Saturday, August 18, 2007

Malu

Malu dalam Bahasa Melayu mempunyai banyak perkataan yang sama erti dengannya, seperti segan, janggal, kekok, hina, rendah diri, takut-takut, hormat, keji, aib, bera (bogho kata orang noghoghi) dan tebal muka.

Oleh itu tidak hairanlah jika ia memainkan peranan yang sangat besar dalam pergaulan kita sesama manusia di dalam kehidupan di dunia ini. Malu akan membuat orang yang berakal takut melakukan kejahatan. Sebelum wujud undang-undang manusia, orang terlebih dahulu telah dilindungi oleh hukum malu ini, yang telah sedia ada di dalam keperibadian seseorang. Orang akan merasa malu jika dirinya menjadi buah mulut khalayak. Juga akan merasa malu jika dirinya tidak lagi dipercayai.

Perasaan malu dapat membawa kepada rasa saling hormat menghormati dan membuahkan rasa bahagia dan tenteram di dalam perhubungan. Rasa malu akan menjadikan manusia teguh memegang janji dan kepercayaan. Dari malu juga akan timbul perasaan untuk mempertahankan kehormatan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Malu juga dapat menjana kemajuan pesat sesebuah negara, berlumba-lumba merebut dan mencari kehormatan dan kemuliaan di dalam perjuangan hidup. Kerana malu juga kita tidak mahu mengaku kalah dan keciciran, sebaliknya akan terus berusaha bagi menghasilkan kejayaan dalam ilmu dan pemikiran baru.
Namun demikian, rasa malu tidak akan bercambah di dalam hati orang yang tidak mempunyai kehormatan diri. Kerana tiada rasa malulah, orang sanggup melakukan semua perkara-perkara yang dilarang oleh Agama dan juga undang-undang ciptaan manusia di dunia ini. Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati, terlalu banyak perkara2 mungkar, yang tidak terfikir oleh kita boleh berlaku, telah terlalu banyak berlaku sekarang. Tanpa ada rasa malu dan bersalah oleh pelakunya.

Dalam satu Riwayat Al-Bukhari yang bemaksud, "Dari Abu Mas'ud Uqbah Al-Ansari Al-Badri r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dari perkataan para Nabi (sebelum Nabi Muhammad SAW yang sama pada semua Nabi) yang sampai kepada manusia ialah: Jika kamu tidak malu maka perbuatlah sesuka hati kamu." Wallahua'lam.

19 comments:

zino said...

banyak perkara yg berlaku di keliling kita membuat kita ter tanya2..

dia org ni tak tau malu ke?

zabs said...

Zino: Sebab tak tahu malulah diorang boleh berbuat begitu.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Ya. Malu itu membawa dua konotasi yang berbeza. Satu positif, satu lagi negatif.

Tepuk dada tanyalah iman. :)

zabs said...

BP: Malu berbuat kejahatan, malu meninggalkan kebaikan.

Kak Lady said...

Salam Zabs...yang susahnya kalau malu tak kene tempat...atau orang kata malu tak bertempat...

Mak Su said...

saya malu sebab sebagai orang noghori, saya tak pernah cakap bogho... huhuhu (ni 1st time saya dengar/baca perkataan ni)

zabs said...

Kak Lang: Mungkin alasan malu yang diberikan di sini, hanya untuk mengelak dari mengambil tanggung jawab. Malu tak bertempatlah tu.

Mak Su: Apo nak buek orang dah malu. Ontok-ontok yo lah.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Timely pak zabs, timely.

Kalau kita lihat keliling kita pak, memang kita akan rasai perasan malu sudah jauh dari kehidupan orang Malaysia. Malah org Islam pun dah ramai yg tak malu.

sabtu-Ahad baru ni saya di KL. Menyewa di sekitar Bukit Bintang( nak ke Low Yat dan makan makanan Timur Tengah senang). Apa yg saya lihat, perbuatan tak malu anak muda Melayu di sana membuat saya malu. Dan lagi malu sebab anak bujang saya ikut serta dengan kami. Remaja seusia 13-14 tahun lelaki perempuan bercuit pinggang di tingkat 4 Sg Wang Plaza. seorang lelaki awal 20an, mencium pipi kekasih berdekatan tingkat 3 BB Plaza.

Di luar pula . pemuda2 Arab macam hilang akal, memakai seluar pendek terpekik-pekik dan menari-nari sambil menghisap Hogha( ye ke sebutan tu?). Anak2 melayu berpeluk di khalayak ramai tanpa malu.

Itu ttg anak muda.
Yg dewasa jugak begitu. Kita sudah maklum.

Orang politik juga sudah tidak malu. dah tak malu menipu ahli parti,dah tak malu menipu para pengundi.
Dah tak malu makan rasuah. Dah tak malu beri keistimewaan kpd kroni.

memang benar, bila sudah hilang perasaanmalu di hati, manusia akan berbuat apa saja.
tanpa malu manusia dgn mudah menempah tiket ke neraka jahanam.Na'uzubillahi min zalik.

alan zed said...

saya dulu seorang yang pemalu. tetapi sekarang tidak lagi. penyegan jer. hehe. :)

zabs said...

Tokasid: Nak upgrade komputer ke pergi ke Low Yat tu?
Hookah pipe kot? Yang orang Arab hisap tu...
Benda tak baik tu senang je orang nak tiru. Tambahan pula hari2 ditayang kat tv, dah jadi biasalah benda tu. Umur begitu muda dah mula buat tak senonoh, macamana agaknya bila dah keluar sekolah nanti.
Benda yang baik-baik tu susah pula diorang nak contohi.

Alan: Pemalu takpa. Penyegan tu orang Penang kata, pemalas kalau tak silap.

Mak Su said...

alamak.. uncle zabs dah soh se ontok-ontok lah, baeekkkk... (malu malu kucen)

Mak Su said...

hmmmm, golo dek eh

zabs said...

Mak Su: Mulut yo yang ontok, tangan menaip tak po!

tokasid said...

Salam again:

Low Yat cari speaker utk Mrs TA utk guna di ofis. dah ke sana terbeli lah yg lain2 sama. 9Bahaya gi Low Yat ni...rambang mata dan telinga dan bocor poket kita).

Yes..yg Arab dok sedut tu. Terkejut juga pada malam nya saja melilau kat situ tengok ramai juga mak Arab dok sedut Hookah tu. Tengok juga anak2 muda dok breakdance ka hip hop (tak tau yg mana satu) sambil letak topi utk org beri sumbangan. skillful budak2 ni. harap2 duit tu bukan utk beli dadah sudah le. Ada juga a group of musicians dok pukul gendang dan tiup...( yg aborigines punya tu) macam batang paip besar.

Saya macam jakun di situ sebab tak pernah tengok benda2 macam tu.

zabs said...

Salam TA'
Kami nama je dok KL, tapi malam2 tak pernah pegi jalan2 kat situ. KLCC tu adalah.

NBK466 said...

Den pulak yg MALU tgk anak2 muda bangsa kita yg tak tahu MALU buat dosa...masyallah..

zabs said...

NBK: Kalau malu nak tengok, jangan malu nak nasihat!

tokasid said...

Salam pak zabs:

Betul tu, kita jgn malu nak menegur atau menasihati org yg tak malu.

Pernah sekali di Mahkota Parade Melaka, ada satu couple dok asmaradana sampai tak hirau org di sekeliling( tak malu lah tu kan..).Yang jantan dok peluk yg betina. Saya hangin lah masa tu. Saya hampiri mereka dan tanya: Awak berdua ni suami isteri kah? Mereka tergamam( mungkin selama ni tak dak sapa ambil pot) dan gelabah. saya kata: Kalau dah suami isteri , nak buat apa pun balik rumahlah. jaga lah maruah. kalau belum nikah lagi, apa yg kau org buat ni berdosa.

Yg betina tunduk malu(baru nak malu) yg jantan macam nak jawab. Saya tanya: Awak tak puas hati ke pakcik tegur begini? Pakcik kena nasihatkan kau berdua sebab dok buat maksiat di khalayak ramai. berdosa kalau pakcik tak tegur dan nasihat. Engkau mungikn tak kisah api neraka tapi pakcik tak sanggup. lagi pun kau tak malu ke...bangsa lain tgk anak Melayu Islam buat mcm ni? Pakcik nak tanya kau, kalau kau nampak adik pompuan kau ada jantan lain peluk kat sini kau marah tak?

Jantan: Marah pakcik.....err...takpe lah pakcik kami pergi dulu ye..

Baru2 ni di Stesen Keretapi Seremban. Semasa tunggu komuter sampai( anak nak balik outing) saya lihat dua murid sekolah menengah asrama dok asmaradana. Orang sedang ramai tapi dua ekor ni boleh buat dak saja. yg jantan dok pegang dan usap kepala lutut dan paha betina. berderau darah saya. Saya tenung lama-lama dan mereka perasan tenungan saya. Baru jantan berhenti jadi ulat bulu.

Saya bimbang , kalau ALLAH uji saya jadi org yg tak malu di umur begini. dan risau jika anak saya jadi tak malu juga.

zabs said...

TA: Jantan betina dan dua ekor yang tuan gunakan tu sesuai diguna dengan makhluk begini.
Mencegah dengan perbuatan, mulut atau hati, dengan hati yang paling lemah Iman. Namun sekarang bukan nak mencegah, yang tua2 tumpang sekaki pula. Semoga anak-anak banga kita dijauhkan dari memalukan bangsa dan Agama kita yang maha suci ini.