Tuesday, September 04, 2007

LHDN

Semalam saya mendapat surat dari pihak LHDN, Wangsa Maju, untuk datang ke pejabat mereka, untuk menyelesaikan masalah, potongan cukai berjadual (PCB) untuk gaji saya, bagi bulan Mac dan April 2006.
Pagi ini saya datang awal ke pejabat untuk menyemak, samaada PCB tersebut ada di buat atau tidak. Mengikut rekod kami, tidak ada yang tertunggak untuk tahun 2006. Tetapi untuk bulan Mac dan April ia telah lewat di bayar kerana, ada sedikit kegawatan pada masa tu, dan ia lewat sebulan dibayar (di bayar pada Mei 2006).
Saya ke pejabat LHDN selepas itu. Apabila diberitahu tentang PCB yang tidak tertungak itu, pegawai yang dirujuk memberitahu bahawa kami, sebenarnya telah didakwa kerana kelewatan membuat bayaran PCB, bukan sebab ada tunggakan. Untuk menggelak dari dibawa ke mahkamah pada 31 Oktober, saya memutuskan untuk membayar kompaun RM300 sebulan itu. Ini bermakna syarikat (saya) perlu membayar RM 600 secepat mungkin kepada LHDN.
Pengajaran. Walaupun gaji pekerja tidak dapat dibayar pada hujung bulan, PCB yang telah ditetapkan mesti dibayar juga sebelum 10hb setiap bulan oleh majikan.
Terlanjur telah berada di sana saya memutuskan untuk menyemak baki cukai yang saya masih terhutang. Dari semakan itu saya dapati LHDN ada memegang wang terlebih kutip dari saya sejak 2004. Oleh kerana cukai saya bagi tahun 2006 lebih dari bayaran PCB saya, maka duit itu telah dikontra untuk bayaran cukai, dan saya hanya perlu tambah sedikit sahaja lagi. (Cuma saya rasa nak minta diorang bayar kompaun pada saya pula, kerana pegang duit saya tanpa izin sejak 2004 itu. Adil tak?)
Walaupun urusan saya sekejap saja, tetapi terpaksa menunggu hampir satu jam, kerana ada satu mamat tu, besar sangat masalah cukai dia. Lebih satu jam dia menghadap pegawai cukai perempuan yang sabar melayannya itu. Sampai dua tiga kali dah nak bangun , tapi dia duduk semula.
Sementara menunggu, saya cari2lah benda nak dibaca, sebab takda bawa buku atau surat khabar. Dan inilah yang saya jumpa untuk dibaca, dirak majallah yang disediakan:
WANITA keluaran Disember 1990

Motherhood keluaran March 1991

Dan Terbaru SAJI keluaran Januari 2006
Tak jadi saya nak membaca, kerana macam masuk arkib negara pula.
Di sini juga saya nak kongsi satu sms yang saya terima dua kali semalam.
Hari ni HARI JANTUNG SEDUNIA:
Kita jalan, jantung jalan.
Kita berhenti, jantung jalan.
JANTUNG BERHENTI, KITA JALAN
Sayangi jantung anda.
(Kawan saya yang dimasukkan ke wad pada 15hb Ogos tempuh hari sudah bertambah sehat sekarang. Alhamdulillah).

8 comments:

13may said...

salam PakZabs....

lawak la pasal majalah tuh....

hahha hahha....

mcm mcm....:D

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Besides the dentist, the only other person I don't quite call a friend is the tax man/woman.
Thank God for PCB. At least, tak terasa sangat bila kena top-up the amount at the end of the tax year.

Zabs said...

May: Surat khabar pun takda. Collection cukai sampai billion2 setahun. Takkan tak nak jaga hati pelangan tetap (terpaksa!!!) ni?

Fauziah: Undang2 cukai yang digubal semua untuk macamana nak kenakan pembayar cukai je! Macamana nak pungut cukai lebih cepat, bayar lebih cepat dll. Tapi duit yang dah terlebih pungut 2/3 tahun baru nak dap balik!

Mak Su said...

lhdn ala ala arkib negara, hah hah hah... love your heart... :)-

blackpurple @ jowopinter said...

Dari cerita LHDN, majalah sampai ke cerita jantung ya tuan...he he he..

Tentang cukai ini jarang sungguh saya ambil tahu, selalu lepaskan kepada staf. Isk! sesekali kena ambil tahu juga kan...

Zabs said...

Mak Su dan BP:
Semua ada. Cukai tu kena ambil tahu juga. Sekarang depa dah semakin "strict". Nak buat pungutan lebih banyak, nak bayar hutang yang semakin banyak kot?

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

揚州炒飯Penny said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社