Monday, August 27, 2007

Cerita Orang Merdeka

Sambil menikmati jamuan makan di satu majlis perkahwinan, saya mendengar perbualan berikut:

Perbualan Satu

Dato' M: Dato' H, mari duduk meja ni , kita makan bersama, kami baru nak mula ni.

Dato' H: Takpalah saya nak pi ambik kat meja buffet tu, panas sikit makanannya, saya datang 40km ke sini, tak nak makan yang dah sejuk punya.

Dato' M: Panas lagi ni, cuba rasa?

Dato' H meraba bekas makan yang terhidang, dan duduk di meja kami (mungkn dia puas hati makanan masih panas lagi).

Perbualan Dua

Dato’ H: Dato’, tinggal di mana sekarang?

Dato’ M: Di Shah Alam. Dato’ pula di mana?

Dato’ H: Di USJ, Dato’ bukan tinggal di Bukit Jelutung ke, tempat orang-orang kaya tu?

Dato’ M: Tidak di Shah Alam Seksyen 7. Dato’ di USJ tu, tempat orang-orang kaya juga kan?

Dato’ H: Di USJ tu ada rumah mewah ada rumah murah, I yang tengah-tengah.

Dato’ M: Oooo… sama lah macam saya di Shah Alam tu.

Kedua–dua Datin tak cakap apa-apa pun. Saya dan isteri kenyit kenyit mata yang tak masuk abuk. (Dato’-Dato’ pun takda modal juga nak cakap. Cuma cerita-cerita macam orang biasa (macam saya) juga rupanya).

14 comments:

NBK466 said...

Tuh yg den malas jadi DATO tuh..ha..ha.ha...

alan zed said...

datuk zed bila lagi ? hehe. ;)

tokasid said...

Salam pak zabs:

Ye lah macam tak dak modal.
Orang biasa(mcm saya) kalau gi kenduri kahwin akan tanya: Anak dah berapa? Anak belajar mana? dah dapat menantu? Dah ada cucu?( Kalau isteri tak ada situ)Isteri dah berapa?

Sabtu lalu jiran saya membuat majlis perkahwinan 2 anak lelakinya. Malam sebelumnya dia membuat aqiqah sambut cucu sulung.

masa saya jumpa dia di pintu gate( dah pintu gate pulak): Pak Karim, awak sekarang betul2 dah jadi Datuk seri.

Pak Karim: Bukan Datuk Seri je, Datuk Berseri-seri yg ori. Sebab dapat cucu dan 2 menantu sekali gus.

Saya tak pernah berpeluang menghadiri kenduri yg di hadiri oleh ramai datuk2( kecuali beberapa tahun lalu bilamana anak saudara bekas YDP Agung berkahwin. Saya rimas dgn segala protokol yg ada.) jadi tak tahu topik perbualan mereka. Ingatkan sekitar berniaga atau golf lah...

zabs said...

NBK dan Alan: Belum ada peluang rezeki agaknya. Saya dah ada peluang, tapi mungkin lambat lagi, anak baru satu kahwin. Yang tua tu masih belum adaq pilihan kut?

TA: Saya pun samalah macam tuan, tajuk popular ialah buat apa sekarang? duduk di mana? anak dah kawin? dah ada cucu? dll yang sewaktu dengannya.

Mior Azhar said...

Salam Pak Zabs:
Oooh begitu rupanya orang besar2 tu bersembang ya. kalau saya mesti tension kena duduk satu meja dengan depa he he

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Tulah yang dinamakan ice-breakers. Di UK, orang bicarakan fasal weather to start the conversation going. Di sini, kalau tidak fasal makanan (dah makan?), fasal rumah (tinggal di mana?)
Sekarang ni kalau berjumpa kawan2 bersembang, topik utama: Bila pilihanraya?
Last weekend, a friend yang diajukan soalan yang sama setiap kali berjumpa, dengan selambanya berkata, "Bila depa mainkan filem Sargeant Hassan."
We're waiting. The movie was aired last Sunday.

zabs said...

Mior: Terima kasih kerana datang menjengok saya. Sebenarnya kami nak ambil makan secara buffet je. Tetapi tuan rumah tu, kawan baik jadi dia suruhlah saya temankan Dato' tu, kerana ada banyak kerusi yang kosong dimeja berhidang tu. Bagus juga tak adalah nak tambah semasa makan nasi minyak. Kurang kolestrol.

zabs said...

Fauziah: Ada juga cerita pasal cuaca sebagai ice-breakers. Tetapi itu perbualan di tengah2. Tapi yang saya nak beritahu, Datin2nya tak de pulak nak bercerita begitu.

13may said...

kan baik masa makan dok diam diam...
lepas makan la borak borak...baru ada modal sikit...

hehhe....
Salam Merdeka PakZabs :)

zabs said...

May: Betul tu, boleh kunyah 40 kali baru telan, sebab tak perlu nak jawab soalan yang tak berapa perlu tu.

ADIEJIN said...

Kemudian berkata katalah Sang Dato bahawa baginda Sultan menitahkan supaya diperbanyakkan harta masing masing dengan menaikkan cukai rakyat. Maka tersengih girang Sang Dato memanda menteri.. Dari dulu sampai sekarang..sigh...

zabs said...

Adiejin: Dato'-Dato' ni dah pencen. Sultan dah lupa diorang kot?

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau Datuk K semeja dengan Datuk M Daud Kilau, mereka bercerita tentang apa agaknya ya? :D

zabs said...

BP: Susah nak jawab tu. Datuk K mungkin tanya macamana nak bergelek kot? Datuk MDK pula mungkin nak tahu bila dia boleh timang cucu baru?