Wednesday, August 06, 2008

200: Rambut Oh Rambut

Kebelakangan ini saya selalu mendengar satu iklan dari radio yang terletak terlalu hampir dengan tempat kebakaran, tentang keguguran rambut.

Menurut fakta yang diberikan, kita keguguran antara 40 ke 100 helai rambut sehari. Purata kita mempunyai antara 100k ke 150k helai rambut di kepala. Jika betul seperti fakta yang diberikan, orang yang telah berumur seperti saya ini, tentu akan kelihatan begini semuanya sekarang.


Tetapi realitinya masih ramai yang telah berusia lebih dari saya, tetapi masih mempunyai banyak rambut seperti Mantan Pak Menteri ini, (okey, setuju, contoh yang kurang tepat).

Mungkin rambut Mantan PM kita ini adalah contoh yang terbaik.

Hakikatnya keguguran rambut pada keadaan biasa, mengikut kajian baru yang telah dibuat, adalah lebih kurang 20 ke 50 helai sahaja. Ia pula berganti mengikut kitarannya setiap 5 tahun. Jika kita mula keguguran 100 helai rambut sehari, ini adalah pertanda kita akan menjadi seperti Encik Kojak di atas. Tulisan di sini mungkin boleh memberikan penerangan lebih lanjut tentang keguguran rambut ini. Semoga ia dapat membantu.

Kepada pembaca yang mungkin sensitif tentang rambut, saya mohon maaf. N3 ini hanyalah bertujuan untuk mengingatkan kepada mana-mana media supaya fakta yang ingin diberi biar tepat dan tidak mengelirukan. Walahua'lam.

24 comments:

Neeza Shahril said...

okay gak issue ni pak zabs. neeza ni rasanya gugur lebih banyak dari tu. banyak faktor.. faktor air (kat sini air masin sikit), faktor umur (dah nak tua neeza hehhe), faktor stress (jaga 3 anak kat rumah letih nya laaa) dan faktor tak minum banyak susu.. padan muka.. orang suruh minum susu tak nak hehehe..

ZABS said...

Salam Neeza,
Salah satu kebaikan memakai tudung. Rambut dan botak ke, dah penuh uban ke takde siapa yang boleh komen. Kecuali suami dan anak2 je!Hehehe...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Hehe...den sobonarnya, kalau leh memang nak botak! Tapi, taknaklah kena cukur selalu...boring bercukur ni! Kalau botak, jimat duit tak perlu beli shampoo (ni tiap hari kena shampoo!) dan tak risau rambut tak kemas - sapu minyak, asal berkilat botak tu, bes! Cuma, takut pula satu masalah lain timbul - peminat orang botak! lol!

zino said...

zabs..
kat opis tu ada sorang tu selalu pakai songkok.. so ramai le yg puji dia.. baru baru ni baru pocah rahsia rupanya dia dah macam kojak tu ..

ZABS said...

Shah: Tak payah cukur, mnta gunting guntng guna shaver setting No. 1.
Memang rambut pendik senang diurus. Tapi janggjavascript:void(0)
Publish Your Commentut kena biar tumbuh sikit.

Zino: Terpulang kepada dia apa niat dia pakai songkok tu. Kita sangka baik je, ok!

Unknown said...

Salam Zabs,

Sasiapa keguguran rambut yang terutama kaum lelaki amat bertuah buat masa ini. Kenapa? Sebab style 'tiada rambut' amat lah 'IN' sekarang ..he he. Bagi kaum wanit susah lah sikit.

Saya ketawa besar melihat example yang kurang tepat tu...LOL. Tun Mahatir amat bagus rupa bagi sasaorang yang berusia lebih dari 80 tahun. Well done Tun.

Unknown said...

Salam Pak Zabs,
Botak, stylo jugak tu :) Tapi rasanya saya taknak haha.
Pak Zabs penah botak ke?

Unknown said...

pakzabs...:-)

saya ada di malaysia...jika sempat bertemu boleh la kita tanding2 rambut heheehe.

pls use 013 3603099

pp

ZABS said...

