Tuesday, September 11, 2007

Kenangan Di Mekah

Pertama kali saya ke Mekah untuk menunaikan Umrah ialah pada tahun 2001, pada bulan September, kerana cuti sekolah. Kami pergi berdua sahaja dan anak2 yang telah dewasa bersetuju menjaga adiknya yang kecil semasa ketiadaan kami.

Kami berada di sana selama 12 hari dan Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan ibadah Umrah dengan baik dan sempurna dengan bimbingan seorang Ustaz yang sudah berulang-alik selalu untuk membawa jemaah mengerjakan ibadah tersebut. Tiada perkara yang tidak enak berlaku dan kami cukup bersyukur dengan keadaan tersebut, kecuali satu peristiwa yang telah berlaku dan akan menjadi kenangan buat kami.

Pada suatu malam selepas balik dari Masjidil Haram, seperti biasa kami makan malam di dewan makan. Selepas makan kami (saya dan isteri) balik ke bilik untuk berehat dan tidor, kerana seperti biasa akan bangun awal sebelum subuh untuk ke Masjidil Haram semula.

Oleh kerana belum mengantuk saya membuka TV yang di sediakan di dalam bilik tersebut. Walaupun berbahasa Arab keseluruhan rancangannya, tetapi semasa berita disiarkan dapat juga kami fahami serba sedikit apa yang dipaparkan.

Pada malam itu kami terkejut dengan gambar yang di lihat di kaca tv. Ia seperti satu babak di dalam filem perang. Kami tertanya-tanya apa yang berlaku. Oleh kerana waktu telah lewat malam, kami menyimpan sahaja hasrat ingin tahu itu sehingga keesokannya.

Esoknya semasa hendak bersarapan, terdapat sedikit kekecohan di lobi hotel itu. Akhirnya kami mendapat tahu berita sebenarnya apabila bertanya kepada Ustaz yang membimbing kami akan hal sebenarnya. Tentu anda pun tahu apa yang telah berlaku pada bulan September tahun tersebut. Jika anda masih tidak dapat menekanya, sila lawat laman web ini.
Kini setiap kali tiba tarikh tersebut saya akan sentiasa teringat kenangan pertama kali berada di Mekah, di bumi kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

SELAMAT BERPUASA, DAN JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MELIPAT GANDAKAN AMAL IBADAH KITA DI BULAN YANG MULIA DAN PENUH DENGAN KEBERKATAN INI. INSYAALLAH.

8 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
At one time, 911 made flying especially to American destinations a scary thought. Who would have thought that a commercial airliner can be used as a missile of sorts.
Penggunaan teknologi semasa untuk kemusnahan. Semakin canggih peralatan, semakin banyak kegunaannya.

13may said...

salam PakZabs,
Byk sgt konspirasi terhadap peristiwa 911 tuh...tatau mana satu cerita yg sebenar benarnya...

salam berpuasa :)

tokasid said...

Salam pak zabs:

How can anyone who've been in Makkah and Madinah, forget about this 2 al_Haram.

Bulan puasa ni sudah 5 org sahabat bertolak ke sana, hati menjadi rindu. Sudah hampir 5 tahun tidak ke sana. InsyaALLAH kalau ada rezeki, tahun hadapan hendak ke sana dgn beberapa sahabat.

9/11. Today is the unfortunate annivesary of that fateful incident.Hakikatnya 9/11 telah berlaku, dah seperti mana sebarang musibah di dunia ini ada sebab musababnya dan ada hikmah di sebalik musibah besar itu. Memang maklum ada banyak tanggapan siapa yg buat. USA menuduh pengganas Islam. Ada juga org Amerika yg mendakwa kejadian ini adalah hasil kerja kerajaan USA sendiri untuk menunding jari kepada Islam. Namun..hakikat sebenarnya mungkin kita sebagai orang awam tidak akan tahu langsung. Kerana pertuduhan dan pembicaraan media telah di buat terhadap Islam.

tetapi dari insiden ini, USA akhirnya tahu mereka juga ada ketakutan yg besar, malah mereka boleh di serang di negara mereka sendiri.

memang banyak peristiwa yg berkaitan 9/11 telah berlaku terutamanya penyerangan dan penaklukan ke atas Afghanistan dan Iraq oleh USA dan rakan kongsinya.

Peristiwa ini juga telah tanpa di sedari , menyatukan umat Islam di dalam iman( walaupun pemimpin Islam masih leka di buai kesenangan hidup). Begitu ramai pemuda Arab telah memasuki Afghan,Iraq dan Cheychene utk berjihad.

Dan saban tahun 9/11 akan di ulang tayang di media utk menghantui masyarakat dunia.

ZABS said...

Fauziah: Selepas serangan tu, keselamatan di Mekah ditingkatkan kerana ada cakap2 Amerika nak lncar serang balas krana Osama ben Laden orang Arab.

ZABS said...

May: Apa pun konspirasinya, US juga ada banyak kelemahannya.

ZABS said...

TA: Saya juga berazam untuk pergi lagi. InsyaAllah dilapangkan rezeki dapat tauan dan sahabat serta saya juga mengerjakan Umrah lagi. Semoga shbt yang telah pergi itu mendapat Umrah yang Mabrur.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Mekah. Antara tempat yang ingin saya lawati. Amat.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Semoga sama-sama kita menghayatinya. Insya-Allah.

ZABS said...

BP: Jadikan ia sesuatu yang wajib anda kunjungi sebelum berakhirnya waktu. Rukun ke5, InsyaAllah.