Tuesday, July 08, 2008

Kereta Oh Kereta

Saya memperolehi lesen memandu pada tahun 1977, dan hanya mampu/berpeluang membeli kereta pada tahun 1978 (dengan kerjasama isteri). Berikut adalah gambar kereta2 yang pernah saya berpeluang memandunya, apabila menjadi peminjam sementara kereta2 itu.

Gambar berikut bukanlah dari gambar file, tetapi diperolehi dari laman laman web tertentu sahaja.
Ini model kereta pertama kami, jenama boleh di kenal pasti sendiri. Kami menggunakan kereta ini dari akhir 1978 hingga awal 1982. Banyak jasanya dan jauh perjalanananya. Kerapkali berulang alik dari Johor Bahru ke Melaka, berulang alik setiap hari dari Johor Bahru ke Woodlands dan pada satu ketika berulang alik dari Melaka ke Lumut setiap dua minggu.

Kereta tersebut di jual kepada syarikat kereta terpakai apabila saya diarah bertugas ke New Zealand pada 1982.

Model kereta ini yang mampu dibeli semasa berada di New Zealand. Kami gunakan kereta ini dari 1982 hingga 1984. Walaupun berusia lapan tahun semasa dibeli, kereta ini tidak banyak memberi masalah. Untuk persediaan saya telah mengikuti satu bengkel membaiki kereta (dianjurkan oleh pihak majlis tempatan) untuk beberapa mingu. Ia sungguh berguna.

Kami telah menggunakan kereta ini untuk menjelajah keseluruhan (hampir2) negara New Zealand dari Pulau Utara hingga ke Selatan. Saya pernah menulis tentangnya disini.

Sekembali dari New Zeland kami membeli pula kereta ini. Anak pula sudah bertambah dan kereta yang luas sedikit amat di perlukan. Kereta ini juga jauh perjalanannya. Berulang alik dari Melaka ke Lumut tugas utamanya. Selepas itu, Teluk Intan dan Lumut pula menjadi perjalanan biasanya. Kereta ini adalah yang paling lama kami gunakan (1985 - 1992).

Kemudian teringin pula merasa memandu kereta Continental, walau kereta terpakai tidak mengapa. Walau bagaimana pun ia dibeli dari kawan yang hendak berkursus ke luar negara. Ia sebagai membantu kawan yang dalam kesuntukan masa untuk mengurukan penjualannya (tetapi harganya takda diskaun juga!!).

Kesilapan dalam membuat pembelian. Nak buat camno, dah nama kawan, semua masalah tanggung sendiri je. Tiga tahun setengah yang bermasalah. Kereta diserah kepada adik ipar untuk dijual semasa hendak berlepas ke Wales untuk sambung belajar pada pertengahan 1995.

Semasa di Wales, kami telah mengunakan kereta jenis ini selama 1 tahun setengah dengan jimatnya.

Enam bulan sebelum balik ke Malaysia saya telah membeli kereta jenis ini untuk di bawa balik. Kereta ini di pesan oleh seorang saudara, kerana saya berhak membawa pulang sebuah kereta di bawah peruntukan AP seorang pelajar, dan saya tidak ada kemampuan untuk membeli sendiri.

Sekembali ke Malaysia pada 1997, dalam keadaan ekonomi yang kurang menyakinkan, kami hanya membeli kereta ini dan digunakan sehingga 1999.

Pada tahun 1999 saya telah bersara secara pilihan dan ditawarkan bekerja di sebuah syarikat dan di sediakan kereta di atas untuk kegunan peribadi dan urusan kerja. Saya tidak kekal dengan syarikat itu kerana pada petengahan 2000, kereta diserahkan dan saya membuka lambaran baru.

Saya memulakan perniagaan sendiri pada Jun 2000, dengan dua rakan kongsi (sleeping partners). Saya menggunakan pula kereta seperti di atas untuk semua urusan.

Syarikat pula telah membeli kereta ini untuk kegunaan saya juga.

Kereta ini dibeli apabila kereta yang dibeli pada 2000 itu kemalangan, pemandunya Alhamdulillah tidak cedera, pada 2004. Isteri masih menggunakan keeta ini.

Pada 2004 juga teringin semula untuk memandu kereta Eropah, syarikat menjual kereta yang lama, dan membeli kereta jenis ini untuk digunakan.

Setelah lebih dua tahun mengunakan kereta tersebut, syarikat sekali lagi menukar kereta kepada jenis seperti di atas (kereta terpakai juga) dan masih sehingga kini, bergerak lancar.

Walaubagaimana pun, kedua-dua kereta seperti gambar di bawah masih belum berpeluang memandunya lagi.


Harga kereta pertama saya pada masa itu ialah RM13,000, dan harga minyak pula pada ingatan saya tak sampai pun seringgit (Petronas belum ada lagi).

Kini kereta semakin mahal, minyak tak usah cakaplah (walaupun disubsidikan). Tetapi kesesakan lalu-lintas semakin menjadi-jadi juga, walaupun banyak lebuh raya dibina dan tol dikenakan. Apa-apa pun selamat memandu dengan cermat, untuk jiwa selamat.

