Tuesday, June 09, 2009

Perkahwinan Lagi

Hujung Mei dan awal Jun lalu adalah satu jangka masa yang agak sibuk kerana banyak urusan keluarga dan pejabat yang harus dilakukan. Salah satu darinya ialah urusan keluarga di Kelantan, lebih tepat lagi di Pasir Mas.

Ia bermula dengan ketibaan rombongan kami di KB pada 4hb. Saudara terdekat seramai lebih 30 orang, datang untuk memeriahkan majlis. Ada yang berkereta, dengan bas, keretapi dan penerbangan.

Acara pertama, majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan. Ia dilakukan dengan sempurna, selepas solat Jumaat pada 5hb Jun.

Lima pengantin baru dinikahkan pada masa tersebut. Tiga lagi dinikahkan pada petangnya, selepas solat Asar dan ramai lagi pada malamnya. Musim perkahwinan di mana2, sempena cuti sekolah sekarang.

Pegantin baru ceria selepas selesai akad nikah di lansungkan.

Sebahagian saudara mara yang hadir pada hari pernikahan itu di sabelah bas yang membawa mereka ke rumah pengantin perempuan.

Ceria bergambar di hadapan pelamin.

Pada 6hb Jun, diadakan pula Majlis Kesyukuran di rumah pengantin perempuan. Ada jugalah bersanding di pelamin untuk keluarga2 terdekat.

Pengantin bersama keluarga seblah pengantin perempuan.

Selamat Pengantin Baru kepada anakanada Mohd Azlan dan pasangannya Roshaida. Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat. Inyaallah.

15 comments:

Sally said...

tahnaih kpd pengantin baru..moga bahagia hingga ke syurga..

aNIe said...

Selamat Pengantin baru buat kedua mempelai...semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki hendaknya...

zino said...

zino pun ada kat kelantan masa tu.. tapi lawatan singkat je hehe

Anonymous said...

Semoga jodoh kesemua mempelai dipanjangkan hingga ke akhir hayat.
Amin ya Rabbal a'lamin.

Accia said...

salam pak zabs,
buat pertama kali, saya tak menerima jemputan majlis kahwin langsung pada musim cuti sekolah.

pB said...

Salam Uncle Zab

Tahniah sebab mendapat menantu yang baru.
Semoga perkahwinan mereka berdua kekal hingga bila bila ....


Best tak makan gulai kat Pasir Mas ???

ZABS said...

Sally:: TQ bagi pihak pengantin baru...masih bercuti sekarang. Maaf tidak buat jemputan, hanya keluarga terdekat je yang hadir.

aNie: TK. Amin

Zino: Patut ada nampak banyak kereta berplate Wilayah kat Wakaf Che Yeh masa tu...hahaha...

Zaidi: Terima kasih. Amiiin.

Accia: Mungkin terlepas pandang kot.. Saya ads juga terima beberapa jemputan yang tak dapat dipenuhi...

pB: Terima kasih. Amiiin. Sedaapp, tapi malu nak tambah lah pulak...

Yunus Badawi said...

Tahniah Pak Zabs dari jiran jauh hehehe.

Macam2 cara ke KB. Saya tabik yg naik keretapi tu

KAMATO said...

moga hidup mereka berkekalan

Mak Su said...

selamat pengantin baru buat kedua2 pasangan mempelai, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

Kak Teh said...

seronoknya makan kenduri. Kak teh pun ada dua kenduri anak saudara - one in December and one in March. Tapi yang susahnya nak kena balik untuk dua-dua - mahal! Kalau depa buat kenduri sekali jimat perbelanjaan saudara mara yang duduk jauh-jauh.

ZABS said...

YB: Terima kasih. Komitmen meeka amat saya hargai. Mereka tidak penah menghampakan saya.

Kamato dan Mak Su: Terima bagi pihak kedua mempelai.

Kak Teh: Seronok dapat ahli keluarga baru. Ini anak sulung. Dua adiknya dah ad anak.
Cadangka Kak Teh balik ke sini Disember dankembali ke London Mach...haha.

silversarina said...

Sure dah lega selesai majlis besar , Alhamdulillah bertambah ahli keluarga.


Selamat Pegantin Baru buat anak Zabs.

ZABS said...

SS: Lega tapi masih ada yang belum selesai. Majlis pihak lelaki belum lagi..haha.

Azlan Zed said...

Amin. Doa dan restu ayahanda & bonda amat bermakna buat kami berdua. :)