Monday, January 28, 2008

Tugas Juri

Malam tadi telah berlangsung Anugerah Juara Lagu ke22. Keputusan telah pun dibuat, dan pemenang telah menerima hadiah masing2. Namun demikian tidak semua keputusan yang dibuat oleh pihak juri tersebut dipersetujui sepenuhnya oleh orang ramai, walaupun juri2 yang dilantik itu bukan sebarangan orang. Mereka2 ini terdiri dari individu yang pakar dalam bidang masing2. Sepatutnya tidak timbul, juri membuat pilihan yang salah. Lainlah jika sekiranya keputusan itu dibuat oleh juri melalui "sms" atau juri bidan terjun!

Namun demikian ia tidak menghalang, saya untuk dilantik menjadi salah seorang juri dalam satu pertandingan kareoke, semasa satu pesa Hari Keluarga (Sabtu lepas), Kolej tempat isteri saya bekerja. Kami bertiga dipilih atas dasar, tidak menjadi berat sebelah kerana tidak mengenali langsung para peserta yang mengambil bahagaian.

Saya bersama seorang lagi juri, yang agak berpengalaman kerana beliau bekerja dengan Finas dan tentunya orang seni juga. Caranya dalam memberi markah juga nampak profesional.


Ketua juri, Pengarah Kolej tersebut. Nampak serius dan berhati-hati juga dalam membuat penilaian.





Peserta dengan pakaian yang betul mengikut tema pertandingan kaaoke tersebut "60an".










Peserta termuda.













Seorang dari dua peserta wanita pada malam itu.









Setelah memberi markah untuk setiap perserta, berbincang memilih peserta terbaik pada malam itu.





Pemenang pertandingan karaoke tersebut menerima hadiah dari Tuan Pengarah. Saya terkejut juga kerana lain yang saya beri markah untuk menang, orang lain pula yang muncul juara. Tetapi, rupa2nya orang yang sama. Dia dah menukar pakaian rupanya. Peserta wanita di atas itu adalah orang yang sama rupanya.


Juri pun dapat hadiah, sebagai cenderahati atas tugas yang dilaksanakan dengan memuaskan. Nampaknya tiada yang mempertikaikan keputusan juri2 itu. Mungkin hadiahnya pun hamper sahaja, bukan RM25,000, jadi takda yang nak buang masa, komplen. Apa pun, walau sebagus mana manusia itu, mereka tidak akan dapat membuat keputusan yang sempurna. Jika kita sedar akan hal ini, maka kita akan dapat menerima apa pun keputusan seadanya. Wallahua'lam.

34 comments:

alan zed said...

wah, lepas nie boleh jadi juri profesional pula. ;)

Mak Su said...

pengalaman ni, len kali mungkin akan jadi juri utk pertandingan yg lebih besar, kan

NBK466 said...

Nie leh jemput jadi juri karaoke nie..tapi kalau den masuk kena ler bagi kenkawan extra marks..kroni la katakan..he.he.he..

Zabs said...

Alan: Nanti ada yang tak boleh cari makan pulak!

Mak Su: Mula2 rasa tak confident je. Tapi lepas penyanyi pertama tu, rasa macam dah biasa pulak. Sebab semasa mula2 AF dulu ada juga tengok sesekali dan mengomen. Lepas Mawi menang, dah tak ikuti lagi dah.

NBK: Jemput jadi juri tambahan bolehlah. Tapi nak bagi markah lebih untuk kroni tak main, ia hanya untuk yang ayu je. Hahhaaa.

jaflam said...

Zabs,
Seronok juga tengok Juara Lagu malam tadi, persembahan semua baik baik. Yang ketara pakaian artis dan juruacara semuanya sopan, tidaklah berkemban dan menjolok mata seperti tahun tahun yang lepas.

Boleh pun buat acara yang menghibur dan sopan ... harap berpanjangan.

Zabs said...

DJ: Saya tengok dari dua lagu terakhir je. Ada hal sikit kat luar. Tetapi kalau ada Faizal Tahir tu, keputusannya mungkin berlainan kot?
Tentang pakaian, ia bukan permintaan pengacaranya, tetapi siapa yang diberi tugas mereka pakaian itu. Kalau perekanya peka dengan tata susila kita, inilah yang akan dapat kita saksikan.
Kalau tidak buka sana buka sinilah jadinya.
Artis dan pengacara ini biasanya ikut je pendapat pereka yang dah ada nama ni.

Akmal said...

Pak Zabs,
Ada gaya! Nanti kita buat karaoke Blogger pulak. Buat stail AF punya.
Have a nice day ya :)

mama ranggie said...

boleh jadi juri lg pasni ye uncle!

Zabs said...

Akmal: Satu cadangan yang bagus. Tapi yang pasti saya cuma boleh jadi juri aje. Tapi tentu ada ramai yang boleh ambil bahagian seperti Tokasid, Shah Cakapaje, Mat Salo dll.

MR: Boleh kalau mahu terima keputusan yang mungkin kontroversi. hahahaa..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Wah! Bapak kini menjadi juri ya? Hebat sungguh! Tahniah! Satu bidang ang nampak mudah, tapi berat tanggungjawab nya!

Zabs said...

Shah: Juri bidan terjun. Kalau pertandingan sebenar, jangan jemput saya, takut kena baling telur nanti, kalau tersilap pilih. Hahaha....

idham said...

pak zabs..:-) i like ur smart casual wear...ada style!! memang minat cotton slacks putih, t shirt mcm tu....matching and suits u !!

adess....lama dah nie tak berkaratokey!

idham

Zabs said...

Idham: Thank you for the compliment. Seluar tu asalnya light yellow, tetapi dah selalu sangat di basuh (selalu dipakai), nampak putih dah. Ada dua lagi yang warna hampir sama juga. Selesa dipakai dan senang nak matchkan dengan T-Shirt..
Saya pula tak tahu menyanyi (sumbang bunyinya), minat dengar adalah, dan boleh appreciate sikit2 a good singing. Salam.

U.Lee said...

Hello Zabs, wow! You juri, huh? No wonder that pretty lady won! Ha ha. Just kidding.
Ta'pakai RayBan tu?
You have a nice day, Zabs, Lee.

Zabs said...

Lee: Replacemet jury only lah Lee. She is not only petty but can sing also. Although I can't sing myself, but still can tell when someone is singing to the tune. Hahaha...

Kak Lady said...

Ada bakat menyanyi jugak ke? :)

Zabs said...

Kak Lady: Itu satu je bakat yang takde. Bakat2 yang lain sudah tidak diaktifkan lagi.
Maaf, masa kecik2 dulu tidak diberi peluang menyanyi. Lagi pun bila nak nyanyi, suara macam tak mahu keluar je... Jadi juri pun cukuplah.

zino said...

zabs..
tahniah berjaya melaksanakan tugas yg di berikan.. yg penting kepercayaan pihak penganjur..dan peserta..

lepas ni boleh di panjangkan bakat dengan tugasan yg lebih besar hehe..

Zabs said...

Zino: Pengalaman pertama yang mmbri sedikit confident untuk menerima ugasan lain jika diperlukan. Salam.

zaitgha said...

Pak Zab,
Jarang tgk AJL apa lagi AF, kalau masa flipping channels tu ada la tgk sikit2....i peminat Simon Cowell. So next jadi juri and bagi komen pulak he he........

Zabs said...

Zai: Sekarang ni dah jarang tengok rancangan hiburan ni. Cuma apabila anak-anak sedang tengok tu, tertengok jugalah sama. Belum ada kepakaan nak mengomen lagi. Simon Cowell Britsh kan?

Mior Azhar said...

Salam,
Waah jadi juri! Cool! Kalau saya mesti pening punya. Juri dalam TV kata pitching lari, saya sampai sekarang tak tau apa masalah pitching ni sebernarnya. Nanti2 boleh jadi juri lah lagi.

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

I agree that you certainly can be part of the jury. One does not need to be able to sing to be one of the judges of a singing competition as there's this natural appreciation in us for music and one must also be known to be fair and respectable in character, like you. I guess you would have judged on voice, rendition, style, appearance and there would be that intangible thing where we would subconsciously give that extra mark when someone with that X-factor comes along. That's why that lady won, she must have had that extra X-factor over and above all requirements. Well done!

Zabs said...

Mior: Keputusan juri adalah muktamad. Senang. Takde siapa yang nak pertikai. Hahaha... Kalau kena beri komen, tentu saya siang2 dah tarik diri. Saya pun sama macam anda, pitching dan entah apa2 lagi tu, takda dalam kamus saya. Tapi di sini, kami hanya menilai dari segi vokal, kelancaran, gaya persembahan dan pakaian (tema: gaya '60an). Semua orang boleh lakukan kerana secara peribadi kita semua mempunyai sedikit sebanyak naluri untuk menikmati musik yang baik. Salam.

Zabs said...

Ruby: Thank you for your vote of confident, as did my wife who volunteered me as one of the juries that night. And I am glad I did.
Yes you are right, basically they were judged on voice, rendition, style and dress(appearance, as the theme for the contest was retro '60an).
The reason why the lady was given a slightly higher marks is because, we can see how she had put an extra effort in preparing for the contest. Not like most of the contestants, who treated it as just another karaoke session with their friends. Thank you for visiting.

Mat Salo said...

Wah! Jadi juri ya Pak Zabs?

Nasib laa Malaysia ni tak ada trial by jury except for capital cases.. But not easy to be a jury right? Better to let the judge decide..

But I think you were selected to be a judge, Pak Zabs, not jury, although they call it that.. heh. So which one is it?

My question: Juri ke Judge ke, boleh 'kena beli' ke Pak? Kalau yang 'ayu' sikit dah macamnana? We are all human, each dengan prejudis masing-masing so I know that it's not easy to be fair. But it's an experience. I don't like to break people's hearts so when offered to be a judge in a kid's coloring contest pun I have to decline. Ha-ha...

P.S. Am still looking di Indo sana baju batik yang mantep grand untuk di bawa ke majelis. Mahal Pak, atas 500 ribu...

Zabs said...

MS: Yes you are right. Come to think of it. Judging Duty lahkan? Kalau ikutkan markah saya, No. 1 lelaki, 2 dan 3 baru perempuan. Tetapi tak banyak beza markah (71 (Lelaki), 70 dan 68). Mungkin dua lagi hakim tu bagi lebih sikit markah pada yang perempuan, jadi bila di campurkankan, peserta lelaki tu jatuh ke tempat ke3. Tak banyak beza pun (No.1=75, No.2=74.3 dan No.3=73 (Lelaki)).
Rupiah 500k (~RM250kan) Kat sini ada batik yang sederhana baik pun dah RM350.
Anyway, as long as it is comfortable to wear, harga tak jadi masalahkan. Ia untuk menutup aurat (kalau niat dapat pahala lagi). Bila hadir majlis, niat untuk erat silaturrahim dapat lagi pahala. (ingatan untuk saya juga ni). InsyAllah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Wah! Tak sangka. Rupanya tuan juga mempunyai darah seni [seni muzik maksud saya]. Teringat saya Ramli MS yang garang itu. Hehehe!

Zabs said...

BP: Maaf krana menhampakan anda. Saya sebenarnya buta seni. Seni melihat dan mendengar je yang ada.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
It was between Kaer's Izinkan Ku Pergi and Estranged's Itu Kamu. Nevertheless, I enjoyed both songs.
I thought Mawi was the only singer that night who thoroughly enjoyed being on stage. It reflected in his performance.
Ziana Zain didn't do justice to her brother's Pengabdian Cinta but she looked good.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Wah! Pak sudah jadi juri karaoke. bagus tu pak.
Saya kalau di suruh jadi juri hanya layak jadi juri pertandingan melalak saja.

AJL, Mrs TA kata antara Estranged dgn lagu yg Bob Mesra nyanyi.
Saya pulak dok tunggu AJL habis sebab nak tengok FA Cup( dok sms dgn Che'gu KTN mlm tu sebelum bola start)

Zabs said...

Fauziah: Saya tak ikuti sangat AJL tu. Cuma tumpang semasa anak2 tengah menengoknya. Mula ingatkan Estranged tu band Indonesia.

Doc.TA: Tugas yang dibuat atas dasar sesuai dengan tema muzik retro 60an. Saya orang era 60an fikir mereka, tentu boleh dapat "feel"nya, ketika mengadilkan nyanyian mereka.

myfisol said...

untuk menjadi juri..seorang juri itu sendiri mesti seorang yang berpengalaman...saya rasa pak zabs sendiri mesti pernah mengondol apa2 kejuaraan..

Zabs said...

Myfisol: Jangan terkejut kalau saya katakan, saya tak pernah sekali pun masuk apa2 pertandingan menyanyi ni, apatah lagi nak menang. Saya dipilih mungkin kerana, sebab yang saya berikan pada Doc.TA di atas. Salam.