19 comments:

Neeza Shahril said...

banyak juga kereta yang pernah pak zabs pandu ya..
neeza so far, pernah pandu 1 aje jenis kereta yang pak zabs tayangkan tu.. yang lain2 tak sama..
tapi bukan beli sendiri.. sama ada ayah punya atau husband punya..
kereta husband kereta neeza la kan.. heheheh..

acciaccatura said...

salam pak zabs,
wah banyak betul pengalaman pak zabs berkereta ni. pasti banyak juga timba ilmu pasal kereta.
tadi pagi, teruk betul jam. saya lambat ke sekolah setengah jam.

Zabs said...

Neeza: Bagi isteri, selalunya akan berkata, kereta I kereta I, kereta U kereta kita. Betul ke?

Accia: Pagi tadi hujan lebat. Bila hujan semua bawa kereta,tu yang jam teruk tu. Hantar anak ke sekolah tadi pun lewat sikit sampai (7.15), selalunya jam 7 dah berada di sekolah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Wah! Dah bermacam-macam kereta tuan ya.

Kalau kereta sendiri saya baru tukar 2 jenis saja. Tapi kalau kereta syarikat yang dulu - semasa makan gaji - merasa banyak jenis jugalah. Entah bilalah agaknya saya dapat upgrade Skyline celup saya itu ke Nissan Skyline R-34 2008. He he he!

Akmal said...

Pak Zabs,
Peminat SUV and Sport/Luxury Sedan nampaknya, tengok pada kereta-kereta yang pernah dan sedang dipandu tu :)
BMW X5 (ke X3?) tu memang menarik.

Zabs said...

BP: Semua syarikat pembuat kereta sudah sepakat untuk menukar model (kepada lebih baik (kecuali Malaysia agaknya)) setiap tahun untuk menimbulkan minat orang bertukar kereta.
(Entah bilalah agaknya saya dapat upgrade Skyline celup saya itu ke Nissan Skyline R-34 2008). InsyaAllah, masih banyak masa untuk mencapai hajat tu...

Zabs said...

Akmal: Bukan peminat sangat, cuma secara kebetulan berkenan dengan kereta yang dipamerkan.
TX 3 atau 5, dua-dua pun boleh...

KAMATO said...

Dasyat kereta Pak Zab guna, bertukar saja

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I don't drive, so I'm only a passenger.
The best car so far I have been in is the XC90.
We got to use it on our road trips before.
We were the envy of many.

Zabs said...

Kamto: Bukan suka2 tapi prlu ditukar kerana sebab2 tertentu:
a. Berpergian lama.
b. Berpindah balik ke tanah air.
c. Beyond Economical repair.
d. Keluarga berkembang.
e. Memnyokong perusahaan otomobil negara.
f. Dll.

Fauziah: Tentulah dicemburui kerana XC90 itu di atas lagi dari BMW X5, untuk kategorinya.

pB said...

wow ....

wow wow ...


wow wow wow ....

Mior Azhar said...

Salam Pak Zab,
BAnyak kereta yang telah dipandu...alhamdulillah... saya sedari dulu asyik dengan kereta nasional dari saga hinggalah wira dan yang sewaktu dengannya. Berangan memandu kereta besar sudah menjadi kemestian namun sejak dua menjak ni macam dah layu impian tersebut... petrol mahal sangat.

Zabs said...

pB: Bila beli kereta baru seronoknya sebulan je. Bila mula bayaran ansuran bulan pertama je,hilang seronoknya.

Mior: Seperti saya kata pada Kamato, secara kebetulan je dapat memandu sementara kereta2 tu.
Sekarang ni memang nak cari yang 2000cc ke bawah, dapat subsidi RM625 tu.

Kak Lady said...

Salam Zabs...banyak kereta yg zabs dah pandu...Agak-agaknya yang mana paling best? Volvo ke Honda?

Zabs said...

Kak Lady:
Masing2 ada kelebihan tersendiri. Musim minyak mahal ni Honda pilihan saya dari Volvo..

mamadou said...

Assalamu'alaikum

Salut. Anda punya citarasa dan peluang berkereta yang pelbagai. Indahnya kehidupan yang punya peluang kesempatan yang mungkin tidak dinikmati noleh orang lain.

Zabs said...

Mamadou: Sebenarnya tiada nikmatnya jika sendiri yang beli dan membayar ansurannya, dilakuakan kerana ada keperluan, dipaksakan (berhutang).
Lain halnya jika disediakan, minyak dan segalanya ditanggung beres, rasalah sedikit keseronokannya, tetapi, seronok di dunia, hanya sementra....

farah aminuddin said...

Salam uncle,
wah dasyat ye uncle menjelajah NZ dgn kereta tu..hehe =p
mase stay kt NZ dulu keje @ belajar?
btw, thanks sebab bgtau farah psl heater tu..sblm bil letrik jadi sampai NZD200.hu3..
Farah belum sampai lg ke Takapuna..skrg di Auckland central ni je.. kumpul duit dulu baru leh explore satu NZ.insyaAllah..

Zabs said...

Farah: Takapuna tu seberang jambatan tu je. Dulu lalu Jambatan tu kena tol 20 sen je, takde lah sampai berhinggit2 macam kat tempat kita. Bila collection dah cukup diorang hentikan kutipan.
Uncle dulu on Exchange service dengan NZ Navy. Kerja di kapal mereka di Davenport dan Hydrographic Office mereka di Takapuna.
Sekarang tentu senang dapat baranghan halal tak macam dulukan?
Semasa di sana ramai juga student yang selalau datang ke rumah dan hingga sekarang kekal jadi kawan.
Terima kasih kerana datang melawat ke sini.