Wednesday, August 08, 2007

Risau

Kita merasa risau tentang banyak perkara. Tentang kerja kita, pelajaran anak-anak, keadaan cuaca, malahan apa yang jiran fikir tentang kita pun merisaukan kita.

Pada hakikatnya kita tidak perlu merasa risau, kerana ia tidak berfaedah bahkan ia akan membawa kesusahan dan ia juga tidak baik untuk kesihatan.

Oleh itu apabila merasa risau, tangguhkan perasaan tersebut. Ambil tindakan yang positif untuk mengatasinya. Jangan biarkan masalah berlarutan, ia perlu diatasi segera. Masalah tidak pergi dengan sendirinya.

Apabila kita mula merasa risau berkenaan sesuatu perkara, tanya diri kita, apakah masalah sebenar yang dirisaukan? Mungkin anda akan dapati anda tiada bermasalah sebenarnya, melainkanlah jika nyawa anda betul-betul terancam pada masa itu.

Realitinya, betul, kita sering menghadapi masalah. Kita ditimpa sakit, masalah kewangan, diberhentikan kerja dan sebagainya. Tetapi itu tidak seharusnya menjadikan kita risau tidak menentu.

Apabila timbul masalah, kita harus hadapinya satu persatu. Mungkin anda tidak dapat selesaikannya sendirian. Anda tentunya boleh dapatkan pertolongan dari orang lain. Lakukan apa yang boleh dilakukan pada hari ini, waktu ini, dan lupakan untuk menjadi risau.

Lihat kehidupan anda sekarang, pernahkah anda tidak dapat menyelesaikan setiap masalah anda. Jawapannya tentu tidak, kerana anda masih berada di sini sekarang.

Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati 40% daripada perkara yang mereka risaukan itu tidak akan terjadi. 30% lagi perkara yang telah lama berlaku dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaikinya. 22% pula tentang perkara-perkara yang remeh sahaja. 4% lagi tentang perkara sebenar yang betul berlaku dan mereka tidak boleh menghalangnya dan hanya 4% sahaja kerisauan mereka tentang perkara yang mereka boleh berbuat sesuatu mengenainya. Ini bermakna 96% dari kerisauan itu tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Statistiknya di Malaysia juga mungkin begitu.

Oleh itu terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Samaada anda ingin melayan kerisauan anda tentang sesuatu yang tak mungkin terjadi itu, atau melakukan semua aktiviti berfaedah yang ada di sekeliling anda untuk dinikmati.

20 comments:

Mak Su said...

risau sebab tak risau

sheemi said...

salam uncle..

thank you for this entry, which hit the nail on the head..
i was going through this situation 2 days ago, "banyak pikir, banyak risau tapi tak buat apa-apa", but your son, hafidz managed to talk some sense into me.

coincidentally, his words of advice were exactly the same as what you've mentioned in this entry. [like father, like son :)]

i'm sure we have to worry a little, lest we become complacent, but risau tu kena bertempat dan jangan melampau kan uncle?
people tend to fuss and fret and worry and get stressed out over problems, tapi mungkin teragak-agak to be proactive in finding a solution.

NATO > No Action, Talk Only.. hehe..

Bayukk said...

Salam Uncle Zabs.

macam yang uncel Zabs cakap...

"Apabila timbul masalah, kita harus hadapinya satu persatu. Mungkin anda tidak dapat selesaikannya sendirian. Anda tentunya boleh dapatkan pertolongan dari orang lain. Lakukan apa yang boleh dilakukan pada hari ini, waktu ini, dan lupakan untuk menjadi risau.."

kerana setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya...kita kena tahu macam mana nak 'takel' kannya...bukan lari daripadanya
( masalah = perkara yg merisaukan kita)

sebab jika kita tidak mengatasinya..selama itu jugalah kita akan dihantui oleh 'kerisauan' smp bila - bila...

:)

zabs said...

Salam mak su, sheemi dan bayukk,

Mak Su: Macam orang noghoghi kato, takdo boban batu digaleh.

Sheemi: You got the point there. Think of the solution, not what will become of the problem.

Bayukk: Right you are. Solving a problem give you a sense of satisfation. It makes you feel alive.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Betul kata pak. Masyarakat sekarang adalah masyarakat risau. Risau yang tak putus-putus.

Saya sering menemui orang yang risau.Tahap kerisauan berdeza-beza.
Cuma saya noticed, orang yang berilmu (agama) agak kurang degree risau mereka. Kalau risaupun datang secara spontaneous dan cepat dapat di kawal.

Memang risau sebenarnya tidak akan menyelesaikan sebarang masaalah kita.Malah kerisauan akan menangguh atau delay penyelesaian problem.

Ada seorang guru berpesan kepada saya: Jika kamu di rundung risau atau tidak tenang hati, kamu perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah s.a.w. dan kami sering-seringlah membaca surah al-Insyirah dan ak=l-kautsar.

It works on me.

zabs said...

Tokasid: Terima kasih doc. kerana kongsi pesanan guru anda itu. InsyaAllah, bertambah lagi ilmu yang sedikit ada di dada ini.

ADIEJIN said...

the key is to ketenangan is in 'Redha'. Setelah kita redha ketentuan Allah...Insyaallah ketenangan akan tercapai.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I read somewhere that worry is the misuse of the imagination. Like we don't have enough to worry about our own self, we also worry about others especially people we love i.e family and friends.
And yes, we don't act fast enough to stem the worry.
Betul kata Tokasid, perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW.
Zikir works for me.

So'od said...

salam uncle..

sampai ke dinihari berjaga, memohon kepada-Nya..
diberikan ketenangan..

acciacca2ra said...

salam pak zabs,
pernah saya dan rakan-rakan bincang pasal hal ni dulu. ada yang kata mereka perlu risau untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku. ada pulak yang kata tak perlu risau sehingga saat terakhir.kalau begitu, saya pilih untuk duduk di tengah-tengah.

terima kasih pak zabs, mungkin saya sedar sekarang bezanya antara perkara yang perlu risau, yang perlu sesuatu tindakan, atau yang tak perlu risau langsung tu.

zabs said...

Saklam Adiejin, Fauziah, So'od dan Accia,
Thank you very much for your inputs.

alan zed said...

people tend to complicate all the small things especially me. hehe.

blackpurple said...

Betul itu, kalau setiap yang datang dipandang dari segi positifnya, tiada apa perlu dirisaukan.... Risau itu datang mungkin sebab kita kurang keyakinan diri.

Masalah itu lumrah. Seorang sahabat pernah berkata, "masalah itu sesuatu yang lucu".

NBK466 said...

Ya den setuju dgn bro Zabs.. Risaukan something takkan solve the problem pun..lagi pun ada yg kata something yg kita risau2 kan sangat buleh menjadi DOA..gulp

zabs said...

BP: Betul tu, kalau setiap masalah kita anggap sepertu sesuatu yang lucu, tentu tak risau, malah suka untuk nak selesaikan.

NBK: Ya, kita tak tahu bila waktu mustajab nya Doa. Oleh itu mintalah yang baik2 selalu.

zabs said...

alan: NO, you don't complicate things. You only rationalised it. Once it is done, you make the decision. The choice is yours.

zino said...

kalau macam tu tak usah dok risau lah.. hehe

zabs said...

Zino: Kehidupan yang risau-"free" jika boleh.

IBU said...

Risau tu pada pandangan mata ibu yg myopic ni, is one of the many states of mind. Bila kita berasa risau, kita perlu sedar ( aware ) yang minda & perasaan kita sedang dilanda risau - kemudiannya kita boleh track back apa yg menyebabkan kita risau dan seterusnya cuba mengatur langkah untuk menyelesaikan apa2 yang buatkan kita rasa risau. Tak semua root cause kerisauan itu boleh kita tangani secara individu. Kadang2 perlu ada intervention professional (nasihat doktor? nasihat ibubapa? nasihat ustaz? nasihat pak zabs? hehehe...) Dan yang paling kita perlu ingat ialah the need for divine intervention, usaha, doa & tawakkal.

Ada orang risau tapi tak tahu sebab apa dia risau, atau cuma menyalahkan faktor luaran tanpa mengira lankah penyelesaian yang boleh diambil oleh individu sendiri.

WaAllahua'lam.....

Err... amacam? boleh pakai ke kat atas tu? Maaf, BM kurang power.

Wslm

zabs said...

Ibu: Dah cukup power ur BM tu.
Risau tu memanglah akan timbul secara semula jadi apabila ada sesuatu masalah berlaku. Tetapi apa yang biasa terjadi ialah kita hanya banyak memikirkan, apa yang akan terjadi selepas itu dan itu dan itu. Di mana, sebaliknya harus memikirkan tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Kemudian baru tawakal dan doa.

Pada hemat saya yang yang tak cerdik ini, bila kerisauan pada tahap melampau itu, berterusan berlaku, ini yang membawa kepada gangguan fikiran, dan sudah tentulah bantuan pakar diperlukan bagi mengatasinya. Wallahua'lam.

Itu tak dapek den nak nolong doh.