Saturday, September 15, 2007

Ramadhan Ke3

"Masjid di Taman Melati Selepas Solat Jumaat"
Hari ini hadis yang saya pilih adalah seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu surga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan!

Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan, dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah.”

Kata Abu Bakar, “Aku tebus engkau dengan Bapak dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu kesukaan bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?"

Jawab Nabi s.a.w.
“Ya, dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu.”

3 comments:

alan zed said...

insya'allah. sama2 kita. :)

tokasid said...

Salam pak zabs:

Rasanya pak zabs petik/tulis tak lengkap kot. Kalau tak silap saya antara 2 perkara tersebut ialah menyumbangkan dua haiwan ketika kaum Muslimin berjihad, samada sebagai kenderaan berperang atau sebagai bekalan makanan berperang.
( Nanti saya semakkan semula...saya baru dengar kuliah Ustaz Samsuri ttg hadith ini)

Zabs said...

Salam Tokasid,
Terima kasih atas komen itu. Mingkin juga. Saya akan semak semula dari kitab tersebut. Maaf kalau ada kesilapan.