekali bertemu bila ada kesempatan....boleh kita menguk kopi atau teh sambil bercerita ....

best wishes,
pak su payne.

Zabs said...

Pak Su Payne: Terima kasih atas kata-kata perangang dan peniup semangat yang diberi, kepada orang lama ini. Tuan telah lama saya andaikan mempunyai hati yang luhur dan tajam pengamatan. Bukan kerana mengatakan saya awet muda, sebab diri sendiri yang merasanya, memang dah tua pun. Uban dah bertabur, gigi dah mula gugur, mata pun dah kabur, kulit dah mula kendur, hanya tunggu untuk masuk kubur. Tapi berpantang mati sebelum ajal. Semoga hidup dan mati kita di dalam Iman dimohonkan dari Yang Maha Esa.
Saya berdoa juga semoga tuan dan isteri tersayang, Lil, diberkati Allah, berbahagia dan beroleh kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayat. Salam.

Kak Lady said...

Salam Zabs...Tahniah kerana telah berjaya mengharungi pahit manis berumahtangga hingga ke tahap sekarang...dah 29 tahun hidup bersama...terlalu banyak memori indah yang telah dikumpul bersama untuk dikenang & diceritakan bersama anak2 & cucu2...

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan buat Zabs & isteri tersayang...semoga ikatan tersebut kekal abadi hingga ke akhir hayat dan semoga sama2 dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik untuk melihat kejayaan anak2 & cucu...Insyaallah

zaitgha said...

Zabs,

maaf lambat sikit...tahniah atas ulang tahun perkahwinan dan hari lahir...hope for many more years for you and wife and the family...

Zabs said...

Kak Lady: Terima kasih atas ingatan. Begitulah bila sudah jadi orang lama. Banyak memori suka duka yang boleh dikongsikan, samaada mahu atau tidak sahaja. Sebaiknya biarlah yang abik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadi sempadan.
Terima kasih atas doa, semoga kita semua diberi kesihatan yang baik di hari-hari tua begini. InsyaAllah.

The Ancient Mariner said...

Belated happy birthday and happy wedding anniversary, Pak Zabs.

Semoga kekal bahagia, murah rezeki and sihat selalu hingga ke anak cucu.

Zabs said...

Zaitgha: Terima kasih atas ucapan tahniah, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini. Alhamdulillah.

Captain: Thank you for the best wishes. May you and family also be blessed with good health and wealth dan Rahmat dari Allah s.w.t. Selamat Menyambut Tahun Baru. Salam.