Friday, September 07, 2007

Hantaran

Setiap kali majlis pertunangan atau perkahwinan di adakan, kita akan melihat rombongan dari pihak lelaki akan membawa bersama barangan hadiah yang digubah cantik untuk pihak perempuan, yang secara popular di kenali sebagai "Hantaran". Pihak perempuan pula akan menyediakan balasan, biasanya 2 lebih dari yang dibawa oleh pihak lelaki. Di bawah adalah beberapa gambar hantaran yang pernah saya lihat.
















Bermacam-macam barangan telah dipilih untuk dijadikan hantaran, terdiri dari kain, pakaian hingga ke alat solek dan barang-barang kemas. Tetapi dalam banyak hantaran yang pernah saya lihat, ini lah kali pertama saya lihat kasut sukan di hantar sebagai hantaran. Tentu pengantin lelaki ini seorang yang aktif bersukan dan susah tentu akan dapat menjamin kesihatannya untuk melayari bahtera rumah tangga.

18 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Kasut sukan?? Ni first time dengar.
Mungkin lepas ni akan ada sebatang kayu golf atau sebijik bola bowling pun jadi hantaran.

Hantaran2 ni I have my reservation about it. saya rasa okaylah kalau nak gunakan adat tersebut. Yg saya tak setuju ialah jenis2 yg di hantar dan kos yg tinggi. Saya noticed, ramai skrg bila bertunang atau menikah, dah nak jadi macam artis2 kita pulak.

saya mengenali beberapa anak muda yg terpaksa buat personal loan dari bank masa nak bertunang. itu belum nak kenduri kahwin lagi.

ketika adik saya bertunang tahun sudah saya bagi tahu pada bakal tunangnya: Mas kahwin seribu. Wang belanja 4 ribu saja, tapi dalam majlis saya akan kata 5 ribu( sebab di kg paling kurang pun 5 ribu). Masa meminang, saya tak ambil satu sen pun( memang mamat tunang adik saya tak dak duit. habis dia masuk pelaburan MLM dan internet..semua bungkus), saya kata bila hari nikah baru kamu bawa.( sampai la ni dia tak dak duit, walau tempuh setahun sudah berlalu).

Seorang sahabat baru2 ini, anaknya di pinang orang. Alhamdulillah org ni nampaknya ada ilmu agama tetapi harta tiada. Kawan saya beritahu saya: Syeh...anak aku ni ada org nak minang. Aku berkenan budak lelaki tu. Aku rasa dia boleh bimbing anak aku. Aku nak bagitahu dia, dia cuma kena bayar mas kahwin sahaja. Hantaran2 ni aku tak mahu.
Kata saya: Alhamdulillah.Tapi kalau budak tu nak beri sedikit hantaran, hang terima lah syeh. Hang raikan dia, takut nanti dia kata apa muslihat pula sampai tak mahu wang hantaran.

Bagi siapa yg mampu( bukan mampu berhutang okay) buatlah hantaran yg sesuai. bagi yg tak mampu, jgnlah kita nermimpi di siang hari.
Terinagt saya tulisan Dr MAZA Mufti Perlis tentang saranan wang zakat di beri kepada yg hendak berkahwin tetapi tidak mampu kerana bebanan adat Melayu kita.

Wallahu'alam.

mad.redo1 said...

you are not thinking of buying all these for your 'hantaran', eh Pak Zab?

hope you do not fall from this act of pulling your legs... hehehe...

Mior Azhar said...

Salam Pak Zabs:
Memang sejak dua menjak kini, hantaran sudah menajdi yang bukan-bukan kiranya. Barang yang dijadikan hantaran biasa2 sahaja tetapi bekas2 dan hiasan2 nya pulak menjadik mahal.

Zabs said...

TA: Terima kasih atas komen tuan itu. Banyak iktibar yang boleh dipelajari. Pada saya tidak ada salahnya asalkan berpada-pada dan mengikut kemampuan seperti kata tuan itu. Lagi pun ini untuk kegunaan penganti juga dan menambahkan seri majlis yang diadakan. Wallahua'lam.

Zabs said...

Mad.redo1: Ada anak bujang tengah siap2kan barangannya. Saya hanya minat tengok contoh2 yang ada je.
Tak pandai main tarik2 kaki lagi.

Mior: Mereka buat duit dengan cara itulah. Barang2nya dah dibeli dari tempat lain. Kalau bekas2 dan hiasan tidak dari mereka tentu mereka tak mahu buatkan kot?

