Thursday, August 21, 2008

Pertemuan 2

Saya mula mengenali kawan blogger ini melalui nama Idham. Sering membaca N3 nya yang amat menarik penulisannya dan mengikuti perkembangannya melalui blog ini sehinggalah beliau dan keluarga berhijrah ke Dubai dan mengendalikan satu lagi blog, di sini, dengan nama pena Pak Payne (PP).

Hampir terlepas jemputan (yang dibuat melalui komen diblognya) untuk berjumpa, kerana dua hari tidak masuk ke situ. Apa pun jika sudah tersurat, akan bertemu juga.

Amat menghargai usaha beliau untuk menjadikan pertemuan ini satu kenyataan, pada waktu yang sesuai dan di tempat yang amat mudah pula untuk saya pergi.

Pada pertemuan itu saya juga buat pertama kali bersua muka dengan blogger mamarock, anggerikmerah dan jokontan.


Walaupun telah pernah melihat nama2 tersebut ketika mengomen di blog PP tetapi belum pernah pula membaca blog2 mereka sebelum pertemuan itu.

Pertemuan pada waktu makan tengahari, tidak sah kalau tidak makan. Jadi berjamulah kami disitu, kecuali anggerik merah yang terpaksa meninggalkan kami lebih awal. Kami memilih hidangan masing2 tetapi PP yang dengan murah hati membayarnya. Terima kasih PP.

Hidangan yang tidak bertuan tu sayalah yang punya. Kerana kegembiraan dapat bertemu dan berbual, ada makanan yang tidak dapat dihabiskan.

Empat bloggers yang pertama kali saya temui pada 20.08.2008. Untuk pengenalan teka2 lah sendiri, kerana saya tidak ada meminta kebenaran untuk menuliskan nama mereka di sini. Harap maaf. Kepada PP tak pe kot, kerana wajah hensemnya ini telah selalu terpapar di blognya.

Selepas makan kami minta diri, oleh kerana PP ada banyak lagi urusan yang hendak dilakukan. Beliau hanya tinggal kurang seminggu lagi untuk pulang ke Dubai. Sungguh cepat rasanya masa berlalu.

Semoga segala urusan beliau dapat diselesaikan dengan baik, dan selamat berangkat pulang. Semoga berjumpa lagi, PP dan juga blogger baru yang telah saya temui itu.

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Bila pula giliran untuk kita dapat berjumpa ya..?

:)

Akmal said...

Macam biasa, mesti seronok jumpa orang yang kita kenal online aje kat luar sana :)

Mama Rock said...

hahaha...terkejut saya nampak gambar2 itu :)

Zabs said...

W'salam BP. Bila anda berada di kawasan pejabat saya, silalah hubungi. Ada rezeki akan berjumpa juga.

Akmal: Anda telah mengalami. Setiap kali akan terasa begitu.

Mama rock: Tidak mengapakah gambar itu dikeluarkan? Jika mahu saya boleh buat pengumuman, gambar tersilap letak, dan hentikan tayangan. Hehehe...

Pp said...

zabs.. :-)

seronokkkkkkkkkkkkk saya dapat jumpa sdr zabs, MR, AM, dan Jo. Memang rasa terlalu singkat waktu. maaf juga kerana terpaksa tergesa2 di ahir pertemuan. begitulah - cuti saya pun amat pendek dan dalam masa itu terlalu byk urusan.

saya mohon supaya kita kekal dalam persaudaraan.
masih byk pengalaman ZABs sendiri yang ingin saya dengari....

Pp

pB said...

akhirnya berjumpa jugak Abe Zabs dengan Abe Payne ...

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
The other half bumped into a blogger who read about him on my blog at Friday prayers today. Ironically, I haven't met the blogger myself, only knowing him through comments he left on my postings.
The blogsphere has certainly expanded our network of friends far and wide.

Zabs said...

PP: Kalau anda seronok, saya lebih seronok lagi, kerana walaupun anda mempunyai masa yang suingguh terhad, sudi meluangkan masa untuk bertemu kami.
InsyaAllah semoga persahabatn yang terjalin akan bertambah akrab.
Banyak yang boleh di kongsi dari pengalaman berharga tuan itu..

Zabs said...

pB: Ikan di laut asam di darat, di Aseana Cafe bertemu pula. Heheheeh.. Seronok. Bila pula agaknya daat merasa pulut bakar original ya?

W'salam Fauziah. Begitulah kemajuan teknologi sekarang ini. Bergantung untuk apa tujuan ia dilakukan. Jika tujuannya baik, InsyaAllah, baiklah yang kita terima.
Semoga your other half terus bertambah baik kesihatannya.

ruby ahmad said...

Salam Zabs,

Oh bloggers berjumpa? It does look that it was a nice meet. Saya sempat bertemu dengan blogger juga baru2 ini, tapi one to one, sebab girl & girl, terlalu banyak nak exchange (gossip) ..ha ha. Take care.

Sastri said...

salam uncle...

saya tertarik dengan makanan yang terhidang itu... nampak sedap belaka...

Zabs said...

Ruby: It was a pleasant meet. Walaupun sekejap tapi mesra. Sambil makan dan bercerita (takda gossip lagi..hehehe).
One to one lagi seronok agaknya, kerana boleh focus dan get to know more about her/him.

Zabs said...

W'salam Sas,
Memang nampak sedap. Dan rasanya pun sedap (yang saya punyalah). Yang lain saya tak rasa, tapi dari reaksi, nampak sedap juga...