Monday, June 29, 2009

Kenangan Di Pangkor

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Pulau Pangkor setelah hampir 20 tahun tidak ke sana kerana kali terakhir menjejak kaki di sana sekitar tahun 1990, semasa kali terakhir bertugas di Lumut.

Mulanya agak risau tidak tahu hendak meletak kereta kerana akan bermalam di Pulau tersebut. Tetapi semuanya terjawab apabila tiba di Lumut. Medan letak kereta yang tersergam seperti di gambar boleh menampong semua kenderaan yang datang ke sana.

Laluan pejalan kaki menuju ke jeti feri juga amat cantik sekali.

Salah sebuah feri yang digunakan untuk ke Pulau Pangkor dari pangkalan jeti di Lumut. Di belakang feri itu kelihatan juga beberapa kapal TLDM yang sedang berlabuh.

Samasa di sana kami menyewa sebuah van "berpemandu" untuk membuat lawatan ke sekitar pulau tersebut.

Membeli cenderahati adalah satu kemestian, tetapi tidaklah behabisan untuknya, rengan2 sahaja.

Satu tarikan lagi ialah melawat kilang membuat satay ikan dan lain-lain makanan rengan yang diperbuat dari sumber lautan.

Terdapat juga perusahaan membuat bot ikan laut dalam di sini. Hasilnya ada yang ditempah oleh negara luar seperti Singapura dan Thailand.

Salah sebuat bot yang telah siap dibena menunggu untuk di pandu-uji. Ia berharga sekitar 1.2 juta khabarnya.

Di sini juga terdapat sebuah kubu peninggalan Belanda yang dibena sekitar tahun 1670.

Pemandangan dari kubu tersebut memandang ke Laut, dan di belakang tu, Daerah Manjung.

Nampak cantik dan berciri tradisional Korporat Villa, Mes Pegawai Kanan PDRM ini. Jauh di Pulau Pangkor ia didirikan. Menarik.

Di bawah ini pula antara beberapa banglo yang terbiar. Tiada penghuni sejak ia siap dibina, ceritanya.

Satu lagi yang agak kurang menarik untuk diketahui ialah jeti baru Jabatan Laut ini yang masih tidak digunakan, mungkin kurang sesuai agaknya. Jeti lama jabatan itu masih menjadi tumpuan

Bot ini antara bot-bot yang boleh disewa untuk kegunaan di sana.

Beberapa bot lagi yang setia mnunggu untuk digunakan.

Seronok memancing sendirian abang ni. Di hari minggu yang syahdu sendirian begitu pula dia.....aduhaai. Mencari ketenangan agaknya.

Gambar-gambar yang dimuatturun sebagai kenangan lawatan 2 hari 1 malam ke Pulau Pangkor, tempat kelahiran MB Perak yang ada sekarang.... Wallahua'lam.

9 comments:

zino said...

lama tak ke pangkor.. last pergi kesana dulu macam banyak tempat yg macam dah di gunakan lagi.. contoh nya ada hotel yg telah di tinggalkan.. kenapa ya?

Mak Su said...

seronoknya, ada juga cadangan tahun ni nak ke sana, tapi biasa ler, kena tanya poket doremon dulu ;)

ZABS said...

Zino: Persaingan Zino persaingan. Orang akan pergi ke hotel yang ada semua kemudahan, ekonomikal dan selesa...resort2 kecil yang suatu masa dahulu menjadi tarikan kerana murah, kini ada juga yang telah terbiar.

Mak Su: Doremon ada mesin boleh buat duit apa...cutyi2 Malaysia...tak mahal mana pun.

Tok Pawi said...

Sesetengah itu dianggap projek gajah putih yg dibuat tanpa perancangan teliti, kemudian disalah tadbir pula. Selalunya salah lokasi, tetapi saya fikir salah satu sebab tempat-tempat itu ditinggalkan ialah pembangunan lain belum bersedia (projek2 yg ada tu ahead of time). Kebanyakannya dilaksanakan lingkungan hujung 80an dan awal 90a, masa itu Teluk Nipah pun belum dibangunkan sebagai kawasan pelancongan. Contoh projek yang ditinggalkan: Restoran Terapung Teluk Gedung, Pangkor Height Villa TEluk Gedung, Medan SElera Teluk Nipah dan Kompleks Akuarium Teluk Dalam. Kerajaan negeri dan pusat memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memajukan Pulau Pangkor dan kali ini harap pembangunan hendaklah lebih menyeluruh supaya tidak berlaku lagi projek gajah putih seperti dulu.

PINATBATE said...

saya pun ke pangkor cuti sekolah hari tu..tapi cuma pergi island hopping jer kali ni..

ZABS said...

Tok Pawi: Terima kasih atas maklumat tambahan itu. Semoga pemaju tidak terlalu ghairah dengan projek besar tanpa lebih dahulu mengetahui pasarannya.

PinatBate: Mungkin kita berseliseh feri agaknya...hehe.

Sally said...

oh..Perak negeri ku..

Kerp (Ph.D) said...

sedap mata memandang tgk gambar2 laut tu. saya sendiri dah lbih 15 tahun tak ke sana. mesti banyak perubahan dari segi pembangunan telah dijalankan.

ZABS said...

Sally: Lama juga saya mencari rezeki di bumi Perak tu. Cuma peraknya tidak ditemui.

Kerp: Banyak sekali dan tentunya sedikit sebanyak telah merubah sebahagian cara hidup nelayan/penduduk di sana...kepada kebaikan dan mungkin juga kepada suasana yang tidak menyenangkan.