Tuesday, July 29, 2008

Kebencian

Membenci sesuatu/seseorang sebenarnya tidak membawa kepada kebaikan. Kebencian sebenarnya boleh menjadikan sesuatu perkara itu terlekat di fikiran kita secara senyap dan terus menghantui kita.

Kita berhutang dengan seseorang dan membencinya serta cuba melupakan hutang itu. Yang lebih teruk lagi kita membenci pula orang yang kita berhutang itu. Semakin kita cuba mengelak dari mengingatinya semakin bercelaru fikiran kita.

Kita perlu menerima hakikat yang kita telah berhutang dengannya, barulah dengan cara itu kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Mengelak diri dari bertemu sepemberi hutang adalah penyelesaian sementara sahaja. Esok lusa, mungkin kita akan bertemu dengannya di rumah saudara kita, yang mana telah berkahwin pula dengan saudaranya.

Membenci diri kita kerana berlebihan berat badan juga tidak memberi apa2 faedah. Selain kita tidak akan memperdulikan diri, kita juga tidak akan berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Selagi kita tidak menerima hakikat tersebut, selagi itu kita tidak akan berubah.

Sebaiknya kita terima hakikat lebihan berat kita itu, dan berbuat sesuatu yang perlu untuk membuangnya, atau terus sentiasa bertukar sais pakaian untuk menyesuaikan diri.

Kebencian yang melampaui batas juga memungkinkan seseorang itu, membuat fitnah terhadap musuhnya. Kebencian juga menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan percaya kepada fitnah tersebut.

Sebaiknya, kita perlu bersangka baik dengan semua orang. Nabi s.a.w. sendiri telah mengingatkan:
"Awas kamu dari sangkaan itu, kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong bicara". (Riwayat Bukhari).
"Jika engkau menyangka (buruk), jangan engkau sampai mengiyakannya!" (Riwayat Thabarani).

Wallahua'lam.

8 comments:

Mak Su said...

tq Uncle zabs

Neeza Shahril said...

yang ni neeza memang setuju. benci akan berlarutan dengan sangkaan buruk. Walaupun benda tu tak terjadi, kita akan percaya ianya terjadi. lantas, dosa kita pun bertambah.. tak nak lah gitu.. mohon dijauhkan lahhh...

Kak Lady said...

Salam pak Zabs...

Sebenarnya perasaan benci itu adalah penyakit hati...kalau dilayan...maka hati kita akan sentiasa sakit...dan kita tidak akan merasa kebahgiaan hidup jika perasaan itu mula beraja dihati kita...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Terima kasih, benar bagai dikata. Namun, kita juga berhak membenci seandainya ia kerana Allah - Kebencian itu di atas perbuatan dan bukan individu.

Amiene Rev said...

Saya suka dengan hadis ini.

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

salam, apa khabaq uncle? lama tak baca post uncle.

Benci yer...banyak perkara yang uncle cakap tu betul.
Hidup nie terlalu singkat untuk kita pikir sgt pasal benci membenci nie.

Kalau kita membenci seseorang tentang sesuatu, kita patut menjelaskan kpd org tu kenapa kita membencinya dan penjelasan tersebut hendaklah berlandaskan kasih-sayang sesama umat bukan bertujuan menghina sesiapa.

Kalau kita pula dibenci, kita tidak seharusnya membalas kebencian tersebut dengan sifat kebencian, sebaliknya meminta penjelasan dengan penuh kasih-sayang sebagai usaha untuk mengenali diri sendiri.

Yang penting niat kita untuk berusaha mengeratkan silaturahim biar apa pun latar-belakang seseorang.Yang lain berserah sahajalah.

All you need is love! :)
PAKLAN
http://www.jalakmas.blogspot.com/

p/s: saya nak mintak izin add link uncle dlm blog saya..boleh?

Zabs said...

Mak Su: Sama-sama lah kita ambil yang baik untuk jadi teladan yang buruk jadi sempadan.

Neeza: InsyaAllah. Semoga kita sentiasa mengingatkan diri kita.

Kak Lady: Kalau penyakit tu tidak terlihat oleh mata, maka agak sukar untuk diubati. Tak gitu?

Shah CA: Membenci dengan tujuan menjegah dengan hikmah. InsyaAllah ada kebaikan.

Amiene: Salam kenal. Semoga dapat manfaat dengan meningatinya.

Fadzlan: Terima kasih atas nilai tambah itu. Boleh link jika sudi.

^^ Juimah~shami ^^ said...

saya membenci seseorg.. kebencian itu timbul kerana perlakuannya terhadap saya.. ape yg patut saya buat?? kebencian saya pdnya sering menghantui saya..