Saturday, January 26, 2008

Oh Batik...

Ini bukan gambar kakitangan awam, berehat sebentar di hari Khamis, sambil menikmati makan tengah hari di kantin. Ini adalah pemandangan biasa yang dapat kita lihat di majlis-majlis pertunangan, perkahwinan atau majlis- majlis "open house".



Saya juga berminat memakai baju batik kerana selain warnanya yang ceria dan menarik, ia juga selesa kerana tak perlu bertali leher dan kelihatan macam orang koporat pula.

Saya biasanya memakai baju batik untuk ke majlis-majlis perkahwinan di siang hari. Lebih selesa dari memakai Baju Melayu lengkap seperti di sebelah, yang mana, selalunya hanya saya pakai untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga terdekat di tempat2 yang sesuai sahaja. Jika tidak saya lebih selesa berbaju batik.

Semasa di dalam perkhidmatan dahulu, saya hanya memakai pakaian seragam yang telah dikhaskan untuk ke tempat kerja. Kami hanya memakai baju batik untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Dan adakalanya memakai "Mes Dress" seperti gambar di sebelah.


(Maaf gambar lama)

Baru-baru ini satu Arahan pemakaian batik setiap Khamis telah diumumkan menerusi Surat Pekeliling Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Ia tidak memerlukan apa-apa tindakan dari saya. Cuma isteri saya yang mungkin perlu membeli beberapa pasang lagi baju batik, kerana sekarang perlu memakainya setiap minggu pula.

Selamat memakai baju batik kepada semua kakitangan awam. Tetapi bagi saya apabila berbaju batik, saya tidak terasa untuk bertugas. Bila berbaju batik saya berasa ceria dan mahu bersenang-senang dan santai serta bersosial di majlis-majlis keramaian. Tidak ada mood untuk bekerja tetapi bersedia untuk makan-makan....

dan merenjis-rinjis di majlis perkahwinan... adalah....

Apa pandangan anda?

12 comments:

Qaseh Bidadari said...

satu idea yg bagus...

ini mengingatkan kite agar menghargai kehalusan seni budaya kita...

dan jgn lupa gosok sebelum memakainya!

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Amboi! Kemain bergaya dan segak sekali dengan pelbagai ragam pakaian! Sebelum membaca tadi saya tengok saja gambar dan ingat Pak Zabs dan tukar profesion menjadi seorang peragawan! Hmm...ada bakat nampaknya tu :)

Mior Azhar said...

Salam Pak Zabs:
Tak tahu nak cakaplah Pak Zabs. Dari dulu sampai sekarang kalau berbaju batik ramai yang kata mat belia. Kenapa lah agaknya. Saya suka berbaju batik sebab tak perlu tuck-in. Tapi mungkin batik perlu diberu nafas baru kot agar sipemakainya lebih berasa bangga memakainya. Dan saya setuju, pakai batik rasa nak pergi majlis aje bukan nak pergi kerja.

jaflam said...

Zabs,
Saya setuju batik diketengahkan sebagai identiti dan hasil seni kita yang patut di baggakan. Kita ini selalunya suka membanggakan dan membesarkan budaya orang lain dengan memperkecilkan dan memperlekehkan budaya dan nilai seni kita.

Jika nak cari seni bangsa sendiri yang gah dalam arus pembangunan negara susah lah teramat sangat i.e Istana Melayu, Rumah Melayu, Ukiran Melayu dll. Kalau kita ke Bali di setiap bangunan dan rumah ada ukiran/rekabentuk Bali yang di terapkan. Begitu juga di Bangkok Ciri ciri Pagoda di kekalkan dan di terapkan dalam rekabentuk penbangunan baru.

Saya harap kita lebih prihatin kepada budaya dan nilai seni bangsa seblum ia terus pupus dalam kehdupan kita.

Mazza Homemade Cookies said...

Saya bukannya menentang pemakaian baju batik ini Pak Zabs tetapi dari pemerhatian saya tidak semua yang berbaju ini nampak sesuai dan kemas...saya dapati ada yang memakai baju batik yang tak "appropriate" seperti batik "beach" style, berlengan pendek dan sebagainya...

kita tidak boleh menyalahkan pemakai nya kerana bukan semua orang mampu berbaju batik. sepasang baju batik juga bukanlah murah harganya dan semesti bukan baju batik yang sama akan dipakai setiap minggu.

pendapat saya, pihak berkenaan sepatutnya menyediakan elaun khas bagi menjayakan pemakaian baju batik bagi setiap hari khamis ini..

Eddie Putera said...

saya pulak kalau pakai baju batik, rasa cam menteri ler pulak. Ada selai jer baju batik pun, itulah yang dipakai kalau ada masjlis...selesa pakai t-shirt jer ah.

Sastri said...

baju batik ni, payah nak iron... dan sedikit membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah... sepasang paling murah pun RM100 lebih... banyak dengar mereka membebel pasal Pekeliling nih... :D

ZABS said...

MR: Untuk menghargai sesuatu, ia tidak boleh dipaksakan. Cara yang sesuai perlu dicari selain memaksa pemakaiannya ke pejabat.

Shah CA: Dulu muda2 takda peluang nak jagi peragawan, asyik belayar selalu. Sekarang sendiri ambil gambar sendiri peragakan (di internet), mudah aje.

Mior: Terima kasih atas komen anda. Amat brsetuju.

Jaflam: Setuju. Memang perlu digalakkan pemakaian batik ini. Tetapi mewajibkan pemakaiannya ke pejabat bukan satu optionlah, pada pandangan saya.

Myfisol: Tidak prlu diwajibkan, dan tidak perlu elaun khas. Cuma beri kebebasan kepada sesiapa yang mahu memakai batik yang sesuai untuk dipakai ke pejabat. Jika ingin dijadikan pakaian seragam bagi sesuau Jabatan itu hal lain. Kerana kakitangan boleh mendapatnya dengan percuma atau bayaran minima. Jika tidak boleh membantu jangan menyusahkan.

sastri: Setuju dengan anda. Nanti ada pulak yang nak minta subsidi untuk baju batik dan dry cleaning.

Terima kepada yang beri pandangan. Salam.

Azlan Zed said...

you remind me to add baju batik on my wishlist. hehe. :)

ZABS said...

Alan: Saiz kita tak serupa. Kalau tidak boleh tukar suka sama suka.

zaitgha said...

Pak Zab,
Saya suka batik sarong jer kalau kena pergi pakai batik mesti saya merungut. Semasa saya bekerja dulu our dress code casual smart sahaja...so dah biasa dgn pakai tshirt dan jeans pergi kerja...bila dia org mula introduced Monday as official attire day geram jugak but sehari seminggu rasanyer ok jer....
tapi kalau ada meeting dgn outsider of course we would be appropriately dressed la.....

ZABS said...

Zai: Sometimes due to the nature of their works, we have to give some freedom to them, when choosing the attire to wear.
Of course they will know when they need to be properly dressed. As you have rightly said, "kalau ada meeting dgn outsider of course we would be appropriately dressed la". Salam and TQ.