Thursday, September 27, 2007

Ramadhan Ke15

"Masjid di Johore Bahru"
Assalammualaikum,
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tidaklah seorang yang bersedekah dengan harta yang baik, Allah tidak menerima kecuali yang baik, kecuali (Allah) Yang Maha Pengasih akan menerima sedekah itu dengan tangan kananNya. Jika sedekah itu berupa sebuah kurma, maka di tangan Allah yang Maha Pengasih, sedekah itu akan bertambah sampai menjadi lebih besar dari gunung, sebagaimana seseorang di antara kalian membesarkan anak kudanya atau anak untanya."
(Terjemahan ini di ambil dari laman web ini,)

5 comments:

alan zed said...

sedekah yang paling baik adalah tangan kanan yang memberi sedekah sehingga tangan kiri tidak tahu.

tidak perlu cek sebesar pintu. :)

Zabs said...

Alan: Takpa kalau niat dia baik. Besar pintu ke, besar almari ke, janji derma tu sampai kepada orang yang ditujukan. Jangan masuk akaun orang lain sudeh...

tokasid said...

Salam pak zabs:

Amalan bersedekah, sesuatu yang semakin pudar di sisi masyarakat.
Yang menjadi lebih parah bila ada yg membuat organisasi untuk mengutip sedekah dengan memperlatkan kanak-kanak, wanita-wanita serta pelajar-pelajar tahfiz.
Kegiatan begini membuat ramai menjadi skeptikal dan hlang keikhlasan bersedekah.

Kepada sesiap yang risau dengan cara begitu, anda ada cara lain. Apa kata kita ke kedai runcit atau mini market di kawasan kita(yang kita percayai), dan tanya pekedai itu, di kampung tu ada tak orang yang masih dhaif, atau orang-orang tua tanpa anak cucu yg hidup bersendirian,atau ibu tunggal yg ramai anak.
Kita beri sejumlah wang kepada pekedai dan minta dia hantarkan barangan makanan kepada org2 miskin,dhaif ini mengikut kadar wang yg kita berikan.

Di tempat saya ada seorang insan buat begitu dan dia memesan kepada pekedai jgn di beritahu siapa yg memberikan sedekah itu. Jadi dia cuma menyumbangkan sedekah dan hasilnya di distribute oleh pekedai.

Juga jangan lupa, di syurga ada pintu sedekah . begitulah hebatnya ibadah sedekah di sisi ALLAH.

zino said...

perbanyakkan lah bersedekah di bulan ramadhan ni.. setiap harta yg kita miliki ada bahagian utk orang lain..

Zabs said...

Zino: InsyaAllah.