Monday, May 11, 2009

Sedia Memperbetul Diri

Kita selalu mendengar Ustaz/Ustazah mengingatkan: "Siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, mereka termasuk orang yang celaka, siapa yang hari ini sama dengan semalam, mereka termasuk orang yang rugi dan siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, mereka termasuk orang yang beruntung."

Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang rugi, apatah lagi menjadi orang yang celaka. Semoga dijauhkan kita olehNya, dari segala keburukan tersebut. InsyaAllah.

Apa yang dimaksudkan di sini tentunya tentang amal perbuatan kita setiap hari. Samaada semua amalan yang kita lakukan sebelum ini, menepati segala ajaran Islam dan boleh dipertingkatkan lagi, atau telah jauh menyimpang dari ajaran yang sebenarnya dan perlu bertaubat dan berubah. (Saya menulis ini untuk mengingatkan diri sendiri dan semua yang mahu diberi peringtan).

Dengan melakukan perubahan/pembetulan tersebut, ia tentunya akan membawa kebaikan kepada diri kita juga. Tiada orang lain yang untung atau rugi dari tindakan kita itu. Tentunya kita sendiri yang akan menerima hasil dari perbuatan tersebut.

Kata-kata di atas juga boleh digunapakai di alam pembelajaran dan kerjaya kita. Jika dedikasi anda semakin meningkat setiap dari, tentunya kejayaan juga yang akan perolehi, tidak kira dalam apa juga bidang yang diceburi.

Buatlah sedikit perubahan yang baik, setiap hari, dan tentunya dalam sedikit masa sahaja, ia akan menjadi satu perubahan yang signifikan untuk dirasai. InsyaAllah.

15 comments:

Suria Kelang said...

Pak Zabs, kita tidak akan belajar jika tidak berlaku sesuatu yang membuat kita terpaksa belajar.

Terimakasih kerana sentiasa menyokong. Saya menghilang seketika, mengenal diri dan memujuk hati...

tchersally said...

Salam PZ,

a good reminder for all of us..kalau asyik buat salah yg samaaaaaa...itu dah bukan takdir la tu..tak gitu PZ?

Zabs said...

Suria: Biasanya kalau menghilang dalam masa lebih kurang dua minggu tu, tak lain kan ke padang pasir sana.
Bossnya pun ada cerita tentang "hunta" dan padang pasir, macam beri hint2 je? ...betul ke?
Semoga mendapat yang terbaik. Alhamdulillah.

Sally: Begitulah agaknya. Seperti nasihat yang lebih kurang begini: Janganlah anda digigit oleh ular yang sama dari satu lubang yang sama, dua kali.

acciaccatura said...

tak apa pak zabs, teruskan. saya suka diingatkan. dan kalau ada sesuatu yg baik saya buat dari membaca peringatan ini, semoga ada sesuatu juga untuk pak zabs di hari esok. itu sahaja yg dapat saya hadiahkan kepada rakan-rakan saya, inshaAllah.

Neeza Shahril said...

Selalu Neeza belajar, iman kita boleh turun naik.. takut sangat kalau turun. Kalau naik takpe lah.. beruntung lah kan Pak Zabs..

semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung.. Ameen...

Zabs said...

Accia: Teriam kasih. Masa unuk kita "bercucuk tanam" akan berakhir pada bila-bila masa.
Jika tanaman kita tidak menjadi, tidak adalah nanti habuan kita untuk hari kemudian yang kekal abadi itu.
Sedikit doa dan ingatan yang baik, mungkin boleh memberi perbezan yang besar di sna. IsyaAllah.

Neeza: Begitula yang saya fahami juga. Menyedari hakikat itulah maka kita perlu harus diperingatkan selalu.
Jika kita boleh selalu mengingatkan diri kita, tentu ia lebih baik.
Jika tidak perlulah dengarkan peringatan dari orang lain. InsyAllah, boleh menaik dan tak turun.

Kerp (Ph.D) said...

thank you for the reminder Pak Zab. Alhamdulillah dah beberapa bulan jugak saya cuba praktikkan kehidupan yang lebih positif dari segi kerohanian. tapi sbg manusia biasa yang lemah, ada jugak beberapa hari yang sangkut. tapi insyaAllah akan tetap bangun.

Zabs said...

Kerp: Kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.
Walaupun kita tidak tahu, samaada ia diterima atau tidak, tetapi yang penting,niat kita adalah untuk keredhoannya dan kita perlu istiqomah. InsyaAllah mendapat rahmatNya.

sya said...

Thanks for sharing.. adakalanya kita ni cepat terlupa..

Mama Rock said...

terima kasih atas ingatan ini...kadang-kadang sering terlupa dan lalai.

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Terima kasih kerana berkongsi peringatan. Dalam melakukan kebaikan kita kena istiqamah.

naha said...

Assalamualaikum Pak Zabs,

Teringat saya semasa mengikuti satu kursus dulu. Kalau nak sentiasa baik dari semalam senang je... simpan duit seringgit setiap hari mesti jadi punya sebab simpanan kita sentiasa lebih dari hari semalam sebanyak seringgit tu.

Saya dah cuba, macam nak jadi jugak tapi simpanan tu tak sempat banyak dah melombong semula.

Zabs said...

Sya: Mengakui kelemahan diri dan sedia memperbaiki adalah satu sifat yang terpuji.

MR: Selagi kita bernama manusia. Begitulah sifat. Tetapi kita juga yang berupaya untuk mengubahnya.

YB: Setuju YB, walaupun hanya sedikit, tetapi ikhlas membuatnya.

Naha: Setuju. Jika yang seringgit tu disedekahkan lagi baik. Tak dapat nak dilombong semula. Terkumpul untuk hari kemudian. wallahu'alam

zaidi ali said...

Salam kenal Zabs.
Kesilapan berlaku (dengan izinNya) semata-mata untuk mengajar kita yang sedar dan mahu terus belajar. Kita pun dapatlah petunjuk dan keberuntungan dari proses membetulkan kesilapan tersebut. Proses menimba ilmu ini berterusan.

Buat yang sedar bahawa dirinya tersilap tetapi merasakan bahawa dirinya cukup berilmu dan tak perlu belajar memperbetulkan kesilapan lagi maka rugilah ia selamanya. Proses menimba ilmu terhenti selamanya.

Buat yang terus terlupa bahawa mereka melakukan kesilapan maka terus-terusanlah melakukan kesilapan dan kemungkaran. Celakalah ia selamanya.

Insya Allah kita semua dalam kategori yang diberi hidayah dan mahu terus belajar.

Zabs said...

Zaidi: Terima atas huraian anda yang amat tepat dan lengkap itu. Semoga kita sentiasa terus mahu belajar dan mencari keredhoanNya. InsyaAllah