Thursday, July 31, 2008

Begitu Jadinya 2

Seorang Abang telah membuat pinjaman untuk membantu adik yang ingin membeli sebuah kereta (terpakai). Si Adik tidak boleh berbuat demikian kerana namanya telah disenarai hitam oleh bank (ini banyak berlaku sekarang).

Semua proses pinjaman berjalan seperti diharapkan dan akhirnya adik berjaya memandu kereta yang diidamkanya itu. Untuk tahun pertama, bayaran balik pinjaman berjalan lancar. Masuk tahun kedua, adik menghadapi sedikit masalah kewangan, menyebabkan bayaran pinjaman ada masanya lambat dibayar.

Akhirnya apabila tunggakan bertambah, bank, yang sentiasa tidak sabar untuk mendapatkan wangnya semula, telah "mengambil" kereta itu dan membuat urusan untuk melelongnya. Peminjam pula diberitahu, jika harga yang di perolehi dari lelongan tidak mencukup, peminjam perlu menambah kekurangan itu.

Setelah lebih kurang dua tahun berlalu, dan beberapa kali menghanatar surat untuk mendapatkan maklum balas (tidak berbalas pula), Si Abang telah dikejutkan oleh surat dari peguam pihak bank, yang menuntut pembayaran keseluruhan harga kereta tersebut kerana ia tidak dapat dilelong.

Si Abang telah mendapatkan nasihat dari seorang peguam yang menasihatkan supaya mendapatkan maklumat lengkap tentang perkara ini dan melawan tuntutan itu di mahkamah.

Siasatan awal secara persendirian Si Abang mendapati, kereta itu tidak dapat dilelong, kerana ia didapati mempunyai nombor chasis yang berbeza dari yang asal, seperti terdapat di dalam Kad Pendaftaran dan di dalam Penjanjian Jual Beli. Peguam kemudiannya telah menasihatkan Si Abang untuk membuat aduan polis (???) juga, untuk menentukan kereta itu tidak hilang dari simpanan pihak bank begitu sahaja.

Perubahan pada nombor chasis itu hanya diketahui apabila pihak Puspakom membuat pemeriksaan menyeluruh kereta itu, sebelum lelongan dibuat. (Kemungkinan semasa pembelian dahulu peraturan Puspakom untuk pemeriksaan menyeluruh ini masih belum berkuatkuasa). Namun pihak bank tidak memaklumkan tentang perbezaan nombor chasis itu kepada mereka. Mereka sendiri yang berusaha mendapatkan maklumat itu.

Kes ini masih berjalan dan kedua pihak dari masa ke masa membawa hujjah ke mahkamah. Di samping itu pihak bank pula sedang menjalankan siasat untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah. Diharap ia dapat diselesaikan secara baik dan teratur.

Mungkin ada hikmahnya kereta itu di tarik oleh bank, jika tidak, kelainan nombor chasis itu mungkin hanya akan diketahui sehingga hutang kereta itu selesai dibayar, yang mana munkin sudah terlambat untuk menyalahkan sesiapa. Wallahu'alam.

15 comments:

Neeza Shahril said...

kereta tu baru ke lama? kenapa lain pulak number chassis dia ya?

Zabs said...

Neeza: Kereta 2nd hand. Banyak kemungkinan. Mungkin kereta curi yang telah ditukar nombor chasis.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Kalau dibaca sekali imbas, terdapat keraguan keatas pihak bank. Mungkin ada baiknya si abang itu cuba merujuk kes kes kepada FOMCA dan juga kepada Tribunal Konsumer yang terletak berdekatan Jalan Tun Razak.

cakapaje said...

Pak Zabs,

Maaf, bukan Tribunal Konsumer, nama Melayu dia Tribunal Pengguna, dan beribupejabat di Putrajaya (kali terakhir yang saya tahu).

Zabs said...

Shah: Terima kasih atas saranan. Mungkin jumlah yang terlibat, melebihi siling bagi kes-kes yang boleh diambil oleh FOMCA atau Tribunal Pengguna. Walaubagaimana, akan dapatkan si Abang buat rujukan. Peguam yang dirujuk tidak pula beri saranan tersebut. Mungkin takut conflict of interest kot?

Sastri said...

hmmm... sebab tu kadang-kadang macam tak yakin nak beli kereta second hand kan?

Zabs said...

Sas: Beli dari orang perseorangan dan di"introduce" orang yang kenal pulak, tu yang kurang teliti sikit tu agaknya. Kalau dibeli dari Syarikat menjual kereta terpakai, mungkin lebih selamat, kerana telah banyak kali berbuat demikian, Al;hamdulillah, okey.

zino said...

ni le masaalah nya bila beli kerete seken hen.. tapi apa apa pun harap semua urusan berjalan lansai.. kalau tak kes nyanya lah nampak nya..

13may said...

hmmm....mcm mcm....

pening kepala kalo jadi camni..

Salam Uncle :)

jaflam said...

Salam Zabs,
Kadang kadang pekara beginilah yang buat serik nak tolong orang, serba salah dibuatnya lebih lebih lagi dengan keluarga sendiri.

Harap kes ini berakhir dengan baik.

Zabs said...

Zino: Mungkin ada hikmahnya di situ yang tidak mereka sedari.

May: Tak perlu pening kot. Mereka boleh belajar dari apa-apa kesilapan yang telah berlaku.

Zabs said...

DJ: Harap perkara ini boleh menjadi pengajaran kepada mereka semua. Buat baik berpada-pada buat jahat, sekali pun jangan.

NBK466 said...

Kisahnya bermula dari niat suci seorang abg nak bantu adik jerk kan???

alan zed said...

wht 1155 kah..?

zabs said...

NBK: Bersangka baik...

Alan: Bukan. Yang itu telah berakhir dengan selamatnya. Alhamdulillah.