Friday, August 07, 2009

Anugerah

Seorang bekas ketua kampong dan seorang ketua kampong yang sedang berkhidmat, telah mendapat anugerah tertinggi sebuah negeri atas jasa bakti yang telah mereka semai.

Untuk turut menyatakan rasa gembira di atas anugerah tersebut, persatuan yang dinaungi oleh Ketua Kampong tersebut telah menganjurkan satu majlis makan malam yang gilang gemilang untuk mereka berdua.

Ahli2 persatuan dijemput membeli meja untuk membiayai majlis tersebut. Tentunya ahli2 persatuan tersebut merasa amat bangga dengan kejayaan kedua-dua kenamaan tersebut dan rela berbelanja untuk mereka.

Tetapi di sebalik kegembiraan tersebut, mungkin ada terdetik di hati beberapa orang dari ahli persatuan tersebut, kenapa tidak kedua-dua tokoh itu yang mengadakan majlis kesyukuran atas kurniaan tersebut dan menjamu mereka sebaliknya.

Sebelum ini pun belum pernah mereka mengadakan apa majlis kesyukuran di atas segala nikmat2 yang telah mereka nikmati sehingga kini. Wallahua'lam.

11 comments:

Neeza Shahril said...

amboiiii.. jual meja tuuu.. heheh.. biasanya kalau jual meja ni, ada untung masuk poket.. tapi entahlah kan.. huhuu..

Zabs said...

Neeza: Kita bersangka baik di sini, keuntungan mungkin untuk didermakan kepada yang memerlukan..

KAMATO said...

biasanya kalau jual meja tu untuk tujuan deerma kebajikan, tapi kalau jual meja semata nak enjoy untuk majlis 2 oarng tu, memang tak patutla

Zabs said...

Kamato: Mungkin lebihan kutipan akan didermakanlah kot?

Mama Rock said...

semuanya back to niat.
anyway salam ramadan pada pak zabs and family. semoga diberkati...

Mak Su said...

ha... ? cam tu pulak?

MENTIBANG LAUT said...

singgah sebentar tuan..

NBK466 said...

Laa naper lak sampai nak kena jual meja..open table jer lah.. Kalau yg beli meja tuh boleh bawak balik meja tuh takpe gak..he..he..he..

13may said...

dam dam dumm...bunyik mercun :D

selamat hari raya :)

Pak Zawi said...

Zabs,
Salam.
Mungkin sebagai Ketua Kampung mereka tak mampu nak buat acara gilang gemilang jadi kena la persatuan yang buat supaya dapat jual meja. Tak la keluar modal diaorang berdua tu.

you are not worth it to fight for.... said...

Please visit http://youarenotmylexapro.blogspot.com/