Sunday, August 24, 2008

Peralatan Baru + Satu

Petang 24hb ke KLIA menghantar isteri yang akan ke PP untuk tugas sementara. Terkejut apabila diberitahu kita boleh check-in sendiri melalui mesin di bawah. Walaupun mem dah ada pengalaman pertama kali, semasa ke KT dua minggu lalu, saya masih diminta untuk membantunya kali ini.

Mudah sahaja prosesnya. Dalam beberapa saat sahaja pas masuk telah dikeluarkan. Dapat pula bertukar tempat duduk ke hadapan sedikit. Asalnya tempat duduk yang diberi, terlalu hampir dengan tandas di belakang.

Walaupun begitu, satelah dengan pantasnya mendapat pas masuk, masih perlu beratur untuk check in bagasi yang dibawa.

Purata masa yang diambil sama saja jika pas masuk itu di beri semasa check in bagasi itu.

Setelah selesai urusan, dan mem masuk ke tempat menunggu, saya bergerak untuk balik ke rumah. Walaupun ada masa untuk solat zohor di sana, saya bercadang untuk solat di satu R&R dalam perjalanan yang ada tempat makan sate kajang tu.

Mungkin kerana ingin bersolat di sana, ada tujuan lain, maka ditakdirkan tempat letak keretanya penuh. Saya tidak jadi berhenti di sana, dan berazam untuk berhenti di satu lagi R&R hanya untuk bersolat sahaja.

R&R ini terletak di Lebuhraya baru ke KLIA dan masih baru. Tiada masalah untuk meletak kereta kerana tidak ramai lagi orang singgah di sini.

Satelah bersolat, atas naluri ingin tahu saya pergi jugalah meninjau beberapa tempat makan yang kelihatan telah beroperasi.

Dari lapan yang ada, hanya tiga telah menggagahkan semangat untuk mula berniaga. Dan salah satu darinya adalah tempat yang menjual sate kajang, yang saya cari itu. Alhamdulillah, rezeki saya. Wallahua'lam.

15 comments:

zino said...

tak lama lagi bagasi pun boleh sumbat dalam mesin tu hehe

Akmal said...

Ok lah tu dah ada penambah baikan. InsyaAllah, lepas ni akan bertambah mantap servis yang disediakan. Ya, manalah tahu lepas ni betul2 boleh sumbat bagasi dalam mesin tu haha :D

Zabs said...

Zino: Mesin tu sesuai untuk penumpang yang tak perlu "check-in" bagasi.

Akmal: Tk perlu mesin yang boleh sumbat bagasi lahkan. Takut nanti semua barangan jadi bercerai-berai dikunyah mesin tu..hehe..

Kak Teh said...

salam, kad hari selamat saya terima, terima kasih.
Di sini boleh juga check in sendiri dan beg juga kita boleh check in sendiri - lebih cepat. Kalau tak ada check in luggage dan hanya hand luggage, lagilah cepat. Tapi semua ini kalau tak ada apa-apa kecemasan - selalunya security di sini begitu ketat..dan segala check mengechek ni lah yang melambatkan.

Helena said...

mmm.... dah lama tak ke klia.... thx for the update.... takdala helena terkial2 bila nak fly mana2 nanti.... hehe (hmmm.... kenapala hubby tak ceta benda2 camni kan....)

Zabs said...

W'salam Kak Teh. Sebagai permulaan mereka guna mesin untuk pas masuk sahaja dulu agaknya. Itu pun ramai yang masih tidak berapa selesa untuk melakukannya.
Kalau bagasi pun guna mesin, takut nanti orangnya ke tempat lain, bagasi melancong ke tempat lain. Haha...

Helena: Takpalah, ini kan saya sudah mewakli kaum bapa untuk war-warkan perkara itu.
M#S sepatutnya kenalah buat sedikit promo ka TV, tak gitu?.

Neeza Shahril said...

self check in? menarik tu.. takde lagi kat sini. tapi macam sama aje kalau dah bagasi kena check in kat tempat lain kan.. heehee.. okay utk orang yang takde bagasi lah kot ye..

sedap kan sate kajang.. apa kata pak zabs post sikit utk neeza kat sini hahahaha!!!

Zabs said...

Neeza: Itulah tujuanya, buat masa ini agaknya. Mungkin satu masa nanti bagasi pun boleh buat sendiri, tapi bersedialah untuk bagasi tu lamabat sampai atau pergi ke tempat lain. hahaha..
Kalau Neeza suka sate yang dah ada aura yang menarik bolehlah diposkan.. Hehehe...

alan zed said...

kalau dah rezeki, x ke mana... ;)

Kerp (Ph.D) said...

pak zab,

baru semalam kami pegi dinner kat RnR sungai buloh, semata2 nak carik sate Hj Samuri. lama tunggu baru dpt meja. pastu apa lagi, macam2 jenis sat kami order...first time rasa daging rusa dan arnab...

Zabs said...

Alan: Kalau dah rezeki, diusahakan tentu tak kemana...InsyaAllah.

Kerp: Saya tak pernah lagi terasa nak makan sate arnab dan rusa tu. Ayam saje pilihan saya sehingga kini.. Mungkin akan dicuba rusanya jika ada kesempatan lagi nanti..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Hmm...mengenai auto check-in tu, dia ala ala auto doktor gomen le kut - memudahkan pesakit but pemeriksaan, tapi beratur hampir 4-6 jam untuk mengambil ubat!

Zabs said...

Shah: Amat tepat sekali. Seperti juga bayar RM2 guna Terowong SMART, untuk sampai cepat pada kesesakan selepas terowong tersebut.

pB said...

dah lama tak mkn satay kajang ...

Zabs said...

pB: Dah banyak franchise sate ini di sekitar Lembah Kelang. Tepuk dada tanya poket kat mana nak makan, pergi je.