Tuesday, August 12, 2008

Sepakat Membawa Berkat

Masjid Bandar Banting - (gambar hiasan sahaja)

Seorang individu dari satu kumpulan penduduk telah dilantik untuk menjadi ketua kepada kumpulannya dengan diberi tanggungjawab yang agak berat. Buat masa itu beliau merupakan calon terbaik dan mempunyai keupayaan dan komitmen untuk memikul tangungjawab tersebut.

Selepas beberapa tahun, beliau masih menjadi ketua di situ dan sedikit sebanyak telah dapat meningkatkan sedikit kerjasama antara penduduk dan juga infra penting yang sepatutnya dapat menyatukan majoriti penduduk di situ.

Sejak setahun dua ini telah ada beberapa cerdik pandai yang baru menetap di kawasan itu yang telah mula menaruh minat kepada perjalanan aktiviti penduduk. Dan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini pula, ketua ini telah banyak di kritik oleh kumpulan ini dan langkah mengadukan halnya kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi juga telah dilakukan.

Perkara yang ditimbulkan ialah tentang kewibaaan ketua itu dan tentang ramainya penduduk yang telah meninggalkan jemaah untuk ke tempat lain.

Seperti kebiasaannya, di mana-mana pun, untuk mengumpulkan semua sekali penduduk pada satu tempat adalah mustahil. Mereka ada banyak pilihan untuk pergi dan kemudahan untuknya sememangnya banyak di sekeliling kawasan tempat tinggal. Jadi untuk mengatakan perpecahan berlaku kerana kewibawaan ketua itu tidak seharusnya timbul.

Saya berpendapat, sebagai ketua yang menjalankan tugas secara sukarela, apa yang telah termampu dilakukannya harus diberi pengiktirafan. Hasil usaha beliau dan AJK semua, mereka telah banyak membuat perubahan kepada infra yang sedia ada untuk keselesaan penduduk.

Jikalau sekalipun kumpulan yang membuat aduan ini, ingin mengambil alih pentadbiran sekalipun, kerana merasakan penuh berwibawa untuk memimpin, mereka perlu tunjukkan komitmen mereka terlebih dahulu kepada aktiviti penduduk. Penduduk melihat dan membuat pertimbangan terhadap mereka juga. Mereka juga perlu dipilih dan mendapat kepercayaan penduduk terlebih dahulu pada mesyuarat, dan bukan dengan cara itu untuk menurunkan ketua yang sedia ada.

Untuk kebaikan bersama kita perlu mencari jalan untuk kesepakatan, bukan mencari kesalahan untuk diprbesarkan. Sebagai hamba yang serba serbinya lemah, kita semua ada kekurangan/kelebihan dan dengan kekurangan/kelebihan masing2 itu, kita dapat bekerjasama menyokong antara satu dengan yang lain.

Apa yang menyedihkan nanti ialah akan terjadinya perpecahan antara penyokong kepada kedua2 kumpulan ini. Mungkin juga perpecahan tidak terjadi, tetapi apabila perasaan telah terguris, ianya ibarat retak menanti belah sahaja. Dan kita tidak mahu ia berlaku, lebih2 lagi sekarang ketika kita sedang menunggu ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Wallahua'lam.

p.s Jika ada di antara pelawat yang ingin menyumbang untuk pembinaan masjid di Bosnia sila lewat web site ini untuk maklumat lanjut. TK

15 comments:

Sastri said...

hmmm... setuju sumbangan tenaga yang dibuat secara sukarela sepatutnya diiktiraf walau mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak...

salam Uncle...

Mak Su said...

bagi can pula kpd orang baru tu...tgk cara dia organise cemana...

Neeza Shahril said...

biasanya orang nampak yang tak elok dan mula nak kritik. dia tak nampak yang elok tu. kalau nak bagi pendapat pun, apa lah salahnya melibatkan diri secara aktif dulu kan...
anyway, biasalah tu kan pak zabs.. lebih senang mengutuk daripada melibatkan diri..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Perkara sebegini memang menjadi satu kelaziman kebelakangan ini. Masing masing ingin menunjukkan kepandaian masing masing dan merebut jawatan yang ada, mungkin untuk menabur bakti, tapi mungkin juga sebagai batu lunjatan, wallahu'alam.

