Thursday, September 13, 2007

Satu Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya akan mempamerkan hadis-hadis berhubungdengan Puasa yang dipetik dari kitab di atas, untuk renungan dan santapan rohani kita bersama, InsyaAllah.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan."
(Tambahan)

Sebuah surau yang sempat diambil gambarnya. Surau pun sudah semakin moden reka bentuknya. Menara tinggi itu diguna untuk membuat pengumuman kecemasan, apabila perlu, kata Pak Iman Yang dijumpai.

4 comments:

idham said...

ZABS....Sselamat Mmenyambut Bbulan Rramadan......:)

Saya pun salah seorang PJK yang berharap dapat rampingkan sikit la....hehehehe.

I look forward to your posting on Hadith2 sahih.....

idham

alan zed said...

surau berdekatan opis ke ?

tokasid said...

Salam pak zabs:

Alhamdulillah atas hadith tersebut.
Hadith yg pak zabs sajikan adalah hadith pertama dalam Sohih Muslim dalam Kitab Puasa(bab keutamaan Ramadhan). Terdapat 2 lagi hadith dengan mantan yg sama dari jalan berlainan. Satu dari Ibnu Abu Anas, dari ayahnya yang mendengar Abu Hurairah meriwayatkan hadith tadi.
Yang kedua di riwayatkan oleh Nafi' bin Abu Anas.

Begitulah besarnya keutamaan Ramadhan yang ALLAH berikan kepada hamba2Nya yang tidak pernah diberikan kepada umat sebelum ini. Dengan terbukanya semua pintu Syurga, ALLAh memberi isyarat bahawa pintu Rahmat dan kebaikan ALLAh berikan kepada kaum Muslim. Peluang utk berbuat kebaikan dengan balasan yg berganda-ganda adalah ketika ramadhon. ALLAH tutupkan semua pintu neraka dan belenggukan para syaiton agar kita boleh beramal dan membuat kebaikan dengan lebih tenang tanpa direct disturbances oleh syaiton dan gerombolannya.

(Namun, manusia amat sukar untuk mengawal nafsu masing-masing yang ALLAH biarkan tanpa belengu agar manusia melawan bisikan nafsu. Malangnya ramai kita yang kecundang. bayangkan jika syaiton tidak di rantai dan pintu neraka tidak di tutup? lagi susah kita nak berpuasa dan berbuat kebajikan.)

13may said...

salam ramadhan PakZabs,
Surau kat mana tuh???