Thursday, August 30, 2007

Lima Puluh

(Sempena Ambang Kemerdekaan ini genaplah setahun saya menyelia blog ini. Entri pertama saya pada 30 Ogos 2006 ada di sini.)

LIMA PULUH TAHUN BERLALU SUDAH
MALAYSIA MERDEKA DARI PENJAJAH
NEGARA MAJU AMAN DAN INDAH
TAPI TAK SEMUA MERASA MEGAH

MENARA KEMBAR MENCECAH AWAN
RAKYAT GAGAH EVEREST DITAWAN
AHLI KOPORAT RAMAI JUTAWAN
HIDUP MEWAH DIGELAR HARTAWAN

BULAN OGOS 31 HARIBULAN
SETIAP TAHUN DISAMBUT SAKAN
DI SANA PESTA DI SINI HIBURAN
LUPA PADA YANG MEMERLUKAN

DALAM GEMBIRA SAMBUT MERDEKA
JANGAN LUPA SI MISKIN PAPA
APA KAH HARAPAN BAGI MEREKA
DAPAT HILANG LAPAR DAHAGA

JURANG PERBEZAAN PERLU DIRAPAT
ANTARA KAYA DAN MISKIN MELARAT
AGAR HIDUP MENJADI BERKAT
NEGARA AMAN LAGI BERDAULAT

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50, MALAYSIA.

5 comments:

Mior Azhar said...

Salam Pak Zabs:
Selamat Menyambut Kemerdekaan. Dan Selamat Ulang Tahun pertama untuk blog Pak Zabs. Moga-moga makin banyak lagi entri-entri menarik di masa hadapan. InsyaAllah.

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Tepat sekali pantun pak zabs tu.
Amat sesuai dgn apa yg berlaku sekarang di negara tercinta ini.

Pak Zabs said...

Mior: Dalam setahun lepas saya ada "break" juga pada awal tahun ini kerana sibuk urusan keluarga. InsyaAllah akan "post" lagi entri-entri yang termampu.

TA: Pantun tu datang secara spontan, tak bermaksud pada sesiapa, cuma nak lepas rasa terbuku di dada.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Tahniah! Jangan jemu-jemu terus menulis, berkongsi idea. :)

Zabs said...

BP: Terima kasih. InsyaAllah, harap orang tak jemu baca.