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I've seen bridal gifts to the groom which include a football and a Man U jersey because the groom gila bola! Pengantin perempuan bought it from Old Trafford itself, making it the most expensive item on the tray (kalau nak include the airfare too!)
Tapi barang hantaran ni mostly for show saja. Yang unik, yang mahal ... the attitude is kalau nak buat ala kadar je, baik jangan buat langsung.
So, sekarang ni it is highly commercialised. Kadang2, harga barang hantaran tu tak seberapa, tapi bekas hantaran tu mencecah ratusan ringgit.
Also, take a look at the mas kahwin. In Johor for example, tambang bas express pun tak lepas. Hantaran is probably used to make up for this shortcoming, if indeed it is one.

acciacca2ra said...

salam pak zabs,
kadang pak zabs, kedua-dua pengantin tu biasa je. yang nak buat lebih-lebih tu orang tua dan makcik pakcik. that was what happened to me. bukan tak berterima kasih, hanya rasa banyak pembaziran time tu.

Zabs said...

Fauziah: All my sons are Man U fans, tapi I don't think they will ask for the jersey as one of the hantaran kot?
I think the business of preparing the hantaran is quite a lucrative one. Kadang2 tu sampai 2/3 bulan kena buat tempahan baru dia di terima. Thanks for visiting.

Accia: Orang tua dan pakcik makcik bukan nak lebih2, cuma nak tambah seri majlis.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Ingatkan siapa punya hantaranlah tadi...:)

Zaman ICT ni, dah berbagai bentuk barang hantaran. Barang hantaran pun dah semakin moden, contohnya telefon bimbit, komputer riba, ipod, .... :)

Dari satu segi, nampaknya hantaran sudah semakin 'dikomersialkan' secara keterlaluan. Mengalakkan budaya materialistik yang menunjuk-nunjuk dan mempamerkan kemewahan akhirnya.

Wallahuallam...

Zabs said...

BP: Nak buat suspense lah sikit. Dulu masa saya dulu, mak bapak yang uruskan. Sekarang untuk anak-anak, kami pula nak bantu uruskan pulak. Takdalah nak menunjuk2. Semua tu untuk kegunaan mereka jugakan?

idham said...

:) kelebihan adat orang kita....semua berseni...dalam memeberi dan menerima....ada tatasusila...

banyak yg saya tahu....kes pemberian hantaran ni hasil dari muafakat bakal pengantin perempuan dgn lelaki...ada kala nya...mereka bershopping sama2....saya rasa eloklah begitu...hasil hantaran lebih praktikal...dan mengikut kemampuan...

jangan jadi kes seorang yg saya kenal....berhutang kerana nak bagi sebuah merc sport sebagai hantaran....majlis meriah....jodoh tak panjang....tak elok juga mcm tu..

i hv six children...hehehe....insyAAllah panjang umur murah rezki, dan ada jodoh anak2....sempatlah nanti menerima menantu...dan besan....eh..seronok juga jika dpt berbesan dgn kawan2 dari blogland nie....:)


idham

Zabs said...

Idham: Saya pun ada enam juga. Baru sorang yang dah berkahwin.
Memang benar mereka sendiri yang pakat2 beli apa yang nak dijadikan hantaran. Stu perancangan yang baik, tidak membazir.
Merc nak buat hantaran, itu jelas nak menunjuk2. Kaau nak hadiah pun beri selepas kahwin sudahlah.
Kalau dah jodoh, dapat besan dari blogland, mungkin boleh buat hantaran notebook kot?

zino said...

zino pun hantaran ni biar simple ringkas dan tak membebankan mana mana pihak..

masa along bertunang hari tu kami bawa tiga benda je.. hehe dan di bals 5 benda.. nanti masa kawen kami cadang nak bawa 5 je kedua belah pihak setuju..

yg penting majlis berjalan lancar.. hantaran tu pengiring je bukan agenda utama..

Zabs said...

Zino: Setuju tu. Asalkan kedua-dua pihak sepakat dan tidak berlebih2an, seperti kata Idham, Merc Sport jadi hantaran....

alan zed said...

"All my sons are Man U fans..." hurm, maaf ayahanda; saya sorang jer penyokong liverpool. hehe. :)

Zabs said...

Alan: Correction, three of my sons is MU's fan except for the die-hard Liverpool's fan.

Bayukk said...

salam uncel zabs,
tergelak aku dibuat uncel zabs pasal kasut sukan tu...tapi bila baca semua pandangan rakan - rakan yg ada kat sini, memang betul pun semuanya hendaklah bergantung kepada kemampuan masing - masing...

Zabs said...

BayuKK: Bersetuju mesti ikut kemamapuan. Tetapi di samping kasut tu, mereka buat hantaran untuk pasangan masing2 PSPjuga.