Friday, August 10, 2007

Bahagia

Jika ditanya kpada orang ramai apakah tanggapan mereka tentang bahagia, setiap mereka akan mempunyai kaedah yang berlainan tentang bahagia. Dan biasanaya ia akan berkaitan dengan sebanyak mana penderitaan, sebanyak mana pengalaman dan sebanyak mana kekecewaan yang telah mereka tempuhi.

Prof. Dr. HAMKA dalam bukunya telah menyenaraikan bahagia bagi oang-orang tertentu itu seperti berikut:

1. Orang fakir mengatakan bahagia pada kekayaan.

2. Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan.

3. Orang yang telah terjerumus ke lembah dosa mengatakan bahawa berhenti dari dosa itulah kebahagian.

4. Seorang yang tengah rindu dan bercinta mengatakan bertemu kekasih itulah bahagia.

5. Seorang pemimpin rakyat berpendapat, bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat bangsa yang dipimpinnya itulah bahagia. (Ini pemimpin sejati ni.)

6. Seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad, yang dikahwini oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, berkeyakinan bahawa bahagia itu adalah kembali kedusunnya, di dalam pondoknya yang buruk, walaupun sekarang dia dalam istana yang indah.

7. Seorang pengarang syair merasa bahagia jika syairnya jadi hafalan orang. Seorang wartawan merasa bahagia jika surat khabarnya dan tulisannya difahami orang. (Bloggers pun begitu agaknya).
Biar apa pun persepssi bahagia kepada anda tentukan ia tidak sampai menyusahkan orang lain. Hak orang perlu dijaga dengan baik dan tidak dibuat sesuka hati, seperti harta sendiri. Tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Seperti kata orang tua-tua, jika tidak boleh mengembirakan, jangan membuatkan orang bersedih. Jika tidak dapat menyenangkan jangan menyusahkan. Jika tidak dapat meringankan jangan memberatkan. Buat kepada orang apa yang kita mahukan untuk diri kita. InsyaAllah kita akan merasa bahagia.

12 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Thanks for this entry.Lama saya tidak berfikir tentang bahagia. Jugak lama tak fikir tentang risau( cuma selepas baca the previous entry ada fikir sekejap).

Mungkin bahagia ialah bila tak risau pun jugak kot.

Saya rasa pak zabs, manusia akan berfikir samada dia bahagia atau tidak bila ditimpa ujian /musibah. Kalau tak, semua pakai ghedah saja.
Bila tiba2 along atau bank datang minta hutang, kerisauan muncul dan baru perasan ketika itu tidak bahagia. Ketika ber-joli-katak guna duit along dan credit card bank memang rasa bahagia.Bila kena kejar baru rasa tak bahagia.

Tapi saya idamkan bahagia jika saya si ampunkan ALLAH dan sentiasa diberi Rahmat dan Hidayah. Itu betul2 bahagia( tapi at this rate dgn amal pun kureng...jauh lagi le nak dapat ultimate bahagia)

Azlan Zed said...

bahagia bagi diri saya bererti cukup makan, cukup pakai di samping keluarga tersayang dan rakan2 seperjuangan. sekian. :)

aNIe said...

Salam Zabs...bahagia bagi kak lady ialah apabila dpt bersama-sama dengan insan2 yang disayangi dan bila jiwa kita jadi tenang...

Accia said...

salam pak zabs,
i guess bahagia ni is more towards sejahtera, bila mana kita ada secukup-cukupnya sahaja of each in this world.
saya pernah sakit yang sampai tak larat nak bangun tu.then baru saya sedar bahagia is also bila kita sihat dan boleh bangun untuk solat dan berdoa.

ZABS said...

TA: Betul seperti apa yang tuan katakan itu. Pengampunan ALLAH dan sentiasa diberi Rahmat dan Hidayah jugalah yang akan membahagiakan saya.

Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa: "Bahagia dan kelazatan yang sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah".

Semoga hati kita sentiasa mengingati Allah walau dalam apa jua keadaan. InsayAlah.

alan: Semoga ankda di beri Rahmat dan Hidayah, InsyaAllah.

Kak Lady: Semoga puann diberi ketenangan jiwa bersama insan2 yang disayangi. InsyaAllah.

ZABS said...

Accia: Ya begitulah hidup ini. Kebahagiaan itu ada banyak peringkatnya. Komen Tokasid boleh dirujuk.

zino said...

semuga zabs juga bahagia..

Unknown said...

Hello Zabs,

This is a deep and meaningful entry. Erti hidup berbagai dan I think amat subjective. For some it takes very little to be happy and some even if they have reached zenith and yet happiness is not in sight.

I know many people say sayangi Allah, then kita kecapi bahagia. Many times I asked apakah sayangi Allah. Even that is a wonder.

Top me sayangi Allah adalah menghormati apa yang tuhan sayangi. My answer is Makhluk Allah. Therefore to love Allah is to be good to each other.

ZABS said...

Zino: Terima kasih.

Ruby: Lama menyepi, tentu dengan sibuk dengan kerja2 kebajikan. Anda telah simpulkan begitu baik tentang sunjek yang sungguh subjektif ini.

Sebagai umat Islam, kita wajib mengikut segala perintah Allah. Itu satu tanggung jawab. Kebahagiaan tidak semestinya datang bersamanya. Tetapi apabila kita mengikuti segala apa yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang, InsyaAllah, jiwa menjadi tenang. Mungkin ada yang menganggap ketenangan itu satu kebahagiaan.

Bagi setengah pula, apabila dapat membantu dan menolong orang yang di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, tambahan pula mereka yang tidak mampu membalas kebaikan, adalah satu kebahagian.

Apa pun kita sendiri yang dapat merasakan apakah itu bahagia yang kita cari atau hanya satu ilusi. Hanya kita yang merasakannya sendiri.

BayuKK said...

Salam uncle Zabs.

Bahagia
Bahagia
Bahagia

...semoga kebahagian akan mengiringi kita...amin.

ZABS said...

Bayukk: InsyaAllah. Tumpang bahagia dengan orang yang BAHAGIA. Alhamdulillah.

so'od said...

dah lama xrasa bahagia yg betul2 bahagia..
atau mungkin sy yg dah lali, sampai x sedar kebahagiaan tu sebnarnya ada..
to tell uncle the truth, i wasn't happy yesterday on my sister's wedding..
and to make it worse, i don't know what it is that i was unhappy about..