Friday, August 15, 2008

Kerang - Sungai Buluh

Saya bercadang untuk pergi ke Kuala Sg Buluh sambil melihat kawasan tersebut bersama seorang kawan beberapa hari lepas. Oleh kerana beliau dari P/Klang dan saya belum pernah ke sana lagi saya menyarankan beliau datang di pejabat saya di Wangsa Maju dan pergi bersama dari sana (saya mengandaikan Kuala Sg Buluh itu tentulah dekat dengan Bandar Sungai Buluh yang saya selalu pergi. Rupanya jarak antara kedua tempat ini lebih kurang 30km) .

Rupanya ia lebih dekat untuk kesana dari P/Klang dari Wangsa Maju. Saya yang akhirnya perlu bergerak ke sana sebelum mengambil Jalan Kapar untuk menuju ke Kuala Sungai Buluh itu.

Ia hanyalah sebuah perkampongan nelayan di Kuala Sungai Buluh dan gambar-gambar berikut dapat saya abadikan untuk kenangan telah sampai ke sana.

Ketenangan pemandangan di sebuah perkampngan nelayan.


Namun air sungai yang mengalir ini, kalau ada ikan pun tak boleh bernafas agaknya.


Nelayan ini baru balik dari kuala setelah keluar mencari kerang sejak tengah malam.

Beginilah keadaan kerang itu (bergaul dengan lumpur sampah dan seumpamnya) apabila mula diperolehi dari laut. Ia akan diproses (dibersihkan) sebelum dapat di jual kepada peraih yang akan datang, untuk dipasarkan kepada pengemar kerang bakar, rebus dan sebagainya.

14 comments:

NBK466 said...

Ni kalau labuh pancing pun sesilap leh naik SIAKAP...he..he.he..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Dulu, Kuala terkenal juga tempat naik ikan. Tapi la ni, rasanya dah kurang kut. Seorang sahabat yang dulunya pergi ke sana setiap minggu untuk beli ikan fresh, kini nampaknya pi ke Giant Hypermarket je. Mungkin pasai harga minyak maka tak berbaloi lagi ke sana ;)

ZABS said...

NBK: Apa ikan pun tak boleh hidup dalam air macam air longkang tu...

Shash CA: Ikan takda lagi agaknya dinaikkan kat situ. Kerang je yang ada semasa saya datang tu.

Bergen said...

Berapa harga diorang tolak kat peraih?

pB said...

SALAM ..

bagi orang yang punyai masalah Sinus seperti pB ni , nak makan kerang kena beringat ingat.

sedap dimakan

tapi

lepas tu , jenuh lah menggosok hidung kerana gatal ....

ZABS said...

Bergen: Tidak pulak ditanya. Mungkin jika ke sana lagi akan disoal siasat harga sebenar, jika ada keuntungan mungkin boleh menjadi peraih pula. Hahaha....

pB: Saya takda masalah makan kerang. Tetapi berhati-hati bila mengupasnya. Air kerang tu kadang2 menggatalkan kulit kalau terkena tempat2 sensitif.

zino said...

kalau air nya macam tu sesuai ke makan kerang tu.. atau kerang hanya di naikkan di jetty tu tapi tangkap di tempat lain..

Neeza Shahril said...

kerang memang sedap tapi bak kata pak zabs, bila kena airnya tu, gatal tak hilang..
tapi kan, tengok kerang yang naik tu, berlumpur semacam jeee.. selamat ke dimakan?

by the way, pak zabs kesana kenapa ye? nak beli kerang ke?

ZABS said...

Zino: Kerang dikutip diluar sungai. Di situ tempat mendarat dan membersihkannya.
Setakat ini takda pula dengar cerita kerang itu menyebabkan food poisoning. Wallahua'lam.

Neeza: saya tak berani jaminlah. Tapi seperti kata di atas, setakat ni rasanya okey je.
Saya ke sana atas urusan lain.

jaflam said...

salam zabs,
Teringat masa kat Perak dulu, bila lawat Kuala Sepetang dan tengok industri kerang. Macam mana anak kerang ditaburkan untuk membesar dan dituai. Kira ladang keranglah tempat tu.

Apapun klu diusahakan dgn baik akan bawa hasil.

zaitgha said...

my husband likes rendang kerang chili padi with slices of long bean.....masak nyer senang nak kopek banyak2 tu maleh he he....

ZABS said...

DJ: Saya rasa yang banyak kerang ni di sekitar Kuala Selangor kot? Air sungainya pun agak bersih dari di Sungai Buluh ini.

Zai: Sekarang kan ada dijual yang dah sedia dikopek. Cuma mungkin tidak "fresh" jika dibuat sendiri kan...

Mat Salo said...

Salaam bang..

Tempat ni jauh dari Pantai Jeram tak? Ada tak tempat ala medan ikan bakar Jeram kat situ?

ZABS said...

MS: Tempat tu atas sikit dari Pekan Jeram (10 minit perjalanan kot). Oleh kerana saya pergi tu di siang hari, tak terfikir pula nak cari tempat ikan bakar. Mungkin adalah tu.
Tentang membazir dengan bunga api tu, dengarnya dari sekarang dah ada pertandingan bungi api (termasuk dari luar negara) diadakan setiap hujung minggu di Putrajaya. Mungkin sehingga HUT tu kot?