Sunday, August 05, 2007

Pulau Layang Layang

Malaysia mungkin mempunyai lebih kurang 3,000 pulau (anggaran sahaja) di sekitar perairannya. Namun jika di bandingkan dengan lebih 7,100 di Filipina dan lebih 13,500 di Indonesia, itu hanyalah satu jumlah yang kecil.
Kebanyakan pulau-pulau ini pula, tidak ada penhuninya dan mungkin juga, tidak akan ada sesiapa yang mahu tinggal disana, melainkan terpaksa, atau kapalnya terkandas di sana. Di samping itu kebanyakan pulau-pulau ini tidak pernah kita dengar pun namanya, seperti Pu Omadai, Pu Patuk, Pu Jahat, Pu Kulapuan, Pu Sabangkat dan lain lain lagi, melainkan kepada orang tempatan.

Tetapi ada pula beberapa pulau yang sangat terkenal, seperti Pu Batu Putih, Pu Sipadan dan Pu Ligitan disamping Pu Langkawi dan Pu Tioman. Pulau Layang-Layang (PLL) yang telah saya lawati ini juga, salah satu pulau yang agak terkenal juga terutama penduduk di Sabah atau peminat scuba diving. Ia terletak di laut China Selatan, lebih kurang 300 km North West Kota Kinabalu.















Pulau Layang Layang ini, nama asalnya ialah "Swallow Reef", atau Terumbu Layang Layang. Pertama kali saya kesana pada tahun 80an, dan tidak berpeluang untuk mendarat, pada masa tersebut juga tidak ada lagi resort dan lapangan terbang di sana.







Pada tahun 2001, satelah meninggalkan perkhimatan, saya berpeluang bercuti sambil bekerja selama dua minggu di pulau buatan manusia ini, sambil menyelia kerja sebuah syarikat di perairan tersebut. Jika sebelumnya saya ke sana dengan kapal yang mengambil masa 12 jam, kini perjalanannya cuma dua jam dengan kapal terbang dari Kota Kinabalu..

Kerana hanya ada satu sahaja resort di sana, maka resort tersebut menjadi tempat kediaman saya selama dua minggu. Makan kerja dan tidor, di sana selain menenangkan fikiran di satu-satunya pulau di tengah-tengah Laut Cina Selatan itu.

Oleh kerana tidak berminat untuk berscuba diving (segan nak buka aurat), juga masa yang terhad dan tujuan ke sana untuk bekerja, tidaklah dapat menikmati keindahan alam di bawah air yang diwar-warkan keindahannya itu.

Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan camar dan burung-burung lain, yang menjadikan hujung pulau tersebut sebagai sanktuari mereka.

Ketenangan ketika berada di sini, mungkin hanya akan terhenti apabila tiba waktu untuk membayar bil penginapan setelah selesai percutian.

(Gambar-gambar adalah "cut and paste" dari laman-laman web yang sedia ada. Maaf kerana tidak mengambil sendiri gambar2 di sana).

10 comments:

alan zed said...

hurm, x pernah sampai ke sabah bah. hehe.

Count Byron said...

Wish I can be there... really wishing hard. Beautiful, splendid, breath-taking. I love all the pics.

zabs said...

alan: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan anakanda.

Count Byron: Saya biasanya dapat melawat tempat3 tersebut kerana ada kaitan dengan tugas saya. Pemilihan kerjaya yang sesuai agaknya..

So'od said...

kalau pegi hoenymoon syok ni! heheh..

zabs said...

So'od: Bagi uncle kalau nak pergi honeymoon kat mana pun semuanya syok. Tak kat sini mungkin lebih sikit syoknya sebab takda gangguan sms dan panggilan telefon.

Daud Awang said...

Bro Zabs, nak tanya sket... tahun bila abang pergi ke PLL tu?

Daud Awang said...

ohh dah baca pulok...tahun 2000.. FYI, skrg pulau tu dah ade line Celcom, ade Stesen Penyelidikan Marin, which belong to Jbtn Perikanan, dah ada sangkar ikan paling canggih di south east asia, banyak la perubahan...nak tahu lebih lanjut..layarrrrrr http://www.fri.gov.my/marsal

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Kewujudan Terumbu Layang2 di atas dedikasi anggota ATM. Boleh lihat gambar transformasi dari 'coral reef' ke 'diving haven.

Riz Ardy said...

Jom pergi Pulau Layang Layang abg. Lebih cantik dan jimat dari Pukau Ishigaki... Scuba tak perlu buka aurat.... Hehe

Riz Ardy said...

Typo. PULAU ISHIGAKI