Ruby: Trend begitu datang dan pergi. Teringat dulu semasa siri Kojak sedang hangat di TV, ramai jejaka botak berkeliaran. Kini Mawi (walaupun tidak botak terus)membawa trend itu semula agaknya.
Saya ada dua kawan yang mendapat gelaran Kojak dihujung namanya. Seorang botak (original) terus dan seorang lagi separuh saja dan bukan kerana dicucur.
DR M seorang doktor betul menghayati ilmu kedoktorannya dan banyak ilmu2 lain lagi.

ZABS said...

Akmal: W'salam. Ikut kepala juga. Ada kepala tu tak stylo langsung kalau botak.
Saya pernah bercukur botak, seingat saya dua kali. Semasa buat Umrah sekali dan Haji sekali. Nanti saya letakkan dan blok sekejap. Hehehe...

PP: Dapat tahu dari blog Zawi, anda akan ke Kota Bharu. Saya tak kemana dalam bulan ni. Akan berada di KL sahaja. Kalau PP dah balik KL nanti, boleh jumpa di NZ Wangsa Maju atau di mana2. InsyaAllah.

Neeza Shahril said...

husband neeza dok complain rambut neeza banyak gugur sebab dia yang kena kutip.. neeza cakap, botakkan je lah rambut neeza.. dia kata, haaaa.. bagus gak tu hehehee..

zaitgha said...

this is sensitive issue at home ha ha ha....what to do hereditary , my FIL dah almost gone the hair at 72 and the son is catching up very fast at 41 he he

selamat berhujung minggu Pak Zab

pelayar said...

Neeza: Perempuan tidak boleh menyerupai lelaki dan begitulah sebaliknya. Rambut mahkota wanita kan?

Zai: Hereditary, setuju lah tu. Arwah bapa saya semasa meninggal umur 67, rambut masih banyak lagi dan sedikit2 saja uban yang tumbuh. Alhamdulillah, saya pun masih banyak rambut hitam lagi.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan,

Ada juga lelaki yang lebih kacak bila tak berambut. Kojak misalnya. :)

zabs said...

BP: W'salam. Ya nampaknya begitulah. Tapi ada juga yang sentiasa kacak samada berambut atau tidak, BP@JP misalnya...

Unknown said...

Salam Zabs,

Woo..saya tak kenal bila melihat wajah avatar Zabs yang terbaru. Chewah...Zabs spotting latest hair style nampak gaya nya. Caya lah! Boleh boleh, ada gaya, ada style. Thumbs up!

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Sebenarnya sebagai pesara Pak Zabs ni orang kata, 'tak makan tua'. Rambut 'full' lagi dan masih item tanpa pengawet. Alhamdullillah lah tu.

Pak, kapan pindahnya ke Kota Kuning-kuningan tu Pak? Tahniah!

ZABS said...

Ruby: Maaf kerana memberi impresi yang salah. Sebenarnya gambar tu semasa saya buat umrah pertama pada 2001. Saja nak buat bandingan dengan Kojak di sebelah tu. Hahaha..

ZABS said...

MS: Alhamdulillah. Rambut keras macam saya ni mungkin tahan lama kot? Kalau rambut ikal mayang, kekadang cepat sikit gugurnya.
Masih berkira-kira lagi. Tapi paling cepat pun kalau pindah, tahun hadapan agaknya. InsyaAllah.

Unknown said...

Yeaaa itu diaaa! Memang style!

ZABS said...

Akmal: Tu tujuh tahun lalu. Pipi masih tegang lagi. Sekarang kalau botak, kulit kepala pun dah berkedut kot? Hahaha....

Neeza Shahril said...

takkan neeza nak botak rambut.. eeeee... buruknya rupa nanti hehehee..

ZABS said...

Neeza: Rupa buruk takpa jangan perangai buruk, sebab ia boleh diperbaiki.

blackpurple @ jowopinter said...

Tuan, ha ha ha!