Wednesday, January 30, 2008

Memberi dan Menerima

Beberapa hari lalu seorang kawan berkunjung ke pejabat saya untuk membincangkan sesuatu tentang kerja yang ingin dilakukannya dalam masa terdekat ini.

Kerja tersebut pada mulanya perlu dilakukan sebulan yang lalu. Oleh kerana masalah dalam mempersetujui harga, dan wang pendahuluan yang diminta, ia lewat dilaksanakan.

Pada kali terakhir perbincangan antara Kawan Saya (KS) dengan (MD) Syarikat itu, beginilah serba sedikit apa yang berlaku, seperti disampaikannya pada hari itu:

MD: Buat kali terakhir saya bersetuju membayar 10% sebagai pendahuluan untuk anda mulakan kerja dan akan membayar selebihnya selepas semua kerja selesai. Kami akan tulis cek hari ini juga.

KS: Bagini tuan, saya telah minta 30% sejak dari awal lagi untuk memulakan kerja dan telah memberi sebab kenapa saya perlukannya. Saya hanya akan mulakan kerja setelah dibayar sebanyak itu.

MD: Sebenarnya bukan kami tak mahu bayar, tetapi syarikat kecil ini selalunya bukan boleh dipercayai sangat. Apa jaminan yang kerja akan dibuat setelah mendapat bayaran?

KS: Kami pun tak pasti juga samaada syarikat tuan, akan membayar kami ataupun tidak selepas kerja tersebut selesai kami lakukan nanti. 30% itu sebagai jaminan kami.

MD: (Selepas diam sebentar) Baiklah kami akan bayar 20% dan selebihnya selepas kerja selesai.

KS: Saya masih mahukan 30%. 20% dibayar bersama "Letter of Award", dan 10% lagi selepas "mobilisation".

Ia akhirnya dipersetujui dan kini kawan itu telah pun memulakan kerjanya.

9 comments:

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

salam,
sungguh berharga pengalaman tuan...tentang realiti kehidupan.
moga dibanyakkan lagi ceritanya sebagai pedoman di masa depan

terima kasih

So'od said...

salam uncle..
bisnes mmg mcm ni la kan..
main tarik2 skit..
lgpun susah bila xde jaminan & kepercayaan.. kene hati2..
lumrah bisnes..

Zabs said...

Fadzlan: Terima kasih kerana datang melawat. InsyaAllah, jika ada pengalaman yang boleh memberi manfaat akan dikongsi di sini.

So'od: Begitulah apa yang telah saya dan rakan2 alami. Kekadang tu dalam berhati2 ada juga terkena nya... Redho ajelah..

zino said...

good deal.. dalam business mesti ada tawar menawar.. dan saling percaya mempercayai ..dan segala nya perlu ada hitam putih..

Zabs said...

Zino: Saya perlu belajar dari kawan ini. Saya ada ketikanya mudah percaya kepada seseorang tanpa banyak persoalan. Kekadang sampi diambil kesempatan oleh oang lain.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan.

Ya, kalau begitu memang elok. 'Situasi menang-menang', kata orang.

Pengalaman kami sendiri. Selalunya kami [saya dan rakan kongsi] jarang meminta bayaran pendahuluan dari klien. KECUALI bagi 1-2 klien yang kami sudah ada pengalaman tentang 'keliatan' mereka membayar tuntutan pembayaran berkala. Adalah satu-dua syarikat besar ini, yang tersenarai di KLSE tapi bab membayar kontraktor bukan main liat, padahal kerja sudah siap. :)

Mak Su said...

hmmm, dua-dua pihak ada alasan masing2 kan.. tapi kedua-dua pihak saling memerlukan, so kena ler memberi dan menerima ek. diharap kedua2 pihak jujur dan segalanya akan berjalan lancar

Zabs said...

BP: Dalam kerja kami, perlu kepada adv payment itu, kerana overhead yang tinggi untuk mulakan kerja, ditambah dengan harga minyak yang tinggi.
Pada mula2 dulu tidak berapa pentingkan sangat bayaran muka itu, tetapi apabila semakin ramai yang liat membayar, terpaksa "berkeras" juga. Salam.

Zabs said...

Mak Su: Terima kasih kerana memahami. Jika dibayar lebih untuk mulakan kerja, kerja jadi cepat dan hanya perlu bayar sedikit apabila kerja sudah selesai. Kan ke bagus begitu?