Thursday, May 07, 2009

Seronok Bekerja...

Saya tealah bersara secara pilihan, sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, setelah hampir 26 tahun berkhidmat di dalam TLDM. Tetapi sehingga sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dalam bidang yang sama tetapi di tempat yang lain.

Sebenarnya saya tidak merasakan ia satu tekanan untuk terus bekerja, malah saya bersyukur kerana masih sihat dan boleh bekerja, Alhamdulillah. Bidang yang saya usahakan ini juga ada lah sesuatu yang saya minati dan telah sebati dengan diri saya sejak lebih 30 tahun lalu.

Walaupun semasa mula bekerja dahulu, saya tidak terfikir untuk menceburi bidang ini, tetapi, ia terdorong kepada saya dengan secara tidak langsung. Saya terima ia sebagai satu perancanganNya untuk saya.

Saya bersyukur kerana telah memilih untuk mengembangkan kerjaya saya dalam bidang tersebut, kerana kini saya boleh terus bekerja, tanpa memikirkan untuk bersara, selagi saya mampu, tambahan pula syarikat ini adalah usaha saya sendiri.

Terdapat beberapa rakan yang tinggal di taman perumahan kami, yang telah bersara dan tidak berminat untuk bekerja semula. Tetapi ada juga beberapa orang lagi, yang telah bekerja semula setelah beberapa bulan duduk di rumah. Mungkin bosan agaknya, tidak ada aktiviti yang memberangsangkan...hahaha.

Bagi saya pula, saya akan terus bekerja, selagi diberi kesihatan yang baik. InsyAllah. Minat kepada bidang yang saya lakukan ini, mungkin menjadi salah satu sebab yang membuatkan saya terus seronok bekerja. Wallahu'lam.

12 comments:

manlaksam said...

Zabs,
Sementara dikurniakan kesihatan yang baik olehNya, baik lah kita buat sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.
Masih kuat lagi tu......bekerja dan terus bekerja!

tchersally said...

PakZab,
chaiyok2 lah..masih ada kudrat yg Allah bg..kesihatan pun baik..so..its a good thing to keep on working..when we work..our mind also will keep on rejuvinating..and gud for u , u luv ur work..bonus tuh..berlambak org d luar sana tak suka kerja mereka..
psstt..PZ..cuba specifik skit bisnes PZ ni..

silversarina said...

Masih betenaga , sure masih penuh semangat kembali bekerja. Bagus sebenarnya bila kita lakukan perkara yang memang minat kita .

Zabs said...

PM: Terima kasih PM kerana kata2 semangat itu. Itulah tujuan kita diberi kesihatan yang baik, untuk Amal Makruf dan Nahi Munkar.
InsyaAllah akan teruskan apa yang baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sally: Terima kasih. Saya ada emailkan sedikit maklumat untuk anda jika nak tahu apa yang saya buat....hehe.. kalau tak faham boleh tanya ok!!!

SS: Kerja adalah satu tanggungjawab. Dibuat dengan sempurna ada ganjaran kebaikan. Jika kerja itu sesuai dengan minat pula, akan menambah ketekunan untuk bekerja. Merasa satu kepuasaan bila melakukannya. Wallahua'lam

tchersally said...

Salam PakZabs,
Sally dah baca email PZ tu..one word to describe my thoughts : "wow!!"...
jadi ..itulah bisnez yg PakZabs kata "kecil2an" tuh..adoiiiiiii..keciknya!!! *wink

Akmal said...

kalau dah minat ni, kerja pun rasanya dah tak macam satu beban yang tak tertanggung :)

KAMATO said...

ramai yg kita lihat apabila pencen je dan takda kerja macam2 penyakit datang dan yang terus bekerja nampat sihat

Zabs said...

Sally: Tidaklah sebesar mana perniagaan saya tu. Cukup untuk bayar gaji pekerja dan sedikit untuk tambahan kepada pencen saya.

Akmal: Amat bersetuju dengan anda. Misalannya sebagai doktor yang perlu on call 24 jam tapi masih boleh memberikan rawatan dengan senyuman, kerana minat membantu orang sakit.

Kamato: Semoga teori itu membawa kebenaran. Umur panjang tetapi tidak sihat, macamana nak beribadah tak gitu?

acciaccatura said...

salam pak zabs,
saya jugak telah 'bersara' pak zabs, 14 tahun yg lepas.
dan seperti pak zabs, saya jugak telah bekerja semula. Alhamdulillah.

Mama Rock said...

pak zabs, saya pernah berhenti kerja selam 8 bulan dan itu semasa saya mengikut suami berpindah ke Dubai. saya terus bekerja semula setelah semua anak2 ke sekolah di sana...more for sanity check!
bukan tak mau berehat, tapi saya kebosanan ya amat!

Zabs said...

Accia: Setelah bersara dan bekerja semula, sebenarnya memberi saya perperspektif yang berbeza tentang tanggungjawab bekerja ini.

MR: Untuk dapat menikmati rehat, kita perlu bekerja. Untuk menikmati enak makanan, kita perlu merasa lapar.
Rehat berterusan takda maknanya kerana ia bukan berehat tapi pembaziran waktu..hehe...

alan zed said...

dengar cerita impian akan buat survey di kt airport. betul ke?