Thursday, August 28, 2008

Minyak - Naik dan Turun

Mungkin ramai dari kita (termasuklah saya) menyangka taukeh stesen minyak selalu untung sahaja. Sebenarnya mereka juga mungkin menghadapi berbagai masalah dalam perniagaan mereka, terutama sekarang semasa harga minyak yang terlalu tinggi di pasaran.

Mereka memerlukan modal pusingan yang tinggi, kerana perlu membayar tunai setiap minyak yang mereka isi ke dalam tangki simpanan mereka. Setiap tiga hari misalnya mereka menerima bekalan minyak sekitar 300,000liter (RM753,000). Jika mereka mendapat komisen 19 sen/liter misalannya, keseluruhan komisen yang mereka boleh dapat sebelum ditolak perbelanjaan lain adalah lebih kurang (RM57,000). Mungkin ia sesuatu yang menguntungkan jika harga meningkat dan mereka masih mempunyai bekalan yang dibeli pada harga yang lama (rendah).

Tetapi sebaliknya jika mereka baru sahaja mengambil bekalan 300,000 liter pada harga yang mahal, tetapi esoknya harga jualan kurang 15 sen. Bermakna mereka akan kerugian (RM45,000). Jika perkara ini berlaku setiap bulan, akan cepatlah berkurangnya stesen minyak yang ada di negara kita ini.

(Gambaran Hiasan Dari Internet)

Selain perlu menghadapi risiko sebegitu, mereka juga perlu modal pusingan yang agak tinggi, kerana perlu berurusan secara tunai, tiada kredit dibenarkan untuk urusan minyak. Mempunyai wang tunai yang banyak juga mengundang satu lagi risiko yang lain.

Kini saya baru faham kenapa tempuh hari, apabila ingin memudahkan urusan penggunaan minyak yang agak banyak untuk satu projek, saya diberitahu tidak boleh berurusan secara kredit, walaupun akan membayar setiap minggu. Sebaliknya kami pula yang perlu membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu, kepada stesen minyak itu.

*Angka-angka itu adalah anggaran saya sahaja. Mungkin betul dan mungkin pula ia lebih/kurang dari itu. Harap maklum.

***************************
Semasa melalui satu persimpangan jalan, anda melihat kesesakan di sana kerana lampu isyarat tidak berfungsi. Adakan anda akan memberhentikan motosikal anda di tepi jalan dan mengambil-alih tugas mengawal laulintas di sana?

Ya, begitulah yang dilakukan oleh pemuda berbaju hitam di tengah2 tu. Dengan penuh semangat dan teratur beliau memberi arahan/isyarat kepada kenderaan yang bertali arus di persimpangan itu. Dengan tindakan bijaknya itu, kenderaan dapat berjalan dengan lancar, tidak berebut-rebut seperti yang biasa kita lihat apabila ada kerosakan lampu isyarat berlaku. Tahniah kepada orang muda itu.

(Lampu isyarat di persimpangan jalan itu selalu rosak sejak kebelakangan ini, kerana mungkin disebabkan oleh kerja-kerja meluaskan jalan sedang rancak dijalankan).

19 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tan.

Semasa mula2 saya membaca "Mungkin ramai dari kita menyangka taukeh stesen minyak selalu untung sahaja (termasuklah saya)", saya ingat tuan juga tauke stesen minyak.... He he he.

Saya rasa kalau pun saya ada duit sebanyak itu pun, belum tentu saya sanggup ambil risiko buka stesen minyak. Kalau saya-lah. :)

ZABS said...

W'salam BP, Penyusunan ayat yang kurang cermat buat orang keliru, tetapi membuatkan mereka berfikir. hahaha...
Saya pun takkan berbuat begitu... tambahan pula memang pun takda duit sebanyak itu....
Kalau saya ada sebanyak itu, tentu dah simpan di TH, dan boleh ambil RM3,000 setiap bulan, tanpa mengurangkan jumlah asal itu selama-lamanya.
Kalau anda ingin bersara dan ingin berbelanja sebanyak itu setiap bulan, perlulah ada simpanan sekurang2nya RM800,000 sebelum bersara nanti. Walahua'lam.

Azlan Zed said...

sebelum minyak turun, isi rm50 -> tangki separuh. lepas minyak turun, isi rm50 -> tangki separuh jugak! hurm, macam x de effect...

p/s: dengar citer nak turun lagi, hurm macam2... :)

ZABS said...

Alan: Turun 15 sen, kalau isi RM50 dapat lebih 1.1 liter je.
Mereka nak turunkan minyak, takut mereka diturunkan oleh DSAI nanti...

Mak Su said...

saya jadi keliru

ZABS said...

Mak Su: Kita memang sudah lama dikelirukan, sudah lebih 50 tahun agaknya...Hehehe...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Mengenai stesen minyak itu, ada betulnya. Namun dalam perniagaan mana pun - terutamanya trading - risiko sebegitu, lebih lagi dalam keadaan di mana harga supply tidak menentu. Sekitar tahun 2000-2001, harga kertas cetakan bertukar setiap hari di Malaysia, manakala di Indonesia ianya bertukar setiap jam.

Neeza Shahril said...

betul tu.. sebab tu kalau orang tak pandai manage duit, memang cepat aje stesen minyak kena tutup. biasanya orang yang buat duit dengan buka stesen minyak ialah orang yang kedekut dan akan berada di kaunter tu (dan bukannya upah orang lain). hehee..

baik hati pemuda tu.. mulia betul apa yang dia buat.. menyenangkan semua orang.. tapi kan, kalau lah apa2 jadi kat dia (kena langgar ke) masa buat kerja tu, insuran takde.. agaknya pihak berkuasa nak bertanggungjawab tak? kesian kan.. tugas yang patut dibuat oleh pihak berkuasa tak dibuat... :(

ZABS said...

Shah: Betul kata anda itu. Tentang kertas cetakan pula, kawan saya pernah mengalami perkara yang sama, bukan sahaja harga kertas naik, ia pula diimport dari UK dan tukaran pound sterling juga turut meningkat sama.
Untuk mengelak dari di senarai hitamkan, terpaksa juga membekalkan kertas cetakan tersebut, walaupun mengalami kerugian yang lumayan juga.

ZABS said...

Neeza: Kejujuran tu penting. Kalau tak percaya dengan pekerja dan semua benda sendiri nak buat, perniagaan tak boleh berjalanlah jaginya.
Tentang pemuda tu, kerana niatnya nak menolong, semoga Allah membantunya pula.
Pagi tadi saya lalu di jalan itu lagi dan sesaknya bertambah2, pemuda itu tidak lalu disitu agaknya. Saya terpaksa berpatah balik mencari jalan akternatif...

Kerp (Ph.D) said...

bukan setakat pembeli je yang marah pada gomen, tapi retailer pun sama. sebabnya? setiap keputusan dimula dengan flip, kemudian berubah-ubah, flop.

kena sangat la tu.

ZABS said...

Kerp: Bila sudah terdesak, siapa pun akan buat keputusan yang tidak menentu, tu yang jadi flip-flop tu...
Semoga kita di jauhkan dari berbuat demikian, juga pemimpin sedemikian di masa akan datang.

NBK466 said...

Emmm..susah jugak ek jadi saudagar minyak nie.... Nampak jer cam senang MASYUK..

p/s : den pun memula ingat zabs taukey minyak..buleh gak pau setangki dua penuh..he.he.he..

13may said...

salam uncle,
masing2 perniagaan ada risikonya tersendiri kan :)

btw, saya amat tertarik dgn 'polis trafik' tuh....saya pun belum tentu boleh buat begitu :)

ZABS said...

NBK: Seperti kata May, semua bisnes ada risiko tersendiri. Cuma yang ni modal pusingan terlalu tinggi dan pousingan terlalu cepat tapi untungnya tetapi pulangan tak sampai 10%, anggaran saya.
Dalam keadaan sekarang saya tak mau jadi taukey minyak....

May: Betul sekali. Kalau tak mahu dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...
Saya tengok dia buat kerja macam dah biasa je... Mungkin dah biasa kot!...

jaflam said...

Salam Zabs,
Yang selalu turun naik ni dinamakan tidak stabil, begitulah agaknya perasaan orang yang melaksanakan sistem tersebut. Macam bursa saham saja gayanya.

Abahnajwa said...

Zabs..

Cakap pasal stesyen minyak teringat masa praktikal kat syarikat BP dulu..berurusan dengan konsep "COCO" (Company Owned COmpany Operate)dan "CODO" 9Company Owned Dealer Operate.

Lenguh buat traffic counting kat PJ nak buat analysis turn in ratio against overall traffic..Fenin melayan C-Store retail and vendor supply chain..kikiki..

Best yek jadi tokey?

Mintak izin link blog Zabs kat blog abah ya..?

ZABS said...

W'salam DJ. Sebelum mereka beria-ia kata nak selaraskan harga setiap bulan mulai Sep. Yang pi turunkan harga seminggu sebelum tu, kenapa? Sebab Permatang Pauh ke agaknya?...

Abahnajwa:Tokey minyak mungkin ada yang fenin agaknya. (Saya bukan tokey - ada dua kawan yang jadi tokey minyak ni.)
Nak linkkan? Ok. Saya pun akan link abah juga. Bolehkan?

aNIe said...

Salam zabs...begitulah dlm dunia perniagaankan...ada naik turunnya...kene berani menanggung risiko...

Selamat Berpuasa dari kak lady buat Zabs sekeluarga...semoga Ramadhan kali ini dpt kita lalui dgn penuh ketaqwaan..dan semoga segala amalan kita di berkati ALLAH....