Friday, July 11, 2008

Orang Gaji & Hamba

Ada sebahagian dari kita yang beruntung mempunyai orang gaji atau bibik di rumah. Kita menyediakan untuk mereka tempat tinggal, dibayar upah dan juga menyediakan makan seperti mana yang kita juga makan.

Sebagai balasan mereka bekerja seharian dan juga sebahagian dari malam tanpa menggira penat lelah, untuk menjadikan rumah kita bersih dan selesa didiami. Mereka melakukan semua kerja yang dikategori sebagai kerja rumah dengan penuh kerelaan.

Dari membasuh pakaian, mencuci tandas, melipat dan menggosok baju sehinggalah mencuci kereta juga diarah kepada mereka melakukannya.

Mereka akan melakukannya tanpa merungut, kerana itu tanggungjawab mereka. Mereka rela melakukan itu semua kerana upah dan kemudahan yang diberi kepada mereka. Walaupun ada ketikanya dimarah atas kesilapan kecil sahaja, malahan ada juga yang didera dengan teruk sekali, tetapi masih bekerja kerana sesuap nasi.

Itu hanyalah kepatuhan yang ditunjuk oleh orang gaji, tetapi bagaimanakah agaknya kepatuhan seorang hamba pula?

Ya kepatuhan seorang hamba kepada Tuhannya.

Hamba yang dijadikan fizikal yang sempurna, disediakan rezekinya, udara yang percuma untuk bernafas dan serba serbi yang cukup. Disamping itu dijanjikan balasan yang baik untuk segala kebaikannya walau sebesar zarah sekali pun, dan dibalas segala keburukan yang dilakukan, walau sekecil mana pun.

Adakah hamba itu akan ingkar kepada Tuhannya?

Jika orang gaji akan menurut tanpa alasan segala arahan tuan rumahnya, maka hamba pula wajib lebih patuh segala arahan Tuhannya.

Orang gaji apabila telah diberi tugas harian, akan melakukan tanpa disuruh lagi, maka hamba pula tentu akan memperbaiki tugas hariannya dari masa ke masa.

Orang gaji tidak melakukan apa yang tidak disukai oleh tuan rumahnya, hamba pula tentu tidak akan sekali-kali membuat Tuhannya murka.

Tetapi apa yang kita lihat dalam kehidupan di dunia sekarang, hamba ini telah terlalu jauh menyimpang. Hanya kita sendiri yang dapat mengubah nasib kita sama ada di dunia atau di alam yang satu lagi, dengan izin Allah....

11 comments:

zino said...

zabs..
terima kasih dengan tazkirah ni..hanya kita yg boleh mengubah diri kita sendiri..

tapi zino tak ada orang gaji..

myfisol said...

salam pak zabs,

lama x tinggal jejak kat sini..terimakasih diakan perkongsian itu..yelah, kadang2 kita terlupa yang kita sebenarnya juga seorang hamba..

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Terkesan saya membaca entri tuan ini. Apatah lagi saya pun bukan 'hamba' yang sempurna. Masih jauh dari sempurna. :)

KAMATO said...

manusia kadang2 lupa akan dirinya sebagai hamba, terima kasih pak zabs

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks

Zabs said...

Zino: saya ingat nengingatkan diri saya terutamanya.

Myfisol: Jika selalu diingatkan, InsyaAllah, akan selalu beringat.

BP: Hamba yang sedar dirinya tidak sempurna, akan beruasha untuk memperbaikinya. Akan beruntunglah hamba itu.

Kamato: Terlupa itu memang adat manusia, tetapi cepat sedar kesilapan dan menyesalinya akan mudah dapat memperbaiki diri.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Syukran, Jzkk. Memang kita selalu lalai dengan perjanjian kita.

jaflam said...

Salam Zabs,
Bukan Melayu aja mudah lupa .... manusia semuanya mudah lupa.... pada janji mereka di jannah sebelum diturunkan ke bumi.

Semoga kita sentiasa berpesan pesan dengan kebaikan .... dan imarahkan amal sebagai bentang diri.

Zabs said...

Shah CA: Hanya sedikit yang dapat saya ingatkan. Jika baik boleh dijadi ikutan dan jika tidak saya sedia dipeerbetulksn.

Jaflam: Janji itu yang kita jarang diingatkan. Ilmu yang banyak perlu diamal, beramal pula biar berilmu. Walahua'lam

Neeza Shahril said...

masaalahnya sekarang, 'hamba' ni tak sedar yang dianya hanya hamba... dan bukan orang gaji.. apatah lagi tuan..
sekarang ni 'hamba' ni dah berlagak macam tuan.. seperti dunia ni aku yang punya.. aku tak akan mati.. suka hati aku nak buat apa..
semoga kita jadi hamba yang bertaqwa..

Zabs said...

Neeza: Amiin kepada doa Neeza itu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa hamba2Nya ini. InsyaAllah.