Wednesday, August 15, 2007

Berbezakah?

Adakah berbeza hidup seorang kaya yang banyak harta dengan seorang miskin yang hanya ada pakaian sehelai sepinggang sahaja?

Mungkin Si Kaya dapat tidur di rumah besar yang tersergam indah, dan Si Miskin hanya tidor di kaki lima. Tetapi adakah berbeza rasa sakit yang mereka tanggung? Adakah berbeza demam yang mereka hidapi? Tentunya tidak, walaupun Si Kaya tidur di tilam yang empuk dan berselimut mahal, sedangkan Si Miskin hanya tidur di atas simen yang keras.

Kematian boleh datang kepada Si Kaya yang berada di banglo mewah di atas bukit. Begitu juga kematian boleh datang kepada Si Miskin, sehingga dia tersungkur begitu sahaja di tepi jalan. Si Kaya akan dikafani dengan kain putih bersih lagi mahal harganya, manakala Si Miskin pula dikafani dengan pakaian yang melekat di badannya.

Si Kaya dihantar ke kuburan oleh ramai orang, dan si miskin hanya dihantar oleh buruh Majlis Bandaraya yang menjumpai mayatnya. Kedua-dua mayat akan sampai kekuburan, satu perhentian besar, yang tidak membezakan darjat seseorang. Setelah beberapa minggu, hancurlah kain kafan mahal Si Kaya dan pakaian yang melekat di mayat Si Miskin tersebut.

Jelaslah di sini bahawa harta tidak dapat menghindarkan demam dan datangnya kematian. Kesusahan yang menimpa Si Kaya, adalah serupa juga dengan yang menimpa Si Miskin.

Memang mahal pakaian yang dipakai oleh Si Kaya yang berharta, tetapi sungguh pun mahal, ia tidak lebih sebagai penutup tubuh sahaja, sebagaimana juga pakaian murah yang dipakai oleh Si Miskin.

Berbagai jenis makanan yang lazat dapat di makan oleh Si Kaya, tetapi apabila perutnya telah kenyang, dia tetap akan berhenti. Begitu juga halnya dengan Si Miskin, walau memakan nasi tanpa lauk yang enak, akan berhenti juga apabila telah kenyang. Kadang-kadang kita dapati Si Miskin pula yang lebih berselera makan dari Si Kaya. Si Kaya juga sering merasa jemu dengan makanannya yang lazat-lazat tersebut.

Tidak salah hendak menjadi kaya, tetapi cukup dengan apa yang diperoleh secara baik. Harta yang banyak hanya boleh memberi kesenangan pada tiga perkara sahaja. Makan dan minum yang enak, rumah dan pakaian yang bagus serta boleh ke mana sahaja tanpa halangan. Tetapi bukan harta yang banyak atau tiada harta yang boleh menjadikan kita gembira. Asas gembira dan dukacita ialah jiwa yang gelisah atau jiwa yang tenang dan damai. Wallahua’lam.

10 comments:

Mak Su said...

tak dak beza, pakaian mahal pun kalu silap basuh bertaik lalat gaks, sama je dengan pakaian murah.. tapi ntahler, saya tak reti.

alan zed said...

tidak salah jadi kaya, jika si miskin turut merasai zakat dan sedekah dari si kaya. x gitu ?

tokasid said...

Salam pak zabs:

MasyaALLAH....saya suka N3 ini pak.Ini lah hakikat yg tak boleh sesiapa pun sangkalkan. Di sisi ALLAH martabat seseorang hanya jika dia kaya dengan Takwa. Rendahlah martabat jika miskin Takwa. Jika muflis takwa dikira papa kedana. Na'uzubillahi min zalik.

Dalam mengejar kehidupan dunia(tidak salah pun) insan terleka dan lalai tanggungjawab dan perjanjian pada ILAHI.

Kalau kita lihat zaman ini di negara kita...orang cari dunia sampai tak pedulikan halal haram. memang akan kaya tapi tiada barakah. Duit banyak tapi jiwa kosong. Masaalah anak2 liar dan pasangan curang berleluasa....

TQ pak

Bayukk said...

salam Uncle zabs.

Inilah Realiti kehidupan...

Ps - hidup bersederhana tapi bahagia...:)

zabs said...

Salam Mak Su, Alan, TA dan BayuKK,

Mak Su; Takpa, baca komen TA di atas, mungkin boleh kasi ngerti.

Alan: Orang kaya yang bertaqwa dan berbudi. Dua kali beruntung.

TA: Saya sungguh tertarik dengan setiap komen yang anda berikan. Terima kasih.

BayuKK: Fantasia2 tak main lah kan?

acciacca2ra said...

salam pak zabs,
teringat saya bila jenazah arwah afifah dimasukkan ke dalam kuburnya.
mungkin betul, saya patut ambil yang perlu saje di dunia ni. what we need and what we want, tak sama.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs,
We make a living by what we get, but we make a life by what we give, says Winston Churchill. Agreed with the last paragraph.
Alhamdulillah, I sleep peacefully at night. Conscience is clear.

zabs said...

Salam Accia dan Fauziah,

Puan berdua telah nyatakan apa yang tidak tersurat di entri itu. Terima kasih.

ADIEJIN said...

Leman makan steak di Nikko hotel ker, atau si Karim makan roti canai di warung mamak ker, kentut sama sama bau busuk..tak ada beza...

zabs said...

Salam Adiejin,
Cuma Leman mungkin tak kentut sesuka hati, tapi Karim boleh kentut bila-bila masa je.