Saturday, September 22, 2007

Ramadhan Ke10

Assalammualaikum,
Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan solat di bulan Ramadan. Kemudian aku datang ikut solat di samping beliau. Kemudian datang lagi orang lain dan ikut pula mengerjakan di sampingku dan seterusnya, sampai kira-kira sebanyak sepuluh orang. Ketika Rasulullah s.a.w. merasa akan keberadaan kami di belakangnya, beliau meringankan solat kemudian pulang ke rumah untuk melanjutkan solat yang masih tersisa.
Pagi harinya aku tanyakan hal itu kepada beliau: "Apakah semalam engkau sengaja memberikan pelajaran kepada kami?"
Beliau menjawab: "Betul, itulah alasan yang membuat aku melakukan seperti itu."
Anas berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w. melakukan puasa sambung. Hal itu terjadi di akhir bulan Ramadan. Mengetahui hal itu maka ada beberapa orang sahabat yang ikut berpuasa sambung.
Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: "Apakah mereka mahu ikut berpuasa sambung bersamaku? Sesungguhnya kalian tidak seperti aku. Demi Allah, seandainya bulan ini dipanjangkan untukku, niscaya aku akan terus berpuasa biar hal itu menjadi pelajaran bagi mereka yang keras kepala."
Wallahua'lam.
(Terjemahan ini di ambil dari laman web ini, tetapi ada juga
terdapat dal kitab yang saya rujuk itu)

2 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat tarawehah.Nabi saw tidak keluar setiap malam ke masjid utk tarawehah kerana bimbang solat itu akan di wajibkan ( secara berjamaah,maka ramai yang tak akan mampu melakukannya , terutama zaman kita ini).

Solat terawehah boleh dilakukan secara sendirian atau berjemaah.Samada di rumah atau di masjid/surau.

Puasa yang dimaksudkan adalah puasa sunat 6 hari di bilan Syawal.

ZABS said...

TA: Terima kasih atas penjelasan tersebut.
Saya harap semangat solat berjemaah untuk taraweh (sunat) ini akan dapat diteruskan untuk solat-solat fardu juga. InsyaAllah.