Tuesday, August 05, 2008

Rumah Harapan

(Model Rumah Harapan (House of Hope) Pertubuhan Al-Khadeem)
Pada 1 Ogos malam saya berkesempatan menghadiri satu majlis makan malam yang bertujuan mengumpul dana untuk Pertubuhan Al-Khaadem. Dana tersebut adalah untuk melengkapkan lagi Rumah Harapan (untuk anak-anak yatim) yang telah siap dibina oleh pertubuhan itu, dengan perbelanjaan kira-kira 2 juta ringgit.

Persembahan dari anak-anak yatim untuk para jemputan yang hadir.

Cerita dari anak (di atas kerusi roda) yang kehilangan kedua ibu bapa kerana "rokok". Dia juga mendapat penyakit berpunca dari "rokok" juga, yang membawa kepada kelumpuhannya.

Penceramah dari luar negara yang dijemput khas pada malam itu. Tajuk syarahannya, "Self-Imaging". Satu perkara yang saya ingat benar, yang telah dikatakannya ialah, orang akan memandang kita seperti mana kita memandang diri kita sendiri. Oleh itu janganlah kita memandang rendah ke atas diri kita, kerana dengan pandangan rendah juga, orang akan memandang kita.

Tetamu pulang setelah berpuas hati melakukan sedikit kebajikan.

10 comments:

Kerp (Ph.D) said...

pak zab,

sebenarnya kami (rakan2 berkerusi roda) ada plan nak buat lawatan ke rumah anak2 yatim dekat ampang 16hb ni tapi atas beberapa masalah yg tak dpt diatasi, kami terpaksa cancel.

mcm tetamu yang hadir pd jamuan tu, kami pon berniat nak buat amal sikit sempena menyambut ramadan yang bakal muncul...takde rezeki kami la..juga takde rezeki anak2 yatim tu.

Helena said...

Its good to be involved in kebajikan kan? Have yet to do so.... maybe bila kids dah besar sikit kut..... insyaAllah....

Neeza Shahril said...

tapi kalau kita terlalu memandang tinggi tak elok juga sebab orang akan jelak pula.. ;)

ZABS said...

Kerp: Niat yang baik tu pun sudah dikira. InsyaAllah akan ada kesempatan di lain masa nanti.

Helena: Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Kebajikan boleh dilakukan dalam banyak cara. Jika ada niat yang baik, InsyaAllah, Allah akan dorongkan.

Neeza: Pandangan tinggi kepada diri sendiri itu berbeza dengan perasaan ego, 'ujub, riya' dan takbbur yang semuanya bertentangan dengan sifat kita sebagai seorang "hamba".
Yang dimaksudkannya mungkin kita perlu ada "high self esteem" tidak dengan menunjuk2 tetapi menjaga maruah kita tidak diperlekehkan. Wallahua'lam.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Jika ada apa yang dapat saya bantu - mungkin untuk menyebarkan berita kewujudan rumah ini - tolong nyatakan.

ZABS said...

Shah CA: Thank you for your interest. I am just one of the donor, not a committee member or something.
However if you would like to find out more about this place and what you could contribute, you can check this website>
http://www.al-khaadem.com.my/v2/index.php
Especially when Ramadhan and the festive season is now coming.

zino said...

semuga dana yg dapat dikumpul boleh menampung keperluan rumah harapan.. inshaAllah..

Sastri said...

sumbangan, walau sedikit, amat bererti bagi mereka yang memerlukan...

salam Uncle... :)

zabs said...

Zino: InsyaAllah. Mereka perlukan sumbangan dari masa ke masa untuk menentukan Rumah itu terus dapat memberi Harapan kepada penghuni2nya.

Sas: Waalaikummussalam. (Kepada Allah) Sumbangan yang kita beri tidak dinilai dari banyak atau sedikitnya tetapi kepada keiklasan kita.
Tetapi kepada penerima, tentunya lebih banyak, lebih baik untuk keperluan/kegunaan mereka.

Mak Su said...

Uncle zabs sebut rokok 2 kali...mmg sohihlah bahaya rokok