Wednesday, September 26, 2007

Ramadhan Ke14

"Gambar Sebagai Hiasan Sahaja"

Assalammualaikum,
"Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan! Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Al-A'raf: 31)


"Dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya."
(Al-Isra':26-27)


"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak (pula) bakhil, dan adalah (pebelanjaan itu) di-tengah-tengah antara yang demikian."
(Al-Firqan: 67)

(Terjemahan ini di ambil dari buku Hikmah Bulan Ramadan,Rahsia dan Pengajarannya Oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni(Pengarang Buku Jangan Bersedih ))

5 comments:

NBK466 said...

Ya Allah!! tanpa disedari dah 2 minggu pose...dah hampir 1/2 perjalanannya..

tokasid said...

Salam pak zabs:

A timely advise utk kita semua.
ALLAH menyeru kita jgn membazir tak memasal dalam segala segi, samada dari segi wang, harta benda malah masa jugak.

Tapi malangnya, kita lihat kaum Muslimin di negara kita, apabila tiba Ramadhan, ketika itulah kemuncak membazir dan memboros kita. Saban petang pasar/bazaar Ramadhan menjadi medan pembaziran. Amat sering bila membeli juadah atau lauk pauk, kebanyakkan kita akan membazir.Kita beli bagai dah tak ingat dunia dan tak ingat bahawa selera ketika membeli adalah mengikut nafsu dan perut yang lapar. Akibatnya, selalunya lauk atau kuih atau minuman yg berlebihan akan dicampak ke tong sampah selepas sahur.

Begitu juga dalam persiapan nak sambut 'Eid. carpet dan langsir nak di tukar walau yang lama(baru Raya tahun lepas je) masih bagus dan cantik. Pakaian( yang hanya digunakan ketika Hari Raya)mesti di tempah baru, kasut mesti kasut Raya, malah ada yg tukar set TV atau set hifi, atau car stereo.Atau tukar tayar kereta yang masih elok bunganya.

Sepatutnya di memperbanyakan sedekah kepada yg miskin( bukan 'sedekah' pada tokay2 gedung pakaian).

Kadangkala hairan dan terfikir juga: Bagaimana kualiti puasa kita ye? Sepatutnya lebih berjimat cermat, lebihkan amalan serta rajin bersedekah, tetapi kita rajin memboros dan membazir.

Wallahu'alam.

Kak Lady said...

Salam Zabs...terima kasih kerana berkongsi...tak sedar ye kita ni dah pun hampir 2 minggu berpuasa...

alan zed said...

sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. :)

Zabs said...

NBK dan Kak Lady: Kalau kita seronok berbuat sesuatu, kita akan rasa cepat masa itu berlalu. Tetapi tentu ada juga golongan yang merasa betapa perlahannya masa dua minggu ini berlalu.

Alan: Alhamdulillah.

TA: Terima kasih dengan penerangan yang sungguh padat dan bernas itu.