Tuesday, August 26, 2008

Pertemuan 3

Hari ini saya dan Pija (anak bongsu saya), mencuba menu di restoren ini, setelah sekian lama tidak ke sana bersamanya. Sambil menunggu makanan, Pija menunjukkan kepada saya, seorang personaliti yang sedang makan bersama rakannya, duduk jauh di belakang dua orang berbaju putih di hadapan kami.
Ini gambar close-up terbaik yang saya dapat rakamkan. Mungkin mereka baru pergi ke pejabat satu production house yang berhampiran agaknya.

Apabila makanan telah dihidangkan saya dan Pija mula makan bahagian masing2 dahulu. Seperti biasa saya juga perlu menghabiskan makanan Pija yang selalunya banyak berbaki. Ini mungkin salah satu punca , kenapa berat badan saya tidak mahu menurun agaknya.

Semasa saya cuba menghabiskan makanan Pija itulah, seorang wanita menghampiri meja kami dan bertanya, "Zabs ke?" "z-a-b-s," ulangnya lagi, apabila mendapati saya tidak terus menjawab, kerana mulut sedang penuh.

Akhirnya saya dapat mengiakan soalannya itu, tetapi saya pula tidak tahu siapa wanita ini yang dengan ramahnya menyapa saya. Seingat saya tidak pernah lagi berjumpanya di mana-mana.

Beliau memberitahu nama singkatannya dan saya terus tahu beliau adalah tuan punya blog ini. Dalam kejutan kerana tidak menyangka akan berjumpa rakan blogger yang selalu saya baca N3 nya ini, saya tidak terbuka mulut untuk mempelawa beliau makan bersama, dan beliau pula memilih untuk duduk di meja berhampiran. Maaf MA.

Kami sempat berbual sementara beliau menunggu anaknya Abang, habis tution, dan makan bersamanya. Walaupun ada banyak perkara yang boleh dibualkan, masa tidak mengizinkan untuk berlama. Pija pula sudah nampak keletihan setelah seharian di sekolah. Kami minta diri untuk pulang setelah selesai makan. Begitulah jika ia sudah satu suratan, di mana saja pun boleh bertemu.

11 comments:

Kak Teh said...

zabs, kak teh dah dapat berita pertemuan ini lebih awal. maklumlah zaman teknologi sekarang ni - semuanya dapat dengan segera walaupun beribu batu jauhnya.

Harap kita juga dapat berjumpa lagi di suatu masa kelak. Selamat berpuasa dan salam saya dan suami kepada zabs dan isteri dan keluarga.

MA said...

Salam Zabs - Haha..maaf kalau membuat anda hampir tercekik ketika makan tadi. Saya pun sebenarnya memang nak duduk di meja sebelah tadi cos waiting for my son to arrive - tak sesuai rasanya saya intrude your privacy while you and your daughter sedang makan.


Saya terpaksa mengeja z-a-b-s sebab tak sure sebutannya samada zahbs atau zehbs. Hehe...



Ha ha ha..

Anyway, it was a great pleasure meeting you tadi. Insya Allah, jika terjumpa lagi - don't be a stranger, okay.

ZABS said...

Kak Teh: That was fast. Terkejut juga, sebab tidak sangka boleh berjumpa.
Seperti kata Kak Teh, teknologi sekarang sudah jadikan dunia semakin "kecil". Ada kesempatan, InsyaAllah, berjumpalah nanti. Salam untuk AG dan keluarga..

ZABS said...

MA: Nama itu adalah singkatan dari nama penuh saya dan sebutan yang saya fikirkan ialah zahbs. Tetapi kalau nak sebut zehbs pun boleh.....
Sekarang sudah ada muka yang boleh diingat, kalau berjumpa, tentu boleh ditegur dengan "confident".

Neeza Shahril said...

hehehe... kawan tegur tak nak offer makan yeeeee.. hehee..
kalau neeza jumpa pun mungkin boleh kenal.. jgn tak ngaku pulak yeee.. ;)

pB said...

kecik jer dunia nie ....


bila dah berblog , alhamdulillah , makin ramai kawan ....

ZABS said...

Neeza: Tergamam sekejap, tak terkata. Lagi pun saya jenis berat mulut sedikit kalau dengan wanita... haha...
Begitu juga kalau Neeza yang tegur agaknya, mula2 tentu terkedu juga, tak dapat nak kata apa2 sekejap.. Lepas tu mesralah juga..

pB: Ya, lagi pula gambar saya dah selalu terpapar di blog, adalah yang dah kenal muka itu..
Mungkin ada yang dah jumpa tapi tak sempat nak tegur je...

RUN WITH THE WAVE said...

Salam sejahtera. Layarilah laman web saya di www.runwiththewave.com
Terima kasih...

Kerp (Ph.D) said...

pak zab,

bila berblog, secara tak lansung kita jadi mcm celebrity...alaa,,,mcm dlm gambar tu...hehhe...

bukan nak syok sendiri tapi pernah jugak dua-tiga kali orang yg tak dikenali tegur saya...katanya pernah nampak dlm blog. ok la, nak jadi celebrity, berlakon tak pandai, menyanyi lagi hancur. tulis mengarut pon ada gak org kenal...hehehe

ZABS said...

Terima kasih run with the wave. Dah banyak sangat mengharung ombak semasa muda2 dulu.

Kerp: Dulu terpilih bidang yang takda glamour. Sekarang dapat rasa glamour sikit2 jadilah ye! Hahahaha.. perasaan lah pulak..

Azlan Zed said...

wah, dah jadi selebriti blogger pula... hehe... :)