Apapun, mungkin perkara sebegini baik kita merujuk kepada sebuah hadith - saya tidak ingat sanadnya. Hadith itu ada menyebut "Jangan lantik mereka yang merebut jawatan, tapi lantiklah mereka yang tidak mahu jawatan itu". Maaf, saya bukan seorang yang mempelajarinya.

ZABS said...

Sas: Ibarat habis manis sepah dibuang. Bukan budaya kita begitu.

Mak Su: Boleh bagi can, tetapi kalau mulanya dilantik secara konsensus, nak diganti pun biar dgn cara yang sama.

Neeza: Ramai orang hanya melihat kepada keburukan seseorang, dan lupa kepada kebaikan orang itu.
Tetapi mereka mahu orang lain melihat kepada kebaikannya dan melupakan keburukannya.

Shah: Baru2 ini SS Mufti Perlis ada menulis panjang lebar tentang perkara tersebut. Beliau juga ada mengutarakan satu hadis yang bermakdud "baginda Rasullullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini (jawatan ketua) sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Terima kasih kerana mengingatkan kita.

Kerp (Ph.D) said...

saya tak tahu la sangat tapi kadang2 bila sesetengah pihak tidak bersetuju dan mula mengkritik, ia atas dasar peribadi. mungkin dia tak berpuas hati kerana secara kebtulan yang kurang elok tu terjadi pada dianya sendiri. entahlah...

ditempat saya bapak saya dah lepaskan jawatan ketua sebab tak mampu nak commit. tapi sebagai orang berpengalaman, ramai lagi penduduk dtg kerumah mintak bantuan. sikit2 boleh la bapak saya tolong.

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya tak suka adegan guling-mengguling ni, terutama kalau sampai orang berpecah-belah. Kalau orang lama masih mampu memimpin, masih mendapat kepercayaan dari masyarakat sekeliling, dan paling utama menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna, apa salahnya. Mungkin orang baru mempunyai idea yang lebih bernas, mampu berkerja lebih keras dan sebagainya. Tapi adakah berbaloi sekiranya tindakan pengambil-alihan kuasa menyebabkan perpecahan masyarakat setempat? Apa salahnya kalau duduk semeja membincangkan apa sahaja isu, berkongsi pandangan dan maklumat.
Masalah ni juga berlaku di tempat saya. Tapi alhamdlillah, sekarang dah OK sikit.

ZABS said...

Kerp: Setuju kemungkinan hal peribadi, tapi boleh dibincang dengan baik.
Ketua lama ini baru bersara dan bersemangat untuk menjalankan tugasnya. Saya rasa patut diberi sokongan.
Respect apa yang ayhanda kerp buat tu. Kalau menarik diri dengan baik, masih commited untuk membantu jika diperlukan. Tetapi jika diturunkan, dia pun ada harga diri....

ZABS said...

Akmal: Saya pun berpendirian begitu. Too much power is not good for the health.
Saya berpendapat perkara ini tidak perlu dipanjangkan sampai keluar. Mereka sepatutnya telah dapat selesaikan secara dalaman sahaja. Sebahagian yang membuat aduan tu berada dalam AJK pun.

zino said...

yg penting perkhidmatan yg di beri bukan utk kepentingan diri sendiri..tetapi utk masyarakat ramai..

Lee said...

Hello Zabs, da lama ta masuk your place. How you doin'? Notice your nice new profile pic...macham actor P. Ramlee's time tu, ha ha.
You stay easy and have a great week, best regards, Lee.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Kadang-kadang mereka cuma mengejar saham dunia, bukan saham akhirat, barangkali.

Saya teringat jalan cerita novel Imam karya SN Abdullah Hussein.

ZABS said...

Zino: Setuju. Kita tidak perlu ganjaran dari manusia, Allah Maha luas limpah kurniaNya.

ZABS said...

Lee: Been to your blog quite regulalay but have not left any comment lately. Just a silent reader.
Thank you for the visit. You too, take care and best regards.

ZABS said...

BP: Saya rasa sedih kerana dulu kawan baik, sekarang sudah tidak mesra lagi.
Semoga bulan Ramadhan yang menjelang tiba akan dapat menghubungkan kami semua semula. InsyaAllah.