Friday, February 01, 2008

NZ Dalam Kenangan

Saya telah bercerita sedikit tentang kehidupan kami semasa di New Zealand di sini. Tetapi apabila terbaca percutian peguam2 dan hakim2 di New Zealand di akhbar2, ia mengingatkan saya kembali kepada percutian kami di negara tersebut, di satu musim panas pada tahun1983.

Inilah rumah kediaman kami semasa di sana yang di sediakan oleh kerajaan New Zealand. Ada dua bilik yang selesa, tetapi jika dibandingkan dengan banglo yang kita sediakan untuk pegawai mereka yang bertugas ke Malaysia ketika itu, ia satu layanan yang tidak seimbang. Kami tinggal di bandar Auckland, North Island, dan pada musim panas cuacanya juga ada ketikanya agak panas.

Pada musim panas tahun itu, kami merancang bercuti ke South Island dengan berkereta dan tinggal di motel2, di bandar2 yang telah kami pilih untuk dilawati dalam perjalanan tersebut. Kami memperuntukkan dua minggu untuk perjalanan tersebut. Kereta di sebelah (Toyota Corolla) yang telah berusia 8 tahun ketika itu, menjadi pilihan kami (takda pilihan lain pun). Kami enam orang (termasuk dua pelajar dari Malaysia yang ingin ikut sama) sekereta, memulakan perjalanan menuju ke Wellington dahulu.

Di atas adalah peta yang menunjukkan secara amnya perjalanan kami (berlorek merah) selama dua minggu itu. New Zealang mempunyai keluasan tanah lebuih kurang 80% dari Malaysia tetapi mempunyai penduduk lebih kurang 16% sahaja dari penduduk Malaysia. Pada tahun1984, New Zealand hanya mempunyai 3.2 juta penduduk sahaja. Dan seperti yang selalu diperkatakan, kambing biri-biri di negara itu, lebih banyak dari penduduknya.

Di Wellington kami menumpang di rumah seorang staff Pejabat Kedutaan kita di sana. Ia telah di rancang terlebih dahulu sebelum kami ke sana. Ia bukan secara kebetulan. Ia dirancang lebih awal supaya pertemuan itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kesempatan itu kami gunakaan untuk melaporkan beberapa masalah yang kami harapkan dapat diatasi.

Dari Wellington kami menaiki ferry menyeberangi Selat Cook untuk ke Picton, bandar pertama kami singgahi di South Island. Bayak tempat yang kami singgahi di South Island itu termasuklah Fox Glacier, Queenstoen, Milford Sound, Dunedin, Christchurch dan Bleinheim.

Pada masa tersebut belum ada digital kamera lagi jadi gambar yang diambil amat terhad, dan ada yang sudah hikang sekarang. Ini adalah beberapa gambar yang diambil semasa perjalanan itu.


Di ladang Apple, makan kenyang dulu sabelum membayar jumlah yang dipetik untuk di bawa balik.
















Melayan anak-anak menaiki kereta "pony".






Pada masa ini, seorang anak saya sedang belajar di sana dan akan tamat pengajian pada tahun 2010, InsyaAllah. Nampaknya ada peluang sekali lagi untuk ke sana semasa majlis konvo anak itu nanti, InsyaAllah. Semoga akan berpeluang pula untuk mengambil gambar yang lebih baik untuk kenangan pada masa tersebut. Oleh kerana ia hanya satu kemungkinan, adalah lebih baik jika anda ke sini dahulu, jika ingin melihat gambar2 menarik di New Zealand.

23 comments:

mama ranggie said...

satu pengalaman yg memang indah...

suka lah baca n3 uncle yg penuh dgn pengalaman...

dan ia boleh dijadikan panduan kpd kami...

*tah bile lah nak sampai sana...

13may said...

byk pengalaman uncle Zabs nih :)

Zabs said...

MR: Orang tua hanya ada pengalaman untuk dikongsi. Mungkin boleh dijadikan tauladan atau memotivasikan orang muda.

May: Semua perkara yang telah berlalu, samaada baik atau buruk adalah pengalaman yang boleh dijadikan tauladan atau sempadan. Itu yang menjadikannya berharga.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I was told if you're looking for a place outside the country to retire, NZ would be perfect.
I haven't been there yet but I've been told of how picturesque the place is and that the sheep population there is larger than humans.

Zabs said...

Fauziah: You have been advice correctly. In fact, the people are friendlier than their nearest neighbour and even their fore parents in the UK. The Maories are nice people too, and they are a lot of intermarriage, already, then.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Memang satu kenangan yang manis buat pak zabs sekeluarga.

Saya belum pernah org menceritakan perkara-perkara buruk ttg NZ( melainkan sejak seminggu dua ini ttg percutian dan memancing di Wakatipu).

Paling saya kenali ttg NZ ialah pasukan rugby mereka,the Blacks. Seorang sahabat yang pernah tinngal di NZ sebagai penyembelih kambing juga mengatakan NZ sebuah tempat yang cantek dan tenang.

Jika pak zabs ke NZ menziarahi anak, jgn lupa bawa D40, atau N73 tu...skrg dah boleh ambil gambar digital kan?

Zabs said...

Doc. TA: Satelah dua tahun disana, anak itu telah dua kali balik dan mungkin kali ketiga pada pertengahan tahun ini. Selepas itu kami nasihatkan dia, untuk dua tahun terakhirnya, tidak balik lagi kerana kami nak pergi melawat ke sana pula, baru boleh guna D40 itu. Salam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan Zabs.

Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman. :)

NZ itu antara negara yang teringin saya lawati. Saya tertarik dengan alam sekitar dan keindahan seni rupa buminya itu.

Zabs said...

BP: Telah jelajahnya melalui darat dan lautan.
Benar seperti kata anda, NZ punyai alam sekitar dan keindahan seni rupa bumi yang menarik.
Semoga suatu hari nanti anda dapat melawatinya. Mungkin untuk berbulan madu. InsyaAllah.

Kak Teh said...

This journal is priceless and we can thank blogger for making this possible.
anyway, we are back in London and we would like to thank you for support and friendship. please keep in touch. It was a hectic but a very rewarding trip.

Zabs said...

Kak Teh: Thank you for dropping by. It's been a pleasure knowing you and AG. Syukur that you are now safely back in the UK, and be with your children again. All the best for GUiT and may any book will follows. Salam and best wishes to AG too.

ADIEJIN said...

tak pernah sampai NZ..tapi nampak macam menarik. Maybe one day sampai kot.

Zabs said...

Adie: InsyaAllah. Dimana ada kemahuan, disitu ada duitnya. Dengan MAS cuma 10 jam je ke sana.

Mior Azhar said...

Pak Zabs,
It has always been wife and my desire to go over to NZ for a holiday. More so after the whole world went electrified with the Lord of The Rings trilogy. The place is as beautiful, ya?

Neeza Shahril said...

Salam kenal zabs. seronok bila imbas kembali ni. never been there but I've a friend who's doing her PhD kat sana sekarang. Ada gak tengok gambar. nampak sungguh hijau dan tenang. dia pun describe gitu. Hopefully sampai sana lah one day...


neeza

idham said...

pak zabs...:-)

imbasan kembali yang memanggil supaya kami juga menyusul ke sana....indah!

we have a few friends in NZ....satu tu ke sana untuk retirement. Dah beli tanah dan buat rumah di atas bukit yang mengahadapi teluk.....dari gambar2 yg mereka hantar, sungguh indah!

NZ, belum tiba - tapi insyAAllah dalam perancangan.

The driving to cover all of those red-arrows - wow.....hebat! how much tu u spent on petrol.

Pakpayne

Zabs said...

Mior: Sebenarnya kita ni (sayalah contohnya) tidak menyimpan untuk pergi bercuti. Bila teragak je dan ada duit lebih terus pergi cuti. Itu yang kadang2 bercuti tak sejauh mana. tetapi semasa di NZ tu memang telah buat perancangan awal. Siap telefon untuk reservation semua motel dibandar2 yang hendak di singgahi. Kami member AA, dapat booklet ada maklumat motel2 yang baik di seluruh NZ, memudahkan rancangan. Budget holiday sebenar nya, sebab drive sendiri.
Lain halnya dengan Mat Salleh2, mereka akan kumpul wang selama 11 bulan dalam setahun, dan akan bercuti, selama sebulan ketempat yang mereka telah rancangkan.
Jika tahun tu mereka merancang untuk bercuti keluar negara, mereka akan simpan jumlah yang diperlukan tidak secara ad hoc je pergi bercuti. Mereka akan kerja kuat2 dan akan bercuti seianya.
Semoga anda dapat bercuti ke NZ nanti. Untuk 2nd honeymoon, bagus juga. InsyaAllah.

Zabs said...

Neeza: Salam kenal kembali. Terima kasih kerana sudi menjengok ke sini.
Kenangan lama perlu diingat, apatah lagi jika ianya sesuatu yang indah. Sungguh benar seperti kata kawan itu, terutama jika berada di South Island. Walaupun telah lamameninggalkan NZ, tetapi keindahannya tidak banyak berubah, mengikut anak saya yang kini belajar di sana. Ingin ke sana lagi jika ada rezeki.
Alam semula jadinya tidak banyak tercemar seperti negara kita agaknya. Semoga anda da[at menjejakkan kaki ke sana nanti. InsyaAllah..

Neeza Shahril said...

my pleasure dapat baca blog orang yg bnyk experience (bukan tua tau.. heheheee). betul.. cam tu lah kata dia. hijau dan nyaman. cuma dia tak berapa suka sebab dia pergi sana kena buat PhD, susah sikit la.. masa kt US dulu, degree aje.. heheee

Zabs said...

Idham: Masa muda2, yang jauh terasa dekat, yang payah menjadi senang Rasanya tiada apa yang tidak boleh dilakukan.
Sebenarnya kami tidak berbelanja banyak untuk percutian itu. Budget holiday. Duduk pun di motel2 je. Makan masak sendiri kerana ada fasiliti untuk memasak, lagi pun makanan halal susah sedikit masa itu.
Kereta pula toyota lama, minyak ekonomi(lainlah BMW 5 Series). Minyak pula murah masa tu dan dibantu top-up oleh pelajar2 yang bersama kami itu.
Tetapi walau budget, ia satu percutian yang sehingga kini, terbaik bagi kami.
Semoga anda sampai pula ke NZ nanti. InsyaAllah.

Zawi said...

zabs,
Hati ini teringin sekali nak melancong ke NZ. Kalau boleh nak dok sana sebulan naik mobile home. Sedang menunggu AirAsia menjadikan NZ sebagai destinasinya untuk memampukan tambang yang begitu tinggi untuk kesana.
Terima kasih kerana mencuit hati saya untuk kesana.

Zabs said...

Zawi: Satu hasrat yang baik dan cara bercuti yang sesuai untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sana. Semoga anda dapat melaksanakannya. InsyaAllah.

traveller said...

Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert