Monday, September 24, 2007

Ramadhan Ke12

"Masjid Nabawi dari Flikr"

Assalammualaikum,

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri r.a.: Rasulullah s.a.w. pernah melakukan iktikaf pada sepuluh hari pertengahan bulan Ramadan. Ketika mana waktu dua puluh malam telah berlalu dan akan menyambut malam yang kedua puluh satu, maka beliau kembali ke rumahnya dan sahabat yang beriktikaf bersama beliau juga kembali ke rumah mereka.

Kemudian beliau bangun malam pada malam ia kembali dari iktikaf, dan berpidato di hadapan sahabat serta menyuruh mereka untuk melaksanakan kehendak Allah lalu bersabda: "Sungguh dahulu aku iktikaf pada sepuluh malam ini (sepuluh malam pertengahan) kemudian nampak olehku (melalui mimpi) untuk iktikaf pada sepuluh malam akhir. Barang siapa yang pernah iktikaf bersamaku, maka hendaklah ia tidur di tempat iktikafnya. Sesungguhnya aku telah melihat (lailatulkadar) pada malam-malam ini, tetapi lalu aku lupa (waktunya), maka cari dan nantikanlah malam itu di sepuluh malam akhir yang ganjil. Aku pernah bermimpi bahwa aku sujud di air dan lumpur."

Abu Said Al-Khudri berkata: :"Pada malam kedua puluh satu, kami diturunkan hujan, sehingga air mengalir dari atap mesjid ke tempat solat Rasulullah s.a.w., lalu aku memperhatikan beliau. Beliau sudah selesai dari solat Subuh dan pada wajah beliau basah dengan lumpur dan air."
(Terjemahan ini di ambil dari laman web ini,)

6 comments:

david santos said...

Nice, Zabs! Very nice. Thank you.
I love this work. One more time, thank you.

David Santos

tokasid said...

Salam pak zabs:

Alhamdulillah pak zabs dah ingatkan kita awal2 tentang amalan 10 hari terakhir Ramadhan iaitu ber'itikaf di masjid. Satu amalan yang baginda Nabi saw tidak tinggalkan,malah baginda Nabi saw akan mengejutkan ahli keluarganya utk tujuan 'iktikaf.

Satu lagi keistimewaan 10 terakhir Ramadhan ialah ALLAH sediakan bonus untuk sesiapa yang mencarinya iaiti malam Lalatul Qadr: Malam seribu bulan. Alangkah bertuah bagi sesiapa yang ALLAH anugerahkan malam Lailatul Qadr kepada mereka.
Baginda Nabi saw bila ber'iktikaf tidak akan keluar dari masjid kecuali utk urusan tertentu sahaja.

Saya difahamkan, di Arab saudi, pada 10 terakhir Ramadhan di jadikan public holiday agar dapat rakyatnya ber'iktikaf. Kat sini takde chan la kita nak dapar public holiday, melainkan ambil cuti sendiri.

Zabs said...

Salam TA,
Nak ingatkan diri saya agar tak pergi mana-mana jemputan untuk berbuka puasa pada masa tersebut.
Nampaknya dalam 10 hari terakhir itulah yang banyak orang jemput untuk majlis berbuka puasa ni.

alan zed said...

semoga ketemu malam antara malam. :)

nUr@dDeEn said...

Salam pak Zabs,

Tabikkkkk hormat!!

:D

Zabs said...

Alan: Ikhtiar, Doa dan Tawakal.

Nur@ddin: Selamat datang, Tabik di terima. Sekarang tak buat puding lagi ke?