Friday, August 24, 2007

Pareto (80/20 Rule)

Seorang ahli ekonomi dari Italy, Vilfredo Pareto, pada 1897, telah mendapati bahawa 20% dari penduduk negaranya memiliki 80% dari kekayaannya. Dia juga mendapati perkara yang sama di negara-negara lain yang dia melakukan kajian. (Di Malaysia mungkin 10% sahaja kot?).

Kini prinsip 80/20 nya itu telah terkenal ke seluruh dunia. Prinsip itu meramalkan bahawa dalam sesuatu situasi, sedikit benda itu adalah lebih penting dari selebihnya (atau sebaliknya).
Seperti berikut:
20% dari makanan kita, mengandungi 80% lemak yang kita makan.
20% dari pakaian kita, adalah 80% lebih selalu kita gunakan.
Kita menghabiskan 80% dari waktu kita dengan 20% dari rakan-rakan kita.
20% dari pelanggan kita menyumbang 80% kepada keuntungan.

Oleh itu besar kemungkinan perkara berikut adalah benar:

20% laman blog di baca oleh 80% pelawat-pelawat blog.
20% pembaca laman blog mengomen, 80% hanya baca je.
20% laman blog bermanfaat, 80% seronok sendiri agaknya.
20% mengupdate laman blog selalu, 80% bila teragak saja.
20% ambil iktibar dari apa yang dibaca, 80% buat derk je.
20% ambil hati dari bacaan, 80% buat derk jugak.
20% rasa terancam bila baca, 80% pula kata padan muka depa.

Blog saya kategori apa agaknya ya…..apa-apa pun saya biasa-biasa aje.

11 comments:

13may said...

Salam PakZabs,
tak silap saya dari Pareto juga terciptanya 'Pareto Chart' juga kan???

alan zed said...

bagaimana pula kalau 80% ilmu yg dipelajari cuma 20% diamalkan. oh!

zabs said...

May: Ya, betul. "Pareto chart (that 80% of the problems stem from 20% of the causes), histogam, check sheet, control chart, cause-and-effect diagram, flowchart, and scatter diagram" adalah 7 cara asas untuk mengawal kualiti sesuatu projek.

Alan: Ilmu tak amal, serupa tak ada ilmulah. Maknanya tak cukup ilmu lagilah tu. Perlu belajar lagi...

13may said...

Salam PakZabs...
Baru terperasan....gambar masjid kat atas tu...dekat Pulau Melaka ker???

zabs said...

May: Tu kat Kuala Kedah tu. Mungkin bangunan pejabat untuk marina di situ dan mungkin juga muzium maritm. Tak pernah masuk lagi dalamnya. Ambil gambar tu dari dalam bot semasa nak ke laut tahun lepas.

zino said...

zabs
20% blog yg saya kunjung sempat di baca penuh 80% blog lagi speed reading je.. hehe..

zabs said...

Zino: Satu lagi statistik yang ada kebenarannya. Jadi tak perlulah tulis panjang2 lain kali, "short and sharp", boleh dibaca semua.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Pareto...this something really new to me. Its actually a new ilmu.

Minta laluan sikit, utk anak pak si alan zed: Ada ilmu adalah lebih baik dari tiada ilmu. Ada ilmu tak amal samalah macam membazir dan merugikan, apa lagi jika ianya ilmu agama.
Beramal tanpa ilmu juga tak boleh kerana boleh membaca kepada hasil yang tidak betul dan tidak diterima. Kalau tak ilmu nak buat kapal tapi buat juga akan jadi reban ayam kot. Kalau bab agama beramal tanpa ilmu akan terlahir pelbagai bida'ah dan tidak di terima ALLAH.

So kalau ada ilmu kalau tak boleh amal 100% ,at least 80% lah kan. Tak gitu Alan?

zabs said...

TA: Terima kasih kerana tambah lagi komen saya pada komen si Alan tu. Anak muda semua nak mudah. Dah ada ilmu pun tak nak amalkan. Nanti dah tua semua dah tak larat nak buat.

Wikipedia ada penerangan lanjut tentang Pareto tu.

blackpurple @ jowopinter said...

20% blogger di Malaysia blogging di luar waktu kerja, 80% lagi mungkin blogging sewaktu tengah kerja di pejabat. Apa maknanya itu? : )

zabs said...

BP: Saya dalam 80% tu, dan anda dalam 20% tu. Curi waktu pejabat lah tu. Kena minta maaf dengan bos saya ni... Eh lupa pula saya dah pencen. Kerja sendiri takpalah kan?