Sunday, May 10, 2009

Seperti Ibunya...

Selalunya saya hanya menulis tentang anak bongsu saya sahaja di blog ini, kerana buat masa ini,hanya dia seorang sahaja yang masih tinggal secara tetap bersama kami sekarang. Nasib baik juga dia tidak berminat untuk ke asrama, selepas UPSR tempuh hari.

Sebenarnya saya ada empat lagi hero dan seorang heroin, tetapi semua telah dewasa dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Gambar ini diambil sekitar pertengahan tahun '90an, di satu tempat perkelahan di Gombak, Taman Mimaland.

Tempat ini mungkin sudah tidak ada lagi sekarang, dan mungkin juga ada sebahagian dari anda yang masih muda, tidak pernah pun mendengar namanya.

Semasa anak2 sedang membesar, saya selalu tidak berada di rumah bersama mereka, kerana sebagai seorang anggota tentera, tugasan saya selalu membawa saya berada di luar kawasan (di tengah laut sebenarya).

Pada ketika itu, isterilah yang mengambil alih tugas mendidik dan menjaga anak2. Walaupun bekerja sepenuh masa, beliau telah berjaya dalam memberikan sepenuh kasih sayang, penjagaan yang secukupnya dan pendidikan yang sempurna kepada anak2.


Malah semasa membawa keluarga tinggal di NZ, ketika saya bertugas sebagai pegawai pertukaran dengan tentera laut NZ, saya juga perlu bertugas di laut. Isteri, yang bercuti tanpa gaji mengikuti saya ketika itu, tinggal bersendirian menjaga anak2.

Ketika bertugas di Lumut pada satu ketika, isteri dan anak2 tinggal menyewa di Teluk Intan, kerana isteri bekerja di sana. Tidak ada tempat yang sesuai untuk bertugas di lumut. Sebagai ibu yang baik ( terlalu baik bagi saya) beliau pasrah dengan tangungjawab yang berganda itu.

Semasa saya belajar di Wales pada tahun 95-97, beliau sekali lagi bercuti tanpa gaji, mengikut saya. Semasa di sana, atas sebab, saraan hidup yang tinggi di UK pada masa itu, beliau turut bekerja untuk menampong perbelanjaan tambahan yang diperlukan di sana.

Kini setelah semua anak2 menjejak ke IPTA/IPTS, kecuali yang bongsu, beliau sendiri pula yang akan meneruskan pembelajaannya.

Satelah menangguhkan hasratnya itu sejak sekian lama, kerana tanggungjawab kepada suami dan anak2, beliau dengan rela mendahulukan mereka, tanpa merasa rugi, malah merasa bangga kerana tugas yang telah disempurnakan sebaiknya.

Semoga anak-anak perempuan saya menjadikan ibunya sebagai contoh untuk diteladani dan anak-anak lelaki saya mendapat pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti ibu mertua mereka. InsyaAllah.

Kini satelah bergelar NekMa, kepada dua cucu laki-laki, beliau akan memulakan sesi pembelajarannya untuk mendapatkan kelulusan Sarjana Muda di dalam bidang yang di minatinya, Kejururawatan, pada pertengahan bulan ini.

Selamat maju jaya didoakan kepada isteri tersayang, semoga berjaya mencapai cita2nya itu. Kini tibalah masa untuk saya dan anak2 pula memberikan sokongan moral secukupnya kepada beliau untuk mencapai cita-citanya yang telah lama tertunda itu. InsyaAllah.

"SELAMAT HARI IBU"

8 comments:

azilahzed said...

insya allah...mesti lar nak jd ibu yg terbest mcm mama :)

tchersally said...

PZ,

such a sweet n3..andai semua husbands..fathers.. mcm PZ..aman dunia!..

*Sally pernah ke Mimaland tu..ambil gambar dgn dinosor yg sama!!!

PINATBATE said...

PakZabs..
Sayu pula baca cerita ni..semuga terus berjaya!

silversarina said...

Sebak baca n3 ni, apapun saya juga tumpang bangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh isteri Zabs. Semoga berjaya dalam pengajian InsyaAllah.


Selamat Hari Ibu buat isteri Zabs.

alan zed said...

mama = the best mum in the world... huhu. now i miss her cooking oledi... (>_<)

Kak Teh said...

Zabs, Selamat Hari Ibu kepada isteri Zabs. Sunggh besar pengorbanannya. Kak teh harap dia akan teruskan dan pasti akan berjaya dalam pelajaran dan cita2 yang dikejarnya, Insyaallah.

zino said...

zabs
selamat hari ibu... utk isteri zabs.. semuga dia berjaya dengan cita2 nya..

Zabs said...

Terima Kasih kepada semua yang telah singgah, samaada telah meninggalkan komentar atau tumpang lalu sahaja. TQ.