Tuesday, August 19, 2008

Rumah Ter/Dibiar

Semasa pergi ke Pulau Indah berhampiran Pelabuhan Kelang tempuh hari, agak terkejut melihat betapa banyaknya rumah yang tidak didiami walaupun telah lebih setahun disiapkan.

Terdapat puluhan rumah yang agak baik buatannya ini terbiar begitu sahaja.
Kebanyakannya telah ditumbuhi lalang dan semak yang hampir setinggi manusia.

Hanya beberapa buah rumah sahaja yang kelihatan berpenghuni.

Selainnya, lebih 80% (pada anggaran saya) masih kosong sekosong-kosongnya.

Dari apa yang saya diberitahu, projek ini telah dimulakan pada tahun 1998 dan hanya disiapkan pada 2007. Mungkin kerana kelewatan projek ini disiapkan, membuatkan keterujaan para pembelinya telah hilang untuk mendiaminya.

Apapun bagi pembeli yang telah membuat pinjaman untuk membeli rumah-rumah ini, samada dari kerajaan atau bank, tentu telah lama mula membayar ansuran bulanan pinjaman mereka.

Jika tidak menduduki rumah ini tentunya mereka telah tinggal di rumah lain yang mungkin disewa dalam tempuih tersebut. Ini bermakna mereka terpaksa membayar sewa dan ansuran pinjaman sekaligus.

Sebelum kawasan perumahan itu dimajukan, beginilah keadaan sebahagian dari kawasan tersebut.

Kawasan bakau ini telah hilang sebahagiannya untuk dimajukan, tetapi apabila rumah sudah siap tidak pula dimanfaat sepenuhnya.

18 comments:

Kerp (Ph.D) said...

cantik2 jugak rumah2 tu. tapi saya rasa lah pak zab, penjualan unit mungkin tak dapat sambutan salah satu faktor rumah2 tersebut tidak berpenghuni. kemungkinan lokasi yang tak digemari ramai. pulau indah ni kalau ikutkan dekat dgn banting/pulau carey, betul ke?

ZABS said...

Kerp: Begitulah agaknya apa yang telah terjadi. Strategi yang tidak menjadi.
Bandar terdekat ialah Pelabuhan Kelang. Di pulau ini juga terdapat Pelabuhan Barat (West Port), Star Cruise's Terminal dan Pusat Hidografi Negara.
Pulau Carey hanya bersebelahan sahaja dan bandar Banting lebih kurang 25 minit dengan kereta.

Neeza Shahril said...

mungkin orang yang kerja kat situ tak berminat nak beli rumah kat situ kot. dan kalau nak sewa, mahal pulak. Jadi, baik lah diorang sewa di banting, lebih murah.. tuan yang beli, terpaksalah bayar je tiap2 bulan sebab diorang mungkin kerja jauhhhhh di KL... agaknye laaaa...

Mak Su said...

sayangnya rumah-rumah itu uncle zabs, ek, tentu bukaannya agak luas dan lapang (kot?), kalau dekat ngan tempat kerja saya, tentu saya sambar satu

ZABS said...

Neeza: Banyak kemungkinan yang mungkin telah terjadi. Yang pastinya, tentu ramai yang telah kerugian dan mungkin juga berlaku pembaziran.

Mak Su: Kerana jauh dari tamadun agaknya, itu yang kurang mendapat sambutan kot? Luas tu tak [asti ta[i mungkin bukaannya lebih kurang 20'x 70' kot?

zino said...

sayang nya rumah2 tu tak berpenghuni.. kalau di KL tentu berebut ..

Anonymous said...

salam

emm sayang kite tengok rumah terbiar tak berpenghuni macam tu...

bagi kite la mungkin orang tak berminat nak membeli lot rumah kat situ pasal jauh daripada tempat keje. tetambah2 lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni...

ZABS said...

Zino: Kalau di KL, harga pulak tak termampu orang nak beli..

Manje: Bgitulah realiinya. Orang ada umah tak mahu nak duduk di situ. Orang takda rumah dalam reban ayam pun mereka sanggup tinggal.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Inilah dia sedihnya realiti kehidupan hidup di bawah sebuah pentadbiran yang mementingkan duit sahaja tanpa membuat kajian ke atas ekosistem mahupun kewajaran sesuatu projek (samada kawasan atau pemaju itu sendiri). Banyak projek diluluskan di atas tanah simpanan dan hutan (walaupun belukar atau bakau) yang menyumbang kepada ekosistem, tapi tidak diendahkan oleh pentadbit (kerajaan lama).

Lebih sedih, setiap negeri sebenarnya sudah lama wujudkan pelan induk yang disediakan oleh kakitangan awam yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Namun, pentadbir negeri yang lama tidak menghiraukan langsung pelan induk itu.

Kes seperti ini juga terdapat di utara negeri Selangor seperti di Bandar Baru Sungai Buaya dan Bukit Beruntung (tak silap sayalah).

Kaktiny said...

sayangnyer rumah lawa tapi terbiar camtuh.. kesian pada pembelinya.. sakit nak bayar duit bank tuh..

lokasi tak strategik kot.. (kalau kat tengah2 bandar KL - berebut2 dah org duduk rasanya.. agaknyerlah..)

ZABS said...

W'salam Shah,
nampak begitulah yang terjadi. Seronok nampak juta2 semasa nak mula projek. Laku ke tidak rumah tu, viable ke tidak projek tu tidak diambil kira. Mata dah nampak $$$$$ sign je...

ZABS said...

Kaktiny: Memanglah sakit, tapi dalam hal ini pembeli pun kenalah fikir dulu sebelum membeli! Membeli rumah adalah satu pelaburan ynag besar, mungkin sekali seumur hidup, jadik kena fikir dengan baik. Kalau tidak, sesal dulu pendapatanlah, sesal kemudian, bayar pinjaman .....

Azlan Zed said...

er, satu lagi projek barisan nasional..? ;)

jaflam said...

Salam Zabs,
Itulah Pu Indah yang tak berapa nak menjadi. Mungkin ia lebih sesuai untuk kawasan industri & pelabuhan sahaja.

Kawasan perumahan telah banyak disepanjang lebuhraya Pu Indah ke KL.

anggerik merah said...

Salam Pak Zabs,

Sedih mengenangkan rumah yang terbiar tu... sangatlah rugi..

Berbesar hati dapat jumpa Pak Zabs, bersama -sama dengan Pak Payne, Jo dan mamarock tadi. Maaf saya terpaksa cepat beredar mengejarkan meeting dengan bosses saya di pejabat. Saya akan mengunjungi blog pak Zabs membaca cerita yang menarik bila ada kelapangan.

Isyaallah panjang umur kita jumpa lagi. Pejabat Pak Zabs tak jauh dari rumah saya di Wangsa Melawati.

Salam
Anggerik Merah.

ZABS said...

Alan: Satu lagi projek untuk rakyat yang tidak mesra rakyat kot?

ZABS said...

DJ: Pemaju syok sendiri je kot? Ada banyak lagi pembangunan yang serupa. Ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menetu sekarang, banyak lagi projek akan menjadi begini.
Tapi biasalah, dalam perniagaan, ada masa untung dan ada ketikanya rugi.
Tetapi jika telah dibuat sedikit analisa mungkin kerugian dapat dielakkan atau dikurangkan. Wallahua'lam.

ZABS said...

W'salam Anggerik Merah (AM). Terima kasih kerana sudi menjengok saya di sini.
Saya pun begitu, rasa gumbira (kata Aziz Sattar) dapat mengenali AM dan yang lain2nya semalam. Terima kasih kepada PP kerana usahanya itu dapat kita bertemu walau sekejap. Bertamabh lagi blog yang akan saya lawat selalu nanti.
Saya selalu juga ke kawasan AM itu, kerana ada adik ipar tinggal disana (rumah tepi hampir dengan hospital ATM itu).