Monday, July 14, 2008

Secukup Rasa

Saya teringat satu "scene" di dalam salah sebuah filem Sinar Rio, di mana satu pasangan di halau keluar oleh seorang Chef keluar dari restoren miliknya. Kesalahannya ialah kerana meminta sos chili untuk di tambah kepada makanan yang di pesan. Begitu bangga Chef tersebut dengan masakannya, sehingga menjadi marah apabila ada pelanggan yang mahu mengubah rasa masakannya itu.

Tetapi pada pandangan saya ianya tidak mungkin terjadi di restoren2 di Malaysia ini. Restoren2 di sini, dari sekecil2nya hingga sebesar2nya, sentiasa akan memenuhi kehendak kita untuk menjadikan makanan yang kita pesan mempunyai cita rasa kita secukupnya.

Jadi tidak hairanlah jika disetiap meja di restoren2 tersebut telah tersedia sos, garam, kicap atau seumpamanya untuk ditambah kepada makanan yang kita dipesan.

Walau bagaimana pun benda yang disediakan itu berbeza antara satu restoren dengan satu restoren yang lain.

Misalannya di salah satu restoren di Banting, saya dapati ada cecair berwarna putih seperti di bawah disediakan. Pada hemat saya cecair itu amat jarang di perlukan oleh pelanggan, tetapi mungkin tidak bagi pengunjung restoren ini..



Mungkin anda sudah tahu, selain kicap dan serbuk lada putih itu, apakah nama cecair putih itu, yang disediakan untuk menjadikan makanan pelanggan mereka secukup rasa?

11 comments:

Neeza Shahril said...

apa tu yek? cuka ke? ke air masak, nak bagi tawar masakan.. kot la, ada yang tak boleh makan masin hehee..
kat sini, kat fast food pun dia letak cam tu gak, siap ada minyak zaitun (olive oil) lagi.. tapi melayu macam neeza ni tak guna la minyak zaitun tu... kalau boleh letak kat rambut best gak.. hehehe..

Akmal said...

Apa la agaknya benda tu? Anyway, saya tak kisah, asal ada something pedas dan spicy dalam saya punya pinggan dah cukup :P

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Termasuk den, dah tiga orang tanyakan air tu...apa dia?

Berfikir lurus, saya mengagak ianya samada cuka atau air garam.

Zabs said...

Neeza dan Shah: Betul lah cuka, cuma saya tak dapat teka masa tu, terpaksa tanya tauke tu apa bendanya, sebab pertama kali terjumpa.

Zabs said...

Akmal: Bagus jika tidak memilih sangat. Janji halal dan bersih. Jika makan bila lapar semua jadi sedap, dan berhenti sebelum kenyang tentu tak jadi obes. InsyAllah.

NBK466 said...

Oh....ingatkan air zam2 ker aper yg spesel sangat tuh..rupanya cuka..he..he..he..

KAMATO said...

Agak2 ada ke yang tuang cuka dlm hidangan, biasanya perah limau

Zabs said...

NBK: Kalau air Zam Zam saya akan selalulah kesana nanti, tapi cuka tak pa lah. Lebih baik guna limau nipis.

Kamato: Tentu ada pengemarnya. Kalau tidak takkan nak siapkan atas meja lagi. Tetapi setujulah perahan limau lagi baikkan..

Zawi said...

zabs,
Biasanya lada yang dihiris di letak dalam cuka sebagai jeruk. Ada kedai kopi di Kelantan yang sediakan gula dalam bekas untuk tambah pada kopi O atau teh O kosong bila ada pesanan untuk minuman sedemikian. Cara gitu pengunjung bolehlah meletak gula secukup rasa mereka. Macam-macam selera manusia.

Helena said...

helena kalau makan mee.... mesti nak cili jeruk.... best..... hehe

mmm cuka? first time dengar tu....

Zabs said...

Zawi: Di sini pun ada juga gerai yang letakkan gula dan sebagainya termasuk lada jeruk dan serbuk lada merah. Biasanya gerai Mek Kelate lah.

Helena: Chili jeruk, kiranya telah dicukalah tu. Tapi cuka semata-mata saja jarang-jaranglah kan?