Friday, July 18, 2008

Begitu Jadinya....

Semasa bersekolah rendah dahulu, kami kawan sekampong berulang-alik ke sekolah dengan berjalan kaki lebih kurang 2km. Tiada bas sekolah di kampong dan jalannya pula jalan tanah merah sahaja. Tetapi kami bersemangat ke sekolah setiap hari.

Di dalam kelas saya pada masa itu terdapat seorang murid yang sangat nakal. Dia suka menganggu kami di sekolah dan berterusan apabila balik dari sekolah. Oleh kerana rumahnya terletak di petengahan jalan ke kampong kami maka selalulah kami diganggu, jika ada perkara di sekolah yang dia tidak puas hati, apabila melalui kawasan rumahnya itu.

Apabila tidak tahan dengan gangguannya itu kami ada juga mengada kepada ibu bapa. Tetapi setiap kali perkara ini disampaikan kepada penjaganya, ibu bapa kami pula di marahi oleh bapanya, yang selalu memihak kepada anaknya, yang kononnya sungguh baik itu.

Setiap kali aduan itu dibuat, keesokannya ganguan dari beliau akan semakain menjadi2 pula. Hinggakan kami sudah serik untuk mengadu lagi dan tidak ambil pusing lagi dengan kerenahnya.

Mungkin bukan atas sebab2 tersebut, tetapi hakikatnya, apabila meningkat dewasa, beliau telah menjadi seorang yang sering terlibat dengan perlakuan yang menyalahi undang2. Walaupun pernah memasuki tentera, dilatih untuk berdisiplin, tetapi akhirnya menjadi perompak (rompakan bersenjata) dan ditangkap dan dipenjara atas kesalahan2nya itu.

Saya telah tidak mengikuti perkembanganya sejak meninggalkan alam persekolahan, untuk bekerja dan menetap pula di tempat lain. Namun apabila sesekali balik ke kampong ada juga mendengar cerita tentangnya.

Satu cerita yang menarik yang telah saya dengar ialah, beliau telah ditangkap sendiri oleh rakan sekolah yang sering diganggunya semasa bersekolah dahulu (anggota PDRM), atas kesalahan merompak. Cerita ini telah berlaku lama dahulu, tetapi mungkin boleh direnungkan sebagai iktibar dalam mendidik anak-anak.

10 comments:

Neeza Shahril said...

hah! tu dia.. dapat balik tangkap orang yang kacau masa kecik dulu.. bukan nak kata apa, orang kata budak2 kecil nakal biasa.. tapi jahat, tak biasa.. jadi, mak ayah memang kena marah kalau nak buat jahat cam tu.. kalau mak ayah backing, gitu lah jadinya.. Nauzubillah.. jangan lah jadi kat kita kan pak zabs..

Akmal said...

bola itu bulat...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Liku kehidupan, perlbagai berlaku dan dilakukan menuju ke destinsi yang yang telah dibukukan. Ada yang insaf awal dan dapat merubah, dan ada yang insaf lewat dan menyesali perbuatan. Tapi ada juga yang tidak sempat melakukan keduanya. Kita mintakan dihindar dari yang terakhir itu.

zino said...

zabs..
cerita bahagian awal tu serupa apa yg kali lalui masa sekolah dulu.. jalan kaki ke sekolah dan di ganggu rakan sekolah yg nakal..

tetapi penghujung cerita berlainan rakan yg nakal ni juga seorang yg bijak dan belajar sehingga ke universiti.. keluar sebagai seorang dr vetirenar..

dan sekarang telah pun menjadi seorang usahawan berjaya.. menternak lembu kambing.. siapa sangka..kan..

Zabs said...

Neeza: Kalau anak baik diberi pujian, kalau anak nakal diberi nasihat. Baru anak tidak keterlaluan.

Akmal: Buat baik berpada-pada buat jahat jangan diberi sokongan..

Shah: InsyaAllah. Hanya yang terbaik sahaja, kita mohonkan dariNYa.

Zino: Nakal semasa kecil adalah suatu kebiasaan. Cuma cara ia ditangani, yang memberi kelainan kepada kesudahannya itu.

pB said...

Salam ...


mcm AKmal komen ....

bola itu bulat ...

KAKTINY said...

salam uncle zabs..

dulu : sepandai-pandai tupai melompat...
terbaru : sepandai-pandai mak bapak dok back-up anak..

mesti kawan uncle zabs tu 'puas hati' dpt tangkap budak tu kan..

Zabs said...

PB: Komen saya pun macam untuk Akmallah juga.

Kaktiny: Kawan yang jadi anggota PDRM, ada dua beradik masuk PDRM, mereka bekerja sama dan tentunya amat "berpuas hati", akhirnya dapat "menangkap" musuh ketat mereka.

Kak Lady said...

Salam Zabs...

Tulah sebabnya sekarang kalau ada mak ayah yang dtg menyerang guru kerana cuba mendisiplinkan anak mereka saya jadi geram...begitu juga dgn mak ayah yang sentiasa marahkan org2 yg cuba mengadu tentang salah laku anak mereka...

Harap2 perkara ini semua tidak terjadi pada kita...

Segala apa yang terjadi sekeliling kita patut kita jadikan teladan...

Zabs said...

Kak Lady: Sayang anak biar berpada. Semoga kita diberi kemudahan dalam mendidik anak2 agar menjadi orang2 yang soleh dan solehah. InsyaAllah.