Thursday, May 14, 2009

Sesuka Hati...

Sedih rasanya apabila kita perhatikan, ramai dari rakyat negara kita ini lebih suka berbuat perkara2 yang menyukakan hati mereka sahaja. Kesusahan atau gangguan yang mereka timbulkan kepada orang lain dilihat seperti tiada di dalam kamus hidup mereka.

Jika tidak tentulah tidak ada orang membuang sampah merata2.




Puntung rokok ditinggal di tangga.





Kotak rokok di buang dari kereta ke jalan raya.




Penutup longkang dilarikannya. Yang ini tak sempat dipecahkan, untuk diambil besinya, kerana besi sudah tidak berharga.




Kereta tidak akan di letak seperti ini, walaupun petaknya sudah disedia.



Tidak akan ada tandas yang tersumbat dengan tuala2 (kecil), sinki pecah tiga, tandas tidak di "flush" dan disumbat bermacam benda.

Banyak lagi yang boleh dicontohkan juga, tetapi memadai untuk kita beri sedikit perhatian kepada yang peka. Wallahua'lam.

16 comments:

Neeza Shahril said...

eloknya kan, orang yang buat macam tu, kita pergi sepahkan balik bilik tempat dia tidur... biar dia rasa camana orang lain rasa.. geram jugak sebenarnya..

Tepi Sungai Batu said...

Bila laaa orang kita ni nak berubah.

Sally said...

sikap..sikap..sikap..asalkan lepas tengkuk sendiri sudahhhhh..kadang2 kereta bukan main mewah, menjalar je..tiba2 turun tingkap, toinggg! buang kulit buah dokong la..buah rambutan la..kulit etok-etok la..tisu la..paling geram bila berhenti traffic light,langsung tak de rasa bersalah buat mcm tu..

semua bermula dari didikan di rumah..andai di rumah sudah terbiasa dgn amalan2 yg baik, bila di luar rumah, nak buah sampah pun tak tergamak..simpan dlm kocek @ handbag bila jumpa tong baru buang..tp nak sampai ke tahap tu..hmmmmm..alahaiiii..susah..

Sya said...

Dalam zaman yg serba maju ni mentaliti Malaysian masih mcm dulu.. ini belum masuk bab vandalism dan rempit lagik. Sesak nafas bila mengingatkan

Anonymous said...

Ini semua adalah masalah S.I.K.A.P.
Terimaksih kerana mengingatkan.

jaflam said...

Slm zabs,
Mungkin org kita ni tak suka berfikir .... akibat perbuatan mereka terhadap masyarakat dan alam sekitar. Jadi pakai mana sempat ja .... asalkan tak kena batang hidung sendiri.

zino said...

itu lah dia malaysia boleh hehe

Kerp (Ph.D) said...

tapi Pak zab, perangai rakyat malaysia yang paling klasik adalah membuang plastic berisi sampah dikawasan yang mempunyai papan tanda amaran 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH DISINI'...hehehe...

ZABS said...

Neeza: Kalau buat macam tu, kita pula yang lebih teruk dari dia. Mungkin kita boleh mula nasihat orang2 yang dekat dengan kita dahulu untuk jangan buat begitu. Kemudian mungkin boleh kempen dengan orang lain pulak.
Kalau dah ramai yang ingat mengingat mungkin ia boleh berjaya.

PM: Bila dah terantuk kot!!!

Sally: Terima kasih cikgu.

Sya: Itu yang sedih sangat tu. Bukan salah ibu mengandungkan?

ZABS said...

Zaidi: Itulah jawapannya. Kita boleh kempen, cegah atau hukum, tetapi jika mereka tidak mahu berubah, perkara begini akan terus berlaku.

DJ: Kekadang tu tempat buang sampah ada depan mata tetapi sudah tabiat semula jadi agaknya.
Tu yang sungai tercemar, longkang tersumbat dan kerana kesalahan 2/3 orang, orang ramai mendapat susah.

Zino: Kebolehan yang tak ado makno eei doh....

Kerp: Sebab tidak ada penguatkuasaan. Diletak 1000 tanda, dan nak denda 1juta ke, orang tak akan ambik pot, kalau takde siapa nak datang tangkap mereka.

Sally said...

Uiks..PakZabs..pendek je respon..Sally tulis punya la berjela..hahaha..tak laaa..saje je..

sama-sama..u are welcome.

Mak Su said...

tabiat buruk

ZABS said...

Sally: Bukan tak nak respons panjang2 tapi jari-jari dah letih lah pulak pai tadi.
Apa yang cikgu tulis tu memang pernah saya lihat sendiri.
Baru semalam saya nampak sorang wanita muda sedang mekap2 dalam kete. Bila dah siap, dia rewind tingkap, dan selamba je buang tissue yang telah digunakan keluar tingkap.
Beberapa minit lepas tu sedang saya berjalan ikut lane belakang ke opis saya, sebiji botol (ada sedikit isinya lagi) jatuh kira2 3 meter dari saya. Mungkin dilempar keluar dari tingkat atas bangunan pejabat yang berhampiran.

Selamat Hari Guru in sadvance diucapkan sebelum terlupa..hahaha.

Mak Su: Muka buruk boleh dimekapkan, tapi tabiat buruk tak boleh nak suruk...

smurf said...

salam pakzabs ,

orang kita mmg kurang civic minded

KAMATO said...

Entah bila mentaliti masyarakat kita boleh berubah.

Unknown said...

Sebenarnya berpunca sikap sesetengah orang yg mementingkan diri sendiri dan tidak menggunakan fikiran sebelum membuat sesuatu